Jose Mourinho berseloroh tentang kenapa beliau mengejar Eric Dier sampai ke tandas tempoh hari.
Dalam aksi di antara Spurs dengan Chelsea, Eric Dier tidak dapat menahan sakit perutnya dan keluar padang untuk memerut.
Jose Mourinho yang ketika itu berada di tepi padang kelihatan marah dan mengejar pemain itu.
Babak itu menjadi bahan jenaka netizen yang geli hati.
Eric Dier kemudian keluar dari tandas dan terus masuk semula ke padang.
Where did Jose Mourinho go? 😆
— 433 (@433) September 29, 2020
Wartawan bertanya kepada Mourinho kenapa beliau mengejar pemain itu sampai ke tandas.
Mourinho berkata: “Saya cuma mahu pastikan dia mencuci tangannya [selepas menggunakan tandas].”
🗣️ Journalist: "Why did you follow Eric Dier to the bathroom?"
🗣️ José Mourinho: "I just wanted to make sure he washed his hands."
😂👏🚰 pic.twitter.com/Fvv9NVn60d
— Football Tweet (@Football__Tweet) October 1, 2020
Jadi maksudnya selamat la Mason Mount daripada tangan yang tak dicuci kan? Sebab ramai netizen menyatakan mereka risau je dengan Mount yang disentuh Dier di pipinya selepas wisel akhir.
Eric Dier consoling Mason Mount in the background before celebrating with his Spurs team-mates 👏👏👏pic.twitter.com/N3Rjz2ZMpd
— Goal (@goal) September 30, 2020
Eric Dier beraksi cemerlang dalam perlawanan tersebut dan mendapat Anugerah Pemain Terbaik Perlawanan.
Tetapi sebenarnya sebelum ini Jose Mourinho ada menjelaskan beliau mahu memberikan sedikit tekanan agar pemain itu tidak terlalu lama di dalam tandas.
Spurs mengatasi Chelsea selepas penentuan sepakan penalti. Spurs ketinggalan awal dalam perlawanan ini menerusi jaringan Timo Werner.
Namun pada babak akhir perlawanan Tottenham Hotspur membalas gol itu menerusi Eric Lamela.
Berbalik kepada insiden Dier yang pergi ke tandas, beliau menyatakan Jose Mourinho memang kurang gembira dengannya.
Dier dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan dan beliau berkata: “Coach tak gembira tadi, tapi saya tak boleh berbuat apa-apa, apabila panggilan alam memanggil.”
“Saya dengar, pasukan lawan mencipta peluang gol ketika saya tiada di atas padang. Syukurlah, mereka tidak menjaringkan gol dan kami mengakhiri perlawanan sebagai pemenang.”
Jose Mourinho menyatakan bahawa dia tahu Eric Dier nak ke tandas. Dia cuma sengaja mahu memberikan tekanan kepada pemain itu untuk melakukannya secepat mungkin.
Strange scenes as @ericdier runs off the pitch to the dressing room, followed hastily by Mourinho. Then Dier runs back out to resume playing. Presumably he needed the loo. Players just don’t shit on the pitch anymore. What’s wrong with them?
— Gary Lineker (@GaryLineker) September 29, 2020
Itulah sebabnya Mourinho berkejaran dengan Dier sampai ke tandas. Mourinho kemudian menambah, Dier menjadi begitu kerana badan pemain itu dehidrasi.
Mourinho mengkritik penjadualan perlawanan oleh FA yang terlalu padat.
Eric Dier running back from taking a sh*t midgame. I'm in tears 😂😂 pic.twitter.com/CZb0rjTKGb
— Doc ⏲ (@DocAFC_) September 29, 2020
Spurs bermain 4 perlawanan dalam tempoh 7 hari.
Dua hari lalu mereka berdepan Newcastle, dan kemudian Chelsea. Selepas ini berdepan Maccaibi Haifa dalam kelayakan Europa, dikuti Man United, 2 hari kemudian.
“Ya dia kena pergi [ke tandas], itu saya tahu, dia kena pergi juga.”
“Mungkin itu perkara biasa berlaku apabila kamu benar benar dehidrasi. Dan sudah tak ada apa lagi dekat otot kamu, ini boleh berlaku.”
“Dia adalah contoh terbaik kepada semua yang bermain dalam dua perlawanan terakhir ini, sudah tentu.”
“Jika badan pengendali bola sepak tidak kisah kepada pemain, saya peduli, dan sudah tentu Eric Dier tak akan dapat bermain pada aksi Khamis.”
Eric Dier turut menghadiahkan anugera MOTM kepada tandas yang membantunya kembali selesa.