Ketika Cristiano Ronaldo diperiksa oleh doktor Juventus untuk prosedur medikal, beliau dikatakan berusia memiliki fizikal 23 tahun. Ianya merujuk kepada kondisi fizikal beliau yang rata-rata dimiliki oleh pemain bola sepak profesional 23 tahun.
Walaupun ia mungkin agak ‘hype’ bagi sesetengah orang namun yang pasti Ronaldo sudah membuktikan fizikal beliau memang jauh lebih muda daripada usia beliau.
Jika anda pemain bola sepak dan meminati Cristiano Ronaldo, kami berharap anda tidak hanya meniru gaya rambut ataupun keraian gol beliau sahaja, tirulah sekali diet dan juga rutin harian beliau sebagai pemain handalan.
Badan Ronaldo berusia 20 tahun
Ketika beliau tiba di J Medical di Juventus, beliau telah mengejutkan pakar perubatan di sana. Pemain berusia 33 tahun ini didapati memiliki data biologi yang jauh lebih muda.
Jika musim lalu beliau dikatakan ada tubuh badan yang berusia 23 tahun, pasukan perubatan Juventus pula dikejutkan dengan data di mana Ronaldo kini berada pada tahap biologi manusia berusia 20 tahun.
Data perubatan dikeluarkan mendapati badan Ronaldo memiliki jauh lebih banyak otot daripada yang dijangka mereka dalam data scouting.
Badan Cristiano Ronaldo hanya mengandungi 7% lemak dan ianya kurang hampir 3% daripada kandungan lemak dalam badan yang dimiliki oleh atlet sukan profesional di dunia.
Otot (muscle) beliau pula 4% lebih tinggi daripada purata atlet profesional yang lain pada kadar 50%. Ini adalah rumusan daripada perubatan beliau:
Kandungan lemak: 7% (purata atlet profesional pada kadar 10-11%)
Komposisi otot: 50% (purata atlet profesional pada kadar 46%)
Ronaldo turut mencatatkan larian terpantas selaju 33.98 kilometer sejam pada Piala Dunia lalu. Ianya adalah yang terpantas (berkongsi dengan Rebic) dicatatkan dalam Piala Dunia 2018. Ronaldo 10 tahun lebih tua daripada Rebic yang berusia 23 tahun.
Top 5 Fastest Players Of The World Cup REVEALED;
1. Ronaldo (POR) & Rebic (CRO) – 34km/h
3. Luis Advincula (PER) – 33.8km/h
4. Santiago Arias (COL) – 33.6km/h
5. Walker & Lingard (ENG) – 33.5km/h. #PoojaFootball pic.twitter.com/TMoOhV60eY
— POOJA… (@PoojaMedia) July 5, 2018
Maka tak hairanlah beliau sentiasa menutup mulut pengkritik yang beberapa tahun kebelakangan ini menyatakan Ronaldo sudah habis peak.
Selepas Ronaldo berusia 30 tahun, hampir setiap tahun pengkritik akan menyatakan Real Madrid perlu mencari penjaring gol baru kerana Ronaldo sudah berusia.
Namun dalam 3 musim terakhir di Real Madrid beliau tetap konsisten menjaringkan lebih 30 ataupun 40 gol semusim dan menjadikan beliau penjaring terbanyak di Real Madrid dalam sejarah kelab tersebut.
450 goals in 438 games.🔥
Only player to score average more than a goal in a game.🔥🔥
Real Madrid's record goalscorer but doesn't even feature in top 10 players with most games played.👌👌
Legendary. 🐐 @cristiano pic.twitter.com/oho4QhUgLh— B3 (@b3naldo7) July 19, 2018
Apa yang Ronaldo lakukan?
Patrice Evra pernah berkata: “Jika anda ke rumah Ronaldo, anda jangan terima kalau Ronaldo mempelawa anda makan, kerana di peti sejuk beliau tidak ada daging atau makanan sedap dan mewah seperti yang anda harapkan.”
“Saya penuh harapan datang ke rumah dia selepas 2 kali saya menolak sebelum itu. Saya ingatkan saya akan makan yang sedap-sedap. Sekali hanya makan salad dan ayam ‘kosong’.”
“Lepas habis makan dan tiba tiba dia mengajak saya ke halaman rumahnya untuk berlatih.”
😂 @Cristiano: “Are you coming for lunch or no?”
Me: “Thank you but I just retire so I don’t need another training session.” 😂 pic.twitter.com/Bv9PdyIo3S
— Patrice Evra (@Evra) August 29, 2019
“Dalam peti sejuk beliau ada hanyalah makanan yang sihat di dalamnya. Namun kemudian saya belajar untuk memakan makanan sihat daripada beliau.”
Untuk pemain bola sepak profesional, pakar nutrisi kelab tidak akan bersama mereka 24 jam dan tanggungjawab pemain itu sendiri untuk mengelak daripada makan makanan tak sihat ataupun makanan lemak, bergas, bergaram yang berlebihan.
Itu yang akan membezakan pemain berkelas dunia dengan pemain yang biasa. Anda mungkin akan melihat pemain-pemain ini berpesta di kelab malam, namun biasanya mereka hanya meminum air kosong, jus dan sebagainya untuk bersosial dengan rakan-rakan mereka.
Untuk mencapai tahap fizikal ini, bukannya perkara yang mudah untuk Ronaldo. Ia memerlukan disiplin diri yang sangat tinggi. Ini yang membuatkan beliau sangat fizikal, dan lincah pada peak beliau.
Dan selepas usia 30 tahun beliau masih mengekalkan kekuatan fizikal yang ada walaupun beliau sendiri mengakui sudah tidak boleh bermain dengan skil kaki (footwork) selaju dahulu lagi.
Tak mengapa, aspek ketajaman di hadapan gol diperbaiki dan kondisi fizikal yang terbaik tetap dijaga. Beliau memiliki keupayaan aerial (di udara) yang sangat baik pada usianya yang sudah 35 tahun.
Beliau bukannya lahir dengan otot yang kuat seperti seorang atlet. Ketika bermain untuk Sporting Lisbon dan awal musim menyertai Manchester United, beliau adalah pemain remaja yang kurus dan tidak ada kemampuan bersaing secara fizikal.
Selepas itu, beliau telah dibantu oleh jurulatih untuk menambah kadar otot dan juga membentuk fizikal yang lebih baik. Beliau ada disiplin yang sangat tinggi untuk memastikan dirinya lebih mantap secara fizikal.
Melakukan banyak latihan tambahan sama ada ianya untuk latihan taktikal (berpasukan), latihan teknikal (keupayaan individu) dan latihan fizikal.
Patrice Evra berkata, selepas rapat dengan Ronaldo, beliau mulai banyak melakukan latihan tambahan secara tidak langsung kerana ‘dipaksa’ pemain itu.
“Ada sekali selepas makan, saya melihat dia terus keluar dan mahu berlatih. Dia ajak saya berlatih. Saya kata ‘boleh tak saya habiskan makanan ini dahulu’, dia cakap ‘tak, tak! jom berlatih dengan 2 sentuhan (two touches)’.”
Latihan dan rutin
Pasukan Goal.com mengorek rutin latihan Ronaldo dan mereka mendapati:
Ronaldo adalah pemain yang fokus kepada latihan kekuatan fizikal dan kelajuan. Dalam bola sepak moden 2 aspek ini sangat penting.
Pemain pemain laju seperti Ronaldo, Messi, Bale, Neymar, Mohamed Salah antara yang memiliki nilai pasaran yang tinggi.
Ronaldo memulakan sesi pemanas badan. Ini memang wajib dan biasa dilakukan oleh mana-mana pemain bola sepak. Ia adalah untuk merenggangkan otot supaya bersedia untuk aktiviti yang lebih intensif.
Ini akan membantu pemain bola sepak daripada risiko kecederaan kerana otot tak bersedia. Ronaldo berkata:
“Dalam latihan, kami akan memanas badan dengan berlari beberapa pusingan, meregangkan otot dan juga melakukan cardio warm-up exercises.”
“Pastikan anda lakukannya. Anda boleh pakai opsyen lain termasuk jogging di gym ataupun berlari di atas treadmill ataupun basikal senaman (excercise bike).”
Ronaldo ada 2 jenis latihan utama iaitu di dalam gym dan juga di atas padang. Beliau juga ada gym mini di rumahnya.
Beliau mencadangkan untuk menjadikan latihan menyeronokkan, anda perlu gabungkan dan pelbagaikan rutin latihan. Beliau menggabungkan latihan kardiovaskular dengan latihan mengangkat untuk meningkatkan kekuatan fizikal dan stamina.
Beliau tidak suka satu sesi terlalu fokus kepada satu perkara kerana membosankan.
Untuk latihan di atas padang, Ronaldo akan fokus kepada latihan berintensiti tinggi dan juga latihan ala situasi dalam perlawanan sebenar.
“Di padang, saya akan banyak melakukan latihan pecutan, dan anda harus menyesuaikan latihan ini dengan latihan yang lain.”
Di Real Madrid, para pemain diberikan akses sepanjang masa untuk berlatih dan kesempatan ini digunakan Ronaldo untuk mula berlatih lebih awal dan balik lebih lewat.
Beliau menyatakan, jika ada kekangan untuk anda berlatih kerana gym atau pusat latihan bola sepak anda tutup, anda boleh berlatih dan bersenam di mana sahaja.
Ini gambar Ronaldo bersenam sambil menjaga anak.
“Anda boleh lakukan latihan ‘abs’ di bilik tidur anda ketika anda bangun ataupun sebelum anda tidur. Jika anda sudah biasa melakukannya, ia akan menjadi rutin. Daripada rutin ia akan menjadi kebiasaan (habit).”
Apa yang Ronaldo makan?
Di atas kami kongsikan tentang pandangan Evra. Di sini kami kongsikan apa yang dikatakan oleh Ronaldo kepada wartawan Goal.com.
Apabila kereta itu cantik dan mewah sudah pastinya anda harus pandai menjaga enjin dan minyak yang sesuai bukan?
Ronaldo sangat serius soal diet. Bagi beliau ianya adalah mandatori untuk atlet berjaya.
“Latihan ataupun workout yang baik haruslah digabungkan dengan diet yang sihat. Kalau tak, ianya sia-sia.”
“Saya mengamalkan diet berprotein tinggi, wholegrain carbs, buah-buahan, sayur-sayuran dan elakkan makanan bergula.”
“Saya suka makan ikan yang dimasak dengan bawang, sedikit hirisan kentang dan scrambled eggs.”
“Kalau di restauran saya akan makan stik dan salad.”
“Paling penting jangan tak makan, makan seperti biasa. Ini penting untuk mengekalkan tenaga dalam badan anda dan membantu untuk memberikan anda aksi lebih baik.”
“Saya kadangkala makan sampai 6 kali sehari pada kadar yang sedikit untuk memastikan saya ada tenaga yang cukup untuk melakukan setiap sesi dalam keadaan terbaik.”
“Hidrasi juga sangat penting. Minum banyak air kosong dan elakkan alkohol.”
Cara hidup sihat ini sudah menjadi sebahagian daripada gaya hidup Ronaldo. Beliau juga seperti manusia lain, mahukan makanan yang manis sedap-sedap.
Beliau mengakui pada awalnya, agak sukar untuk melakukannya namun beliau bertekad untuk membiasakan dirinya.
“Benda ini bukan sahaja mencabar secara fizikal, tetapi secara mental juga. Anda harus belajar melatih minda dan badan anda.”
“Kekuatan mental sama pentingnya dengan kekuatan fizikal dan dengan itu barulah anda boleh cuba mencapai apa yang anda hajatkan.”
“Berdisiplin! Sentiasa bermotivasi dan fokus untuk kekal dengan rutin anda, itu adalah kunci.”
“Untuk saya, tiada masa untuk tidak serius dan saya kena tegas dalam hal ini.”
“Anda boleh membantu diri anda dengan meletakkan gol (matlamat) dan berlatih dengan rakan anda untuk menambahkan persaingan kompetitif sesama anda.”
Selepas berlatih ataupun masa rehat, Cristiano Ronaldo tidak menikmati kehidupan berfoya-foya ataupun tidur lewat. Beliau lebih selesa berehat di rumah. Beliau mahu badan dan mindanya rehat dengan sebaik mungkin.
Anda tidak akan nampak Ronaldo pergi ke Twitter dan memaki hamun orang yang mengkritik atau troll beliau. Minda beliau perlukan rehat daripada perkara-perkara seperti ini.
“Berlatih dan sesi fizikal sangat penting namun hidup dalam keadaan tenang akan memberikan anda kesan yang terbaik secara fizikal dan mental.”
“Saya akan meluangkan masa rehat saya dengan keluarga, rakan-rakan dalam keadaan yang tenang dan positif untuk minda saya.”
“Dan tiada yang lebih penting daripada tidur yang berkualiti. Apabila anda tidur dengan berkualiti, anda akan merasai perbezaannya ketika anda berlatih keesokan hari.”
“Saya amalkan masuk tidur awal dan bangun tidur awal terutama sekali pada hari perlawanan. Tidur akan membantu otot anda recover, dan itu sangat penting.”