Seorang peminat Manchester United telah memberikan pandangan beliau tentang bagaiman Ed Woodward sebenarnya silap tentang impak prestasi di atas padang yang mampu memberikan kesan kepada kewangan Manchester United.
Pada Mac 2022, The Guardian melaporkan bahawa Manchester United masih ada hutang sebanyak £494.8 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Sebagai perbandingan, tahun sebelumnya mereka mencatatkan hutang £455.5 juta.
Manchester United’s financial results reveal net debt hit £495m at end of 2021 https://t.co/YUTsHnvEPv
— Guardian news (@guardiannews) March 1, 2022
Dari segi hak penyiaran, Manchester United meraih penurunan bayaran sebanyak £22.3 juta (20.5%) berbanding dengan suku terakhir 2020/21. Ini kerana Man United hilang pendapatan akibat gagal mendapatkan 4 perlawanan lagi tambahan. United tersingkir di kejohanan domestik. Namun mereka menamatkan saingan di tangga kedua Liga Perdana Inggeris.
Dari segi tajaan, angka tajaan berkurangan £2.6 juta kerana tamatnya kontrak dengan penaja baju latihan, walaupun keseluruhannya tajaan mereka meingkat 7.3%.
Isu hutang kelab terus menjadi isu yang paling dibangkitkan penyokong ke atas pemilikan keluarga Glazer sejak mereka mengambil alih pada 2005.
Namun John Murtough mendakwa bahawa kelab sedang dalam struktur yang stabil dan sihat untuk membantu pasukan wanita dan lelaki mulai memenangi kejuaraan besar terutama sekali EPL dan UCL – WSL dan WUCL untuk pasukan wanita.
Murtough membuat komen itu ketika pasukan United 19 mata di belakang Manchester City pada masa itu. Kali terakhir United memenangi Liga Perdana Inggeris adala 9 tahun yang lalu.
Meletakkan orang yang salah di jawatan yang salah
Lantas penulis Kiridaren Jayakumar memberikan pandangan beliau tentang prestasi Manchester United dan kaitannya dengan kewangan kelab.
Menurut penulis:
Saya suka membaca pelbagai berita mengenai dunia bisnes, bisnes dalam dunia bola antara kegemaran saya.
Tahukah anda, untuk kali pertama, Manchester City telah mendahului Manchester United dalam pendapatan keseluruhan dari tiket, komersial dan lain.
Dari 1992 sehingga 2021, tidak pernah ada kelab yang mendapat lebih banyak revenue dari Manchester United.
Untuk semua pemilik bisnes, pilihlah CEO, CFO, COI hatta manager yang dapat mewarisi pemikiran anda.
Dari 1992 hingga 2013, United mempercayai bahawa prestasi atas padang membawa kuasa pemasaran global, sesuatu yang City melakukan dengan struktur mengambil pengurus terbaik dunia dan sedang mencipta sebuah dinasti besar.
Ed Woodward pernah sebut sekali , “On pitch performance doesn’t affect our commercial and financial performance.”
Di sinilah salah segala United dari beberapa tahun, di mana kita seharusnya menambah kualiti dalam skuad, seawal Mourinho apabila minta pemain, Ed tidak mendengar dan membawa mentaliti seorang balance sheet businessman.
Kini, dari masalah kualiti pemain dan masalah prestasi pasukan, pendapatan kita semakin mendatar manakala hutang kelab semakin naik.
Ada kemungkinan kelab Manchester ini boleh jadi macam AC Milan tetapi keadaan tidak separah sebegitu lagi. Namun, percayalah bahawa Manchester United akan kehilangan banyak pemain besar pada tahun ini dan kita akan mulakan dengan mendapatkan pemain yang bagus tetapi ada kebolehan paras terbaik di dunia, ingat lagi bagaimana kita membeli Rooney, Ronaldo dan sebagainya?
Sejujurnya, saya sangat merindui David Gill, dia sangat arif mengawal kewangan, kuasa, komersial dan segalanya. Mungkin Ralf Rangnick boleh memberi paradigma baru untuk kelab ini untuk bagaimana membeli pemain bertaraf dunia yang ada di kelab lain dengan kos murah.