Bagaimana Tugu Ini Membuatkan Derbi Milan vs Inter Digelar Derbi Della Madonnina

Derbi della Madonnina merupakan antara derbi terpopular di dunia terutama sekali di Itali.

Mungkin dalam beberapa musim sebelum ini kehangatannya sekarang tak seperti dahulu, kerana seringkali berlaku jurang kualiti di antara kedua dua pasukan. Namun itu bukan alasan untuk derbi ini tidak selayaknya derbi, seperti derbi yang lain.

Suhu panas itu tetap ada walaupun apa yang berlaku.

Derbi Milan

Derbi Della Madonnina ini adalah derbi di antara AC Milan dan Inter Milan. Media berbahasa Inggeris lebih mudah menggelarkannya derbi Milan.

Derbi ini, merupakan antara derbi terpanas di dunia. Apatah lagi, kedua-dua kelab bukan sahaja berkongsi bandar, tetapi berkongsi stadium yang sama di San Siro.

Inter Milan lebih cenderung menggelar stadium San Siro sebagai Stadium Giuseppe Meazza sempena dengan nama legenda mereka.

Manakala AC Milan selesa dengan nama San Siro iaitu lokasi terletaknya stadium tersebut.

Lagipun di antara kedua dua kelab yang ada nama Milan ini, apabila anda menyebut Milan sahaja, dalam terma bola sepak, ianya merujuk kepada AC Milan.

Namun media antarabangsa tetap lebih memilih nama San Siro berbanding dengan Giuseppe Meazza.

Dalam derbi Della Madonnina ini, penyokong kedua-dua pasukan akan diberikan tempat mereka tersendiri. Di mana, sebelah utara adalah untuk penyokong Inter Milan. Manakala seksyen sebelah selatan pula milik penyokong AC Milan.

Nama Derbi Della Madonnina

Nama Derbi Della Madonnina ini sebenarnya diwujudkan oleh orang Itali sendiri. Ianya merujuk kepada nama sebuah patung bonda Maria yang terdapat di katedral bandar Milan.

Jika anda bertandang ke kota Milan, ianya antara salah satu tarikan utama pelancong.

Madonnina adalah simbol kedamaian dan kesejahteraan bandar Milan. Patung Maria tersebut yang juga digelar Madonnina, dibina pada 1774 lagi, oleh Giuseppe Perego pada 1774.

Demi menghormati nilai spiritual pada patung tersebut, sehingga ke hari ini, tiada satu pun bangunan di kota Milan dibina lebih tinggi daripada patung tersebut.

Ultras Inter Milan sendiri sering bersorak lagu Oh Mia Bela Madunina ketika derbi ini berlangsung.

Permusuhan kerana perbezaan pandangan

Permusuhan Inter Milan dan AC Milan mulai tercetus apabilA pengaruh orang Inggeris mulai meresap di dalam AC Milan, yang memang ditubuhkan oleh orang Inggeris.

Dilaporkan, ada satu lagi bangsa asing ketika itu, iaitu Swiss merasakan berlaku layanan tak adil kepada mereka. Di mana para pemain berbangsa Itali dan Inggeris seringkali diutamakan.

Sebab itu anda akan perasan, logo AC Milan ada bercirikan Inggeris.

Lalu golongan Swiss ini telah menubuhkan kelab bola sepak mereka sendiri, dengan dibantu beberapa orang Itali.

Kelab baru tersebut diberikan Internazionale, kerana mereka mahu kelab itu menjadi milik semua orang, tak kira bangsa dan juga asal usul.

Mereka mahu memberikan peluang lebih terbuka kepada para pemain dari luar Itali untuk menyertai mereka.

Setelah perbezaan pandangan di antara mereka, berlakulah permusuhan di antara kedua dua pasukan. Dan ianya terus panas sehingga ke hari ini.

Baca yang lain