Bagaimana Rekod Ronaldo Tak Pernah Tewas Sebagai Kapten Kelab Sepanjang Kariernya Akhirnya Lebur

Cristiano Ronaldo memiliki karier yang sangat panjang dan luar biasa. Banyak catatan luar biasa yang beliau sudah lakukan terutama sekali dari segi sumbangan gol.

Ada satu lagi rekod yang tak tercapai dek akal untuk kita memikirkannya adalah rekod Ronaldo sebagai kapten kelab.

Dalam sejarah kariernya, Ronaldo tak pernah merasai kekalahan apabila dia menjadi kapten kelab. Unik bukan?

Bukan mudah untuk melakukan rekod seperti itu terutama sekali untuk seorang pemain yang beraksi di peringkat tertinggi sehingga usianya sudah mencecah 36 tahun.

Namun rekod itu akhirnya lebur di tangan Wolves.

Ronaldo kembali menjadi kapten United selepas 13 tahun 9 bulan dan 14 hari lamanya.

Para peminat United sangat sentimental melihat legenda hidup kelab mereka itu akhirnya menjadi kapten mereka sekali lagi.

Ini selepas Harry Maguire mengalami kecederaan sebelum sepak mula. Ralf Rangnick memutuskan untuk memberikan lilitan kapten kepada kapten antarabangsa Portugal itu.

Ronaldo gagal mempertahankan rekod luar biasanya dalam aksi di Old Trafford. Ini selepas Wolves menang tipis 1-0. Aksi yang mungkin boleh dimenangi lebih besar oleh Wolves jika David De Gea dan juga Phil Jones tidak menafikan beberapa percubaan berpotensi gol.

Jones kembali semula ke dalam padang selepas berehat panjang kerana kecederaan.

Walaupun beraksi cemerlang sepanjang malam, namun Jones telah membuat clearance yang kurang kemas dan berisiko. Dia menanduk bola ke zon bahaya dan dibedal oleh Joao Moutinho, pada minit ke-82. Ianya bertukar menjadi gol.

Selain daripada tercalarnya rekod Ronaldo sebagai kapten kelab, rekod Rangnick sebagai pengurus interim kelab turut calar.

Ini adalah kekalahan pertama Man United di bawah kendalian Rangnick.

Bukan itu sahaja, Wolves menunggu selama 42 tahun untuk merasai kemenangan pertama dalam aksi liga di Old Trafford.

Kali terakhir mereka menang di Teater Impian adalah pada 1980. Ramai pembaca artikel ini yang masih belum lahir ketika itu.

Wolves berhak memenangi perlawanan ini kerana lebih baik dari segi taktikal dan disiplin berpasukan.

Mereka sangat berani bermain di Old Trafford untuk memperagakan corak permainan mereka sendiri. Hasilnya, mereka melakukan 19 percubaan ke arah gol United dan 6 percubaan tepat. 1 terkena palang.

Sebagai perbandingan Manchester United yang sarat dengan bintang hanya melakukan 9 percubaan sahaja dengan hanya 2 percubaan tepat.

Kekalahan ini pastinya menyukarkan lagi usaha United untuk menamatkan persaingan dalam kalangan 4 teratas. Jika mereka tidak mula membentuk konsistensi dalam kemenangan.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.