Bagaimana Satu Kampung Di Ghana Jadi Peminat Hardcore Aston Villa Sampai Grealish Pun Kagum

Aston Villa merupakan salah sebuah kelab tertua di England. Dan ianya sebuah kelab legenda dan penuh tradisi. Kelab West Midlands itu memiliki sejarah 7 kejuaraan liga Inggeris, 7 Piala FA, 7 Piala Liga dan malah ada 1 UCL dan 1 Piala Super Eropah.

Malang sekali selepas kelan tersebut tidak lagi memenangi sebarang piala utama dalam sejarah mereka. Lebih perit pada 2016, Aston Villa tersingkir dari EPL buat pertama kali dan termendap 3 musim di liga bawahan.

Malah pada satu ketika mereka bertarung mengelak penyingkiran di Liga Kejuaraan. Mujur Dean Smith menjadi menemui formula membawa mereka naik semula ke EPL. Dan kini mereka seolah olah dark horse dalam EPL musim ini.

Di sebuah perkampungan di Ghana, iaitu Kampun Juaben, ada komuniti peminat tegar Aston Villa. Mereka hanya kenal Aston Villa dan akan sentiasa bersama Villa ketika menang, seri ataupun kalah.

Kampung tersebut terletak di wilayah Ashanti, kira kira 5,000 batu jauhnya dari Villa Park. Pada setiap hari perlawanan Aston Villa mereka akan bangun seawal 5 pagi. Mereka mulai bersorak dan memakai jersi serta persalinan lain yang menunjukkan semangat Aston Villa mereka.

Kenapa Aston Villa?

Orang yang bertanggungjawab di atas semua ini ialah pemuda berusia 21 tahun Owusu Boakye Amando, orang yang menubuhkan Ghana Lions. Kini kira kira 1,000 penyokong Aston Villa di kampung mereka. Malah ramai rakan rakan mereka yang menyokong kelab besar lain bertukar kelab kepada Aston Villa.

Ini kerana bagi mereka, Aston Villa kini sudah menjadi sebahagian penting daripada komuniti mereka.

Owusu berkata kepada Daily Mail: “Setiap Ahad, rutin kami pada sebelah pagi, kami perlu cergas dan aktif supaya boleh bersorak. Jadi kami melakukan sedikit senaman. Lepas tu kami akan bersorak dan terus bersorak lebih 3 jam.”

“Kami mula menyanyi dengan menggunakan nama-nama pemain bola yang bermain untuk Aston Villa, dan kami mencabar nama lawan kami. Kami melakukan beberapa nyanyian dan kami semua menonton perlawanan bersama-sama.”

“Kebanyakan orang adalah peminat Chelsea, penyokong Man United, peminat Barcelona. Mereka semua bergabung dengan kami sebagai peminat Aston Villa sekarang! Kerana apa yang kita lakukan sangat mengagumkan. ”

Chant wajib mereka adalah menyebut setiap nama pemain Aston Villa yang ada di dalam skuad pada ketika ini. Termasuk pemain baharu seperti Emi Martinez dan Watkins.

Kenapa Owusu minat Aston Villa?

Owusu mulai meminati Aston Villa sejak kecil kerana datuknya. Menurutnya, datuk dia siang malam bercerita tentang kehebatan Aston Villa. Dan ada seorang pemain yang datuk dia paling minati iaitu Paul McGrath.

Owusu berkata: “Cintaku kepada Aston Villa berputik sejak kecil. Datuk saya banyak bercerita tentang ramai pemain Aston Villa. Namun ada seorang pemain yang paling kerap dia sebut.”

“Dia sentiasa bercerita tentang pemain ini iaitu Paul McGrath.”

Kenangan paling tidak dapat dia lupakan adalah ketika Paul McGrath menghubunginya.

Paul McGrath adalah pemain pertahanan berkelas dunia yang menyertai Aston Villa pada 1989 dari Manchester United.

Pemain kebangsaan Ireland itu bermain 7 musim bersama Villa dan memenangi Anugerah Pemain Terbaik PFA.

Impian ke Villa Park

Pastinya mereka berharap akan dapat ke Villa Park. Paling menarik beberapa bintang Aston Villa ketika ini sudah menderma kepada persatuan penyokong tersebut. Cuma pada masa ini, penerbangan ke England memang mustahil dan EPL masih bermain di stadium kosong.

Jack Grealish turut berhasrat bertemu dengan mereka. Kerana kagum dengan semangat yang mereka ada.

Laman rasmi Aston Villa turut menyedari kewujudkan penyokong ini. Jadi mereka memang level legend dah ni.

Sumber: GMS


BACA JUGA: Ini Sebab Putera William Menjadi Penyokong Aston Villa Dan Bukannya Manchester United Atau Chelsea

Ketika Aston Villa sah kekal di Liga Perdana Inggeris, Putera William antara orang yang melompat kegirangan di istananya.

Sosok yang sama meraikan Villa naik pangkat semula ke EPL sebelum ini.

Putera William sudah lama menyokong Aston Villa, sejak kecil lagi.

Bagaimana Duke of Cambridge itu boleh menjadi salah seorang peminat tegar Aston Villa?

Bekas pemain pasukan kebangsaan England, Peter Crouch, mendedahkan kepada BBC Sport, William menceritakan kisahnya kepada beliau. Semuanya bermula ketika dia menyaksikan pertandingan Aston Villa v Bolton Wanderers di Piala FA.

Ketika William berusia 12 atau 11 tahun pada masa itu, beliau pergi ke stadium menyaksikan bola sepak dengan kawan kawannya.

William mulai tertarik dengan Aston Villa, walaupun pada ketika itu ramai rakan rakannya meminati Manchester United dan Chelsea.

William dan adiknya Harry memang dari kecil dibesarkan dengan protokol yang longgar kerana kehendak ibunya, Puteri Diana.

Diana yang mahukan anak anak mereka terus bergaul dengan orang awam.

William memberitahu: “Saya berusia sekitar 12 atau 11 tahun pada masa itu dan saya pergi bersama banyak rakan. Saya duduk di sana (bangku stadium) di antara semua peminat Villa dan saya menyukainya. Saya fikir suasananya luar biasa.”

“Pada masa itu, saya sangat tidak mahu menyokong Manchester United atau Chelsea seperti rakan saya yang lain di sekolah,” sambungnya.

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa alasan William menyokong Villa adalah dua, iaitu jatuh cinta pada pandangan pertama dan prinsip keengganan untuk mengikuti yanng lain.

Tetapi di sisi lain, dia juga mengagumi sejarah Villa.

“Villa memenangi Piala Eropah (sekarang Liga Juara-Juara) dan gelaran lain. Saya merasakan hubungan yang sebenar dengan kelab, dan bukannya ketika menonton pasukan lain. Villa seperti sebuah kelab kebanggaan di Midlands dan sangat istimewa,” jelasnya.

Sebagai bapa, William mendakwa dia tidak mahu memaksa anak-anaknya, terutama George, untuk menyukai Villa Seperti dia. Beliau membiarkan anak-anaknya memilih jalan mereka sendiri, tetapi dia bimbang ketika George kelihatannya semakin suka dengan menyukai Blues.

William pernah juga menyatakan beliau selalu menceritakan tentang Aston Villa kepada George, sebagai ‘racun’ nak menarik anaknya itu agar tertarik dengan Aston Villa.

Namun buat masa ini nampak tak berjaya.

“Saya berusaha untuk tidak memujuknya untuk menjadi peminat Villa. Biarkan dia memilih jalannya sendiri. Ini mengenai mencari apa yang sesuai dengannya,” katanya.

“Sebelumnya, saya agak bimbang dia menyokong Chelsea, tetapi sekarang Frank [Lampard] telah menjadi pengurus di sana dan saya merasakan ada sedikit perubahan budaya di Chelsea dan saya setuju dengan itu,” lanjutnya sambil tersenyum.

Jadi, perkara yang paling penting menurut William bukanlah masalah anaknya harus menyokong kelab ini dan tidak dapat menyokong kelab ini. Namun, lebih kepada cara mereka mengambil pelajaran positif dari kelab bola sepak.

“Saya suka nilai dan etika kerja kelab. Saya mahu mereka menjaga pemain dan memberi contoh yang baik untuk peminat muda,” jelasnya.

“Saya mahu anak-anak kita, ketika menonton di stadium, menyukai apa yang mereka lihat, menikmatinya, dan melihat teladan mereka berperilaku seperti yang kita semua inginkan,” katanya.

Baca yang lain