Bagaimana Taktik ‘Ular Sawa’ Frank Lampard Berfungsi

Chelsea merakam kemenangan ke-5 berturut-turut selepas menewaskan Newcastle 2-0 di St James Park. Ia termasuk 2 perlawanan Liga Juara-Juara.

Sejak tewas di tangan Tottenham di Piala Carabao, skuad Lampard semakin meningkat dan mula stabil.

Ada yang mengatakan taktik Lampard seperti Carlo Ancelotti, sedikit menyerupai Jose Mourinho dan kekaguman Lampard terhadap Jurgen Klopp memang tidak dipertikaikan.

UNSUR GUARDIOLA DAN KLOPP, KESABARAN DAN RISIKO

Perlawanan semalam bukan mengenai pemain mana yang bermain tetapi bagaimana mereka mengawal permainan secara keseluruhan.

Oleh itu unsur kesabaran yang pada Pep Guardiola dan risiko permainan dari Klopp berlaku.

Pada awal musim Chelsea agak sukar mengurus permainan. The Blues hanya mengunakan unsur kepantasan. Mereka akan menerima bola dan segera untuk menghampiri kawasan lawan.

Kini Chelsea telah mula melakukan penguasaan bola. Ia memerlukan kesabaran dalam permainan. Pada akhirnya mereka mencatat banyak kemenangan.

Bahagian pertama adalah dari panduan permainan Guardiola di Barcelona. Pada awalnya Chelsea menerapkan penguasaan bola dan seterusnya mencipta peluang walaupun berada dalam ruang sempit.

Selepas itu kesabaran menjadi kunci seterusnya.

MENURUNKAN TEMPO PERMAINAN, HANTARAN BERISIKO DAN RAMPAS DENGAN SEGERA

The Blues akan memperlahankan permainan, turun kebawah sehingga pihak lawan mengejar bola secara berterusan. Permainan sebegini mencabar kekuatan fizikal dan mental.

Pemain tengah dan sayap Chelsea menjadi penghubung kepada penyerang dan pertahanan sisi. Bertukar peranan buat seketika dan melakukan tekanan.

Bahagian kedua adalah dari panduan permainan Klopp. Klopp tidak takut melihat pasukannya melakukan hantaran berisiko melalui hantaran jauh.

Senario terburuk berlaku jika lawan memenangi bola dalam keadaan mereka sedang menyerang.

Pasukannya terpaksa menekan dengan segera untuk memaksa lawan melakukan kesilapan dalam hantaran dan mereka perlu kembali merampas bola.

Walau seburuk manapun situasi tersebut, Klopp mempercayai pasukan akan mendapat kembali bola dengan segera. Lampard cuba melakukan perkara yang serupa.

The Blues sabar bermain dengan bola sehingga mereka dapat melihat ruang dan peluang tercipta dihadapan sebelum melakukan hataran dan percubaan.

Jika hantaran tersebut gagal mereka segera menekan lawan untuk merampas semula bola.

Hakim Ziyech antara pemain Chelsea yang akan melakukan hantaran berisiko ke hadapan

MEMUSNAHKAN TENAGA LAWAN

Sejak beberapa perlawanan lepas Chelsea melakukan pressing dengan baik untuk merebut kembali bola dan mengatur semula serangan.

Permainan sebegini berlaku dalam tempoh sejam. Walau apapun keputusan dalam tempoh tersebut, fizikal dan mental pihak lawan mula merosot.

Kes ini berlaku ketika mereka menentang Newcastle, Sheffield United, Rennes, Burnley dan Krasnodar.

Mereka akan menjaringkan gol pada awal perlawanan, memerah tenaga pihak lawan dan menyelesaikan perlawanan.

Sehingga perlawanan semalam, The Blues akan menjaringkan gol pada awal perlawanan dan selepas itu mula memerah tenaga pihak lawan.

Pada penghujung perlawanan Chelsea akan berada selesa di hadapan.

PRO DAN KONTRA

Apa kelemahan taktik Frank Lampard?

Seperti yang disebut oleh pengurus ini apabila pemain mula selesa dengan kawalan bola, keyakinan pihak lawan akan runtuh.

Bagaimanapun penguasaan tersebut bukan hanya memberi rehat kepada pemainnya tetapi pihak lawan juga mempunyai masa untuk berfikir dan melakukan sesuatu.

Dalam taktik Guardiola permainan sebegini berfungsi dengan baik kerana pihak lawan akan melakukan sit off. Guardiola mahu lawan terperosok dan takut.

Sekiranya lawan pergi untuk menekan pemain Chelsea, The Blues akan mengalirkan bola sehingga mereka terus mengejar dan penat.

Salah satu cara pihak lawan boleh memusnahkan taktik ini dengan melakukan mirror tactic.

Chelsea secara amnya menyerang dalam shape 2-3-5, jika lawan bertahan melalui shape 5-3-2 mereka mampu melakukan situasi 1 vs 1 dan boleh menggagalkan progres bola kedepan.

Salah satu cara lain adalah menjaga pergerakan pemain kunci dan hal tersebut boleh menimbulkan masalah kepada Chelsea. Sudah semestinya itulah cara Klopp melakukan di Anfield.

Lampard perlu memastikan pasukan tidak bermain terlalu kebawah dan akhirnya tidak terkawal seperti beberapa perlawanan awal musim ini.

Penguasaan dan mengalirkan bola diseluruh padang dalam tempo perlahan sebelum melihat peluang seperti ular sawa membunuh lawan walaupun kelihatan tidak berbahaya.

APA SETERUSNYA

Jose Mourinho sedang mempunyai tempoh baik selepas berjaya menewaskan Manchester City

Chelsea akan berhadapan Rennes pada pertengahan minggu ini dalam perlawanan Liga Juara-Juara, Lampard sudah pasti akan melakukan pendekatan yang sama.

Lampard akan mendapat ujian sebenar ketika bertemu Tottenham pada hujung minggu hadapan. Bolehkah Chelsea membuli pemain Tottenham?