Bagaimana Ronaldinho & Brozovic Membuatkan Taktikal Benteng ‘Low Blocker’ Diperkasakan Dalam Bola Sepak

Korang mesti perasan dalam aksi UCL ataupun liga liga di Eropah termasuk di Malaysia, sudah ramai pemain yang meletakkan seorang pemain berbaring di sebalik wall ataupun cuba menjaga titik bola rendah.

Semalam agak menarik kerana pemain Kedah, Amirul Hisyam menjadi low blocker ketika menentang JDT. Satu perkembangan yang baik kerana membuktikan semakin ada variasi dalam mengekang sepakan percuma lawan.

Low blocker

Dalam aksi di antara Everton dan Arsenal musim lalu, pemain Arsenal, Maitland Niles berbaring ketika Gylfi Sigurdsson mengambil sepakan tersebut. Ianya untuk mengelak pasukan tertewas dengan trick shot bola rendah.

Ketika membina benteng pertahanan, lencongan bola tinggi perlu cuba dihadang kerana ianya sangat bahaya. Tetapi pada masa yang sama bola rendah juga sangat mematikan.

Ada beberapa pasukan mengambil pendekatan hibrid di mana ada pemain melompat ada pemain tak melompat. Dan ada juga cuba tidak melompat. Namun taktik ini sangat tidak selamat kerana pemain yang bagus dalam sepakan percuma akan mendapat manfaat daripadanya dengan lencongan bola tinggi atas kepala. Di mana benteng sedaya upaya memastikan mereka berada kedudukan tertinggi ketika bola dilepaskan.

Brozovic yang gila

Pada 2018, pemain tengah Inter, Marcelo Brozovic menjadi viral kerana berbaring depan wall ketika berhadapan dengan sepakan percuma Barcelona. Brozovic menjadikan dirinya benteng rendah secara mengejut.

Ianya dianggap low blocker paling padu setakat ini.

Sepakan percuma yang diambil Suarez ketika itu berjaya dihalang oleh Brozovic di dalam keadaan dia segera berbaring. Dan selepas itu semakin banyak pasukan mengesan keberkesanan taktik ini.

Lihat di sini:

Selepas aksi ini jugalah semakin ramai mengakui keberkesanan taktik ini dalam menghentikan bola rendah jika ianya dilakukan dengan betul.

Brazil belajar dari Ronaldinho

Sebenarnya pendekatan ini sudah lama wujud di Eropah. Dan dipercayai ianya sudah menjadi salah satu modul utama akademi di Brazil. Akademi akademi di Brazil menggunakan Ronaldinho sebagai contoh kajian yang sangat penting. Di mana pemain itu gemar menewaskan lawannya dengan trik tak diduga.

Salah satu daripadanya adalah sepakan percuma leret ini ketina menentang Bremen dalam saingan UCL 2006/07.

Bermula dari sinilah, benteng untuk bola rendah ini semakin digariskan. Sebelum itu memang sudah ada. Tetapi Ronaldinho memberikan reality check yang besar kepada pengurus lawan.

Ronaldinho melakukan pendekatan serupa ketika bermain untuk Flamengo berdepan Santos ketika menang 5-4. Di mana Ronaldinho melakukan sepakan rendah dengan pemain pemain di benteng melompat.

Bekas pemain Clube Parana, Lucio Flavio sangat mahsyur di Brazil namanya kerana digelar pakar sepakan percuma rendah. Lalu semakin banyak pasukan menggunakan pendekatan benteng dengan pemain berbaring untuk menghadangnya.

Bekas pemain pertahanan, Adilson berkata: “Ketika membuat benteng, kamu harus menentukan sama ada nak melompat atau kekal berdiri. Apabila melihat Lucio Flavio dan Ronaldinho melakukan banyak sepakan leret seperti itu, melepasi pemain pertahanan, ianya menjadi sangat normal untuk pemain benteng melompat. ”

Ketika kelayakan Piala Dunia menentang Argentina pada 2016, Marcelo berada di belakang benteng untuk menghadang sepakan rendah Messi.

Coutinho kemudian menggunakan kaedah sama dalam satu aksi Liverpool vs Spurs dalam usaha menghentikan sepakan percuma Eriksen. Dan sejak itu trend tersebut menjadi semakin popular.

Berikut antara beberapa pemain yang pernah menjadi benteng rendah ini:

Juan Mata (May 24, 2017)

Mata menjadi benteng rendah dalam aksi United vs Ajax.

Joshua Kimmich (Nov. 19, 2018)

Joshua Kimmich sanggup meniarap untuk menghadang sepakan percuma pemain Belanda.

Pablo Maffeo (Jan. 16, 2019)

Graduan Man City yang bermain untuk Girona melakukan perkara sama berdepan Extremadura.

Leonardo Spinazzola (Dec. 6, 2019)

Azer Aliyev (March 9, 2020)

Oliver Torres (Sept. 24, 2020)

Neal Maupay (Sept. 30, 2020)

Douglas Costa (Oct. 17, 2020)

Fran Merida (Oct. 28, 2020)

Antonee Robinson (Nov. 7, 2020)

Brahim Diaz (Dec. 3, 2020)

Juan Cuadrado (Dec. 5, 2020)

Koke (Dec. 12, 2020)

Donny van de Beek (Dec. 17, 2020)

Denis Cheryshev (Dec. 19, 2020)

Dan yang diingati musim ini pastinya aksi Zinchenko yang ditarik Ruben Dias kepalanya.

Peristwa Ruben Dias dan Zinchenko

Manchester City menggunakan sistem low blocker pada wall dengan satu lapisan seorang pemain berbaring.

Zinchenko melakukan tugasan murni itu untuk pasukannya. Ketika pasukannya sedang menyusun atur benteng pertahanan, Zichenko kelihatan sukar memahami  apa yang dikatakan oleh Ederson.

Lalu Dias berpaling dan  memberikan pertolongan. Mungkin Dias faham apa yang dikatakan Ederson. Lalu dialihkannya Zinchenho sedikit dengan menarik kepala  pemain itu.

Detik kelakar itu membuatkan netizen agak terhibur.

Selamber je dia tarik kepala anak orang macam tu. Dan macam nak alihkan barang je dia buat.

Petrit berkata: “Ruben Diaz mengalihkan Zinchenko macam mengalihkan batu bata adalah perkara paling kelakar anda lihat  hari ini.”

Video tersebut dikongsikan ramai di media sosial yang tidak tahan nak gelak melihat perkara itu.

Zinchenko pula hanya merelakan dirinya ditarik sebegitu rupa. Yang penting mendapat kedudukan terbaik dalam meembina benteng pertahanan tersebut.

Ruben Dias dikenali dengan gaya permainan yang kental dan sangat serius dalam padang. Jadi dia nak memastikan wall dibuat sebaik baiknya dengan segera. Kerana dia masih perlu berada di wall hadapan untuk menyusun atur.

Perlawanan separuh masa pertama berlangsung dengan sengit. Dan berakhir dengan 0-0. Ilkay Gundogan mempersiakan peluang terbaik untuk menjaringkan gol menerusi penalti.

Di mana beliau melakukan penalti yang lemah dan tak tepat – selepas Sterling dijatuhkan Fabinho.

Rumusan

Bola sepak jelas semakin kompleks. Malah ketika membuat wall pun bukan lagi semata mata bergantung kepada aspek fizikal dan teknikal sahaja.

Tetapi kini sudah ada taktikal tersendiri. Anda mungkin pernah baca bagaimana kelab di Sepanyol membuat taktikal khas untuk mengekang Messi ketika sepakan percuma bukan?

 

 

Baca yang lain