Southampton nampaknya telah membangunkan taktik yang mereka hanya gunakan antara minit ke-60 dan ke-70 – dan ia melibatkan pemain yang akan terbaring atas padang.
Biasanya pemain pemain yang menjatuhkan diri di atas padang ini mahu melengahkan perlawanan. Namun tidak untuk Soton. Mereka menggunakannya untuk memanfaatkan aspek lain yang ada kaitan dengan sains sukan.
Kemudian mereka akan tiba tiba memiliki kekuatan tambahan untuk berdepan dengan intensiti pada akhir babak permainan.
Skuad kendalian Ralph Hasenhuttl adalah antara yang bekerja keras dalam Liga Perdana Inggeris kerana intensiti permainan yang tinggi dalam setiap perlawanan.
Dan mereka melakukan analisis untuk memastikan bahawa mereka tahu di mana masa yang sesuai untuk mereka membangkitkan semula tenaga mereka yang hilang atau telah haus.
As high-intensity running in football seems to increase, beyound the increases in players' capacity for them, could we see a more formal move towards quarters rather than halves? Drinks break in lockdown football another step of course.
— Peter A. Løhmann (@ploehmann) February 16, 2022
Untuk mengekalkan tahap intensiti tersebut, para pemain Southampton perlu memastikan diri mereka terhidrat dan mengekalkan tahap pemakanan mereka terjaga dengan baik sekali.
Kajian terbaru dari The Athletic menunjukkan dalam 14 daripada 24 perlawanan liga Southampton musim ini, seorang pemain akan memerlukan rawatan daripada fisio di separuh masa kedua. Sama ada ianya benar benar kerana cedera ataupun pemain itu sendiri akan meminta untuk dirawat.
Dipercayai sebabnya adalah untuk membenarkan pemain mengambil gel tenaga tambahan yang diisi dengan bentuk karbohidrat.
Kejadian pertama berlaku ketika menentang Manchester United pada Ogos apabila Che Adams terbaring meminta dirawat pada minit ke-61.
Semasa dia menerima rawatan di atas padang, rakan sepasukannya pergi ke garisan tepi dan menerima arahan taktikal sambil mengambil gel mereka.
Apabila permainan disambung semula, Southampton berjaya bertahan untuk keputusan seri 1-1 menentang Red Devils yang memberikan tekanan kuat kepada mereka.
Statistik musim ini menunjukkan Southampton telah menjaringkan sembilan gol selepas minit ke-60 musim ini tetapi tetap dibolosi 14 gol.
Taktik itu hanya digunakan apabila masih ada sesuatu untuk dicapai dalam permainan, contohnya ia tidak digunakan dalam kekalahan 4-0 November kepada Liverpool kerana mengubah keputusan itu hampir mustahil.
Hasenhuttl menerima cadangan daripada jabatan Sains Sukan
Adam Armstrong adalah pemain yang paling banyak terbaring dengan empat perlawanan dan selain Tino Livramento, yang bertembung dengan pemain Norwich City, Brandom Williams.
Bekas ahli fisioterapi sukan Wolverhampton Wanderers Phil Hayward menjelaskan bahawa ianya tidak akan berlaku jika pengurus pasukan tidak memberikan lampu hijau dan tidak bekerjasama dengan baik dengan jabatan lain.
Adam Armstrong berkata: “Mereka akan mengambil gel tenaga, yang mengandungi maltodekstrin (sejenis karbohidrat) dan ianya akan masuk ke dalam aliran darah dengan cepat.
“Anda akan mula melihat tindak balas dalam masa 10 minit selepas pengambilannya.”
“Saya pasti saintis sukan akan mengesyorkannya dan mencadangkan bila ia perlu dilakukan, dan Hasenhuttl telah memberi lampu hijau.”
“Ini adalah pendekatan secara kolektif yang sangat baik dan menunjukkan sejauh mana mereka beroperasi sebagai sebuah pasukan.”
Apabila Liga Perdana Inggeris kembali dari penutupan pada tahun 2020, rehat minum air / water break diperkenalkan sementara permainan dimainkan dalam cuaca yang lebih panas dengan pemain berlatih dalam jadual tidak menentu.
Apa yang pasti Southampton telah menggunakan aspek Sains Sukan mereka dengan sebaiknya.
Selepas 24 perlawanan Southampton musim ini berada dalam 10 teratas. Satu perkembangan yang baik untuk mereka selaku pasukan yang tidak memiliki skuad besar yang berkelas dunia. Dan sudah pastinya mereka tidak pening memikirkan soal zon penyingkiran pada musim ini.