Noel Graet, Presiden FFF — FAM versi Perancis — telah menjadi watak penting di dalam penarikan diri Perancis dalam kempen One Love di Qatar.
OneLove merupakan satu gerakan aktivis kesamarataan segala perkara termasuk hubungan sejenis telah dicetuskan di Belanda.
Ianya mendapat sokongan daripada 13 negara Eropah yang bertanding di Qatar. Namun beberapa negara Eropah mulai menarik diri daripada gerakan tersebut ketika di Piala Dunia 2022. Antaranya Perancis dan negara seperti Poland.
Daripada 13 negara ianya berkurang kepada 8 dan selepas penarikan diri Perancis, kemudian tinggal 7 negara sahaja dari Eropah telah membentuk pakatan One Love yang mahu tetap memakai lilitan pelangi di Qatar sebagai satu bentuk kempen kebebasan manusia.
Berikut adalah 7 Eropah negara tersebut:
- Belgium
- Belanda
- Jerman
- England
- Wales
- Denmark
- Switzerland
Kapten Perancis antara orang yang berterus terang menyatakan bahawa mereka menarik diri daripada kempen One Love di Qatar 2022 kerana dia sedar bahawa negara itu menentang kebebasan hubungan sesama jantina.
Lloris sebelum ini tidak tahu ianya merupakan satu kesalahan jenayah yang diwartakan dalam perundangan di Qatar.
Selepas mengetahui perkara itu, dia dengan berbesar hati menolak untuk memakai lilitan pelangi.
Ketika itu beberapa negara lain seperti England, Jerman, Denmark, Belanda dan Wales antara yang masih bertekad untuk memakainya.
Lloris malah dikecam hebat kerana kenyataannya yang menarik diri daripada pakatan itu.
Peraturan Fifa melarang pasukan daripada membawa reka bentuk lilitan mereka sendiri ke Piala Dunia dan menegaskan mereka mesti menggunakan peralatan yang disediakan oleh badan induk.
Namun setakat ini FIFA masih tidak mengenakan arahan larangan penggunaan logo One Love tersebut.
Ditanya mengenai inisiatif itu semasa sidang akhbar di padang latihan Perancis, Lloris berasa ragu-ragu untuk memakainya. Dan akhirnya mengesahkan dia tak akan memakainya.
Dia menganggap, pemakaian lilitan pelangi di Qatar agak tidak kena tempat dan tidak beradab ketika bertamu ke negara orang.
Kerana menurutnya, dia mendapat tahu bahawa negara Qatar tidak menyokong kebebasan hubungan sejenis yang menjadi antara agenda dalam kempen pelangi. Malah ada undang undang dan hukuman untuk kesalahan tersebut di Qatar.
Lloris menyatkan dia menolak menggunakan lilitan pelangi tanda menghormati budaya dan peraturan masyarakat Qatar.
Sambil memberikan hujah bahawa, di Perancis, negara mereka pun ada undang undang tersendiri dalam beberapa perkara dan mereka mahu orang asing yang datang ke negara mereka untuk menghormati peraturan negara Perancis.
Jadi apa bezanya kalau mereka bertandang ke negara lain. Walaupun mungkin tak sependapat dengan peraturan dan dasar sesuatu negara, namun harus menghormati mereka seperti mana Perancis mahu orang lain menghormati peraturan negara mereka.
Lloris berkata: “Sebelum kita memulakan apa-apa, kita masih memerlukan persetujuan FIFA, persetujuan persekutuan [Perancis],” kata Lloris.
France captain Hugo Lloris has hinted he will not wear a rainbow-coloured armband design to campaign against discrimination during World Cup in Qatar. pic.twitter.com/xXEZR2km6a
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 15, 2022
“Sudah tentu, saya mempunyai pendapat peribadi saya mengenai topik itu. Dan ia agak hampir sama dengan presiden [persekutuan Perancis].”
Seterusnya orang yang kuat menyokong keputusan Lloris dan pasukan Perancis ini adalah, Presiden persekutuan Perancis, Noël Le Graët, sebelum ini berkata beliau lebih suka Lloris tidak memakainya kerana tidak mahu negaranya seolah olah menentang dasar negara lain.
Noel Graet mengingatkan kesemua pemain Perancis dan pegawai mereka agar tidak menjadi ‘Polis moral’ di negara orang lain. Hormati sahaja undang undang orang lain.
Perancis harus membuat keputusan sebagai satu pasukan. Jadi Lloris tiada tekanan untuk menyatakan pendiriannya dan pasukannya kerana presiden mereka sudah menyatakan polisi dan pendirian FA Perancis tentang perkara itu.
Dan Noel Graet menyatakan bahawa, fokus utama mereka adalah bola sepak bukannya isu budaya, agama atau mengkritik undang undang sesuatu negara.
Lloris kemudian mengingatkan penyokong Perancis agar sama sama menjaga adab ketika bertamu ke negara lain. Kerana mereka pun tak suka kalau pelancong tidak menghormati undang undang dan budaya orang Perancis kalau bertandang ke negara mereka.
“Apabila kita berada di Perancis, apabila kita mengalu-alukan orang asing, kita sering meminta mereka mematuhi peraturan kita, menghormati budaya kita, dan saya akan melakukan perkara yang sama apabila saya pergi ke Qatar, secara ringkasnya,” kata Lloris.
“Saya boleh bersetuju atau tidak bersetuju dengan idea mereka, tetapi saya perlu menunjukkan rasa hormat kepada mereka sebagai ‘tuan rumah’.”
France captain Hugo Lloris is unsure about wearing a rainbow armband in Qatar. pic.twitter.com/hyWzxezLat
— ESPN FC (@ESPNFC) November 15, 2022
Lloris bagaimanapun setuju bahawa mereka akan bersuara berkaitan hak asasi manusia yang melibatkan diskriminasi buruh asing sepanjang pembinaan kompleks Piala Dunia Qatar.
“Kami tidak boleh kekal tidak sensitif terhadap isu ini,” kata penjaga gol Tottenham itu.
Lloris tidak menolak untuk memakai lilitan pelangi di tempat lain, namun bukan di Qatar yang terang terang melarang penggunaan simbol tersebut.
Seperti biasa, tindakan Lloris yang membayangkan bahawa dia tak akan memakai lilitan pelangi ini mendapat kecaman ramai pihak yang memperjuangkan kebebasan hubungan jantina.
Mereka menuduh Lloris sebagai pengecut dan tidak layak menjadi kapten.
Namun komen daripada peminat di Qatar pula mengucapkan terima kasih kepada LLoris kerana menghormati mereka, walaupun Lloris merupakan juara dunia 2018 bersama Perancis.
Seterusnya FIFA akhirnya secara rasmi mengenakan sekatan penggunaan lilitan pelangi itu.
Membuatkan Jerman melakukan protes tutup mulut pada aksi pertama.
Dengan kemenangan Perancis ke atas England pada aksi suku akhir, maka rasminya berakhirlah pakatan One Love dalam Piala Dunia 2022.
Agak ironi kerana sebelum ini ramai peminat mereka meminta memboikot Piala Dunia Qatar. Dan mereka benar benar ‘memboikot’ untuk memenagi trofi itu.