Bagaimana Sekeping Gambar Ini Mengubah Hidup McKayla Maroney

McKayla Maroney adalah salah satu nama besar dalam gimnastik, terutamanya apabila dia berjaya menyertai gimnastik Sukan Olimpik London Pasukan USA pada tahun 2012, yang turut dipanggil pasukan Fierce Five.

Bintang Dalam Pembikinan

Dari awal zaman kanak-kanaknya, McKayla sudah menujukkan potensinya terutama sekali semasa latihan dan pertandingan gimnastik. Sesiapa sahaja yang melihat dia ketika kecil akan meramalkan bahawa lantai gimnastik akan menjadi tempat kariernya suatu hari nanti.

Dia mulai menuai pingat dalam setiap pertandingan yang disertainya di peringkat akar umbi dan remaja – terutama sekali pingat emas – di dalam dan luar negara. Para peminat gimnastik semakin teruja tentang prospek McKayla mewakili AS dalam Sukan Olimpik yang dianggap sudah ditakdirkan untuknya.

Apabila bakat McKayla terus bersinar dan kemasyhurannya terus meningkat, foto yang dirakam pada tahun 2012 mengejutkan semua orang. Gambar itu memberikan kesan yang berkekalan dalam hidupnya.

Maroney merupakan atlet yang memulakan latihannya sejak masih kecil.

Maroney memberitahu Orange County Register: “Semasa saya masih muda, saya akan menonton Tarzan dan berlari-lari dengan merangkak. Ibu saya [seperti], ‘Saya perlu memasukkan kanak-kanak ini dalam gimnastik. Ini benar benar gila.”

Ayahnya memang seorang atlet dan merupakan seorang pemain bola sepak Amerika semasa belajar di Universiti Purdue.

Sementara itu, ibu McKayla, Erin, adalah seorang skater ketika di sekolah tinggi. Oleh sebab itu, McKayla mewarisi DNA atlet daripada mereka. Kesedaran tentang sukan oleh ibu bapanya membuatkan mereka membantu McKayla mengeluarkan potensinya dari awal dengan pendidikan sukan formal.

Dan akhirnya McKayla benar benar jatuh cinta dengan sukan gimnastik dan bercita cia mahu menjadi olimpian.

“Saya menyedari bahawa saya mempunyai impian bahawa saya ingin pergi ke Sukan Olimpik, dan saya mahu pergi sejauh yang saya boleh pergi. Saya fikir saya mungkin perlu berpindah ke gim baharu dan mula berfikir tentang Sukan Olimpik.”

Kemasyhuran Antarabangsa

Dia mula bertanding pada 2009, menduduki tempat ketiga dalam Kejohanan Dallas Visa dalam pertandingan junior. Dalam CoverGirl Classic 2010, dia mendapat tempat kedua dan mendapat tempat pertama pada Kejohanan Visa tahun itu. Dia juga mula bersaing dan mencipta nama di pentas antarabangsa.

Dalam Kejohanan Pan Amerika 2010, McKayla memenangi emas dalam dua acara iaitu vault serta acara berpasukan. Sudah jelas bahawa dia akan menjadi pencabar yang jelas untuk temasya Olimpik 2012 yang akan datang.

McKayla mendedahkan motivasinya adalah sukan olimpik. Itu yang membuatkan dia serius mahu menjadi atlet. Dia mengorbankan masa remajanya untuk berlatih berbanding rakan rakannya yang lain yang boleh bersantai dan lepak keluar selepas tamat waktu persekolahan.

Dia memberitahu Orange County Register: “Saya suka melakukan perkara yang kebanyakan orang tidak boleh lakukan dengan badan mereka. Saya boleh flip di udara. Dan saya suka dengan perasaan dalam diri saya yang mahu bekerja keras untuk sesuatu yang benar-benar kita mahukan dan mencapai matlamat itu. Ia adalah perasaan yang terbaik.”

Sukan Olimpik London

Dia akhirnya benar benar ke pentas Olimpik di London 2012 di mana segala-galanya berubah untuk McKayla.

Sebelum Sukan Olimpik 2012, McKayla memenangi tiga gelaran vault antarabangsa. Kejayaan terbesarnya ialah pada Kejohanan Dunia yang diadakan di Jepun. Di sanalah dia mendapat tempat pertama dalam acara vault dan acara berpasukan. Itu adalah pencapaian yang luar biasa dalam kariernya. Yang membuatkan dia menjadi peserta pilihan dalam Olimpik 2012.

Di  London 2012, tiada siapa yang dapat meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya. Segala-galanya kelihatan hebat untuk McKayla pada permulaan rutin vault. Bagaimanapun, pada percubaan kedua, dia tergelincir, membuatkan penonton tergamam dan kesilapan itu membuka pintu kepada gimnas lain untuk mengatasinya.

Sandra Izbasa dari Romania dapat memanfaatkan kesilapan McKayla dan menduduki tempat teratas dan pingat emas. McKayla terpaksa berpuas hati dengan perak, yang bagi kebanyakan orang masih merupakan pencapaian yang luar biasa.

Lagipun, pingat perak dari Sukan Olimpik adalah satu kejayaan yang tidak akan dicapai oleh kebanyakan manusia. Namun, bukan itu yang dirasai oleh McKayla

Namun bagi McKayla, yang menjadi kegemaran untuk memenangi emas, dengan enggan mengambil pingat peraknya.

Sebaik pingat perak diletakkan di leher McKayla, dia menarik wajah yang pantas ditangkap oleh jurugambar untuk diabadikan selama-lamanya.

Wajahnya yang masam mencuka benar-benar menampakkan perasaannya walaupun baru sahaja memenangi pingat perak. Seperti yang mereka katakan, gambar benar-benar menggambarkan 1000 perkataan di sebaliknya. Foto tersebut dengan cepat menjadi viral.

Dia langsung tidak menyangka bahawa detik ini akan mengubah hidupnya selama-lamanya. Dia tidak tahu bahawa foto ini akan tersebar ‘marak’ seperti api di dalam alam maya. Dia juga tidak menyangka bahawa wajah yang ditariknya itu adalah akan menjadi masalah besar bagi ramai orang yang melihat dan turut dikongsikan oleh Inside Magazine.

Dia akhirnya menggunakan kemasyhuran barunya itu. Di mana McKayla dapat membuat perubahan yang agak dramatik dalam laluan kerjayanya. Dia mulai menerima pengikut dari seluruh dunia. Ada yang bermula dengan membencinya kerana wajahnya yang dianggap tak boleh menerima kekalahan. Namun akhirnya menyedari bahawa wanita yang dalam gambar itu bukanlah wanita yang seperti digambarkan.

Dia tidak tahu bagaimana foto ini akan menjadi salah satu foto yang paling banyak dibincangkan dan dikongsi pada tahun itu di internet.

Tidak kira bagaimana perasaannya mengenai perkara itu, adalah tidak dapat dinafikan bahawa gambar ini membantu menjadikan McKayla Maroney dikenali ramai, malah melangkaui dunia sukan dan Sukan Olimpik.

Segalanya telah tersilap konteks dan persepsi hanya pada satu gambar telah membuatkan McKayla dituduh seorang sore loser ataupun si kalah yang tak boleh menerima kekalahan.

Ketika bercakap dengan Inside Magazine pada Jun 2014, McKayla berkata: “Saya masih ingat melakukan wajah seperti itu hanya selama dua saat. Seperti, jika anda menonton video, ia adalah dua saat. Dan saya masih ingat, adakah saya hanya menarik muka? Kerana ianya berlaku semula jadi.”

“Saya memang selalu membuat mulut seperti itu dan melakukannya sepanjang masa. Saya mempunyai gambar saya semasa saya kecil melakukannya. Saya ada gambar seperti itu disimpan pada komputer Mac saya apabila saya, seperti, 13.”

“Rakan rakan saya semua tahu saya banyak gambar seperti itu. Ia hanya sesuatu yang saya terbiasa buat. Rakan-rakan saya sedang menonton Sukan Olimpik, [dan] mereka juga berkata, ‘Oh, saya tidak perasan kalau kamu tak puas hati [seperti yang didakwa]. Sebab kamu memang buat muka macam tu selalu.’ Sebab mereka dah biasa tengok saya buat muka macam tu. Tetapi dunia ini tidak begitu! Jadi ia pasti meletup.”

Lahirnya sebuah meme

McKayla tidak tahu apa yang berlaku dalam internet berkenaan fotonya, sehinggalah bapanya memberitahunya. Dia kemudian melihat meme yang telah menarik perhatian internet: “McKayla Is Not Impressed.” Ia sememangnya tidak dapat dielakkan kerana ianya tular ke seluruh dunia dengan cepat.

Maroney memberitahu Inside Gymnastics: “Pada masa itu saya seperti, saya tidak dapat menangkapnya [meme]. Saya seperti, ‘Apakah maksudnya ini? Saya tidak faham.’ Kemudian, beberapa minggu kemudian, ia terus menjadi semakin banyak, dan orang ramai menghantar tweet kepada saya mengenainya. Saya hanya seperti, ‘Nanti ia akan hilang, biarkan ia berlalu!’ Dan malangnya, ia tidak akan hilang [dari internet].”

McKayla awalnya sangat tidak senang dengannya. Namun dia tak mampu mengawalnya.

Sehinggalah sampai ke satu masa, McKayla memutuskan untuk menerima meme itu dan bukannya melawannya. Dia mulai menerima dirinya sudah menjadi meme.

Dia mulai menjadi selebriti internet dan mula menarik muka dengan sengaja ketika diajak bergambar oleh para pengikut meme tersebut. Keputusannya untuk menerima meme itu sebagai sebahagian hidupnya benar benar mengubah hidupnya.

McKayla malah diminta oleh presiden AS pada masa itu, Barrack Obama untuk melakukan aksi meme itu bersama ketika pertemuan presiden dengan delegasi gimnastik wanita.

Dia mulai tidak merasa tertekan. Sebaliknya dia menikmati keseronokan. Kerana dia berpeluang untuk memberitahu dunia tentang apa yang berlaku. Ini apabila dia menerima semakin ramai pengikut.

Dia menyatakan bahawa, ketika dia kalah dalam acara di London 2012, dia memang sedih dan kecewa namun riak wajahnya itu bukan kerana dia tak boleh menerima kekalahan. Ianya spontan.

Dia sedih kerana kesilapan yang dilakukannya membuatkan dia terlepas pingat emas.

Namun meme itu tidak membunuh kariernya. Kerana McKayla malah bangga memilikiknya. Lalu dia menjalani kehidupannya seperti biasa dan terus berlatih. Selepas Sukan Olimpik 2012, dia  memenangi tiga lagi gelaran lagi dalam acara vault pada 2013, termasuk kemenangan di Kejohanan Dunia.

Bersara Dari Gimnastik

Pada 2016, McKayla mengumumkan bahawa dia secara rasmi berundur daripada gimnastik, atas nasihat doktor. Ianya melibatkan isu fizikalnya.

Ramai gimnastik yang bersara akan menikmati kehidupan yang biasa dan sederhana. Namun McKayla adalah berbeza. Kerana meme dia yang popular, dia terus mendapat tawaran daripada ramai pihak, sama ada untuk menjadi cameo ataupun datang ke acara khas.

Maroney akhirnya memutuskan untuk keluar dari dunia sukan dan beralih ke industri hiburan. Dia membuat penampilan pertamanya di layar kaca dalam rancangan TV Hart of Dixie pada tahun 2012.

Dia terus membuat beberapa penampilan lain dalam rancangan lain, serta video promosi untuk lagu 30 Seconds To Mars “Up In The Air.” Dia juga memutuskan untuk meneruskan kerjaya solo dalam muzik dan menerbitkan single.

McKayla akhirnya dapat mengejar sesuatu yang menyeronokkan dan kurang tekanan daripada gimnastik. Dia memutuskan untuk menukar gimnastik untuk lakonan. Dia benar benar gembira kerana dapat menceburi bidang yang lain selepas karier gimnastiknya berakhir.

\

Itulah kisah McKayla Maroney yang memilih untuk menerima meme dirinya yang akhirnya mengubah hidupnya. Namun bukan semua yang boleh menikmati kisah seperti McKayla selepas menjadi mangsa meme internet.