Kerajaan India dikatakan hampir pasti untuk mengarahkan permainan paling popular di negara tersebut iaitu PUBG Mobile.
Berita tersebut awalnya disambut gembira ramai pemain PUBG dari negara lain yang menyatakan mereka sudah muak dengan ramai hackers dari India yang tak mampu dibendung.
Tetapi, ternyata PUBG masih selamat di India.
Ini kerana mereka sudah mengemaskini polisi mereka.
Dasar terbaru kerajaan India telah mengharamkan sebahagian besar daripada produk Video game dari China.
Namun peminat PUBG di India menarik nafas lega apabila kerajaan mengeluarkan 249 permainan video dari China yang diharamkan – namun tiada nama PUBG dalam senarai.
Kerajaan India mengesyaki pihak China telah mencabuli hak privasi pengguna dari negara mereka.
Bagaimana PUBG boleh terlepas?
Segalanya berkaitan dengan tindakan pantas PUBG mengemaskini polisi privasi mereka.
Di mana permainan popular itu telah memindahkan kesemua data pemain video game mereka dari India ke pangkalan data khas di India.
Ini bermakna, maklumat pemain PUBG di India disimpan di India dan tidak ada akses daripada China.
PUBG dalam kenyataan polis mereka berkata:
“Kami ada server yang terletak di India, Singapura, Hong Kong dan AS. Dan kesemua data dari India hanya disimpan di server di India sahaja.”
#memes2020
😂😂😂😂😂
This meme made my day😂
pubg update its privacy policy for India
इतना डर @narendramodi जी से 😂😂 pic.twitter.com/UWPKhMjZPK— Er.Parth Davesar Moudgill🇮🇳 (@MoudgillParth) July 29, 2020
Pihak Tencent menambah, kesemua data tersebut secara automatik akan pergi terus ke India, dengan syarat pendaftaran dibuat dari India.
Ianya melibatkan informasi seperti ID terbuka, alamat ID, informasi peranti dan sebagainya.