Bagaimana Wuhan Keluar Dari Cengkaman COVID-19

Dalam dunia duk kelam kabut dengan wabak Covid-19, tempat asal virus Corona versi terupdated ini sudah bebas dari virus tersebut.

Bagaimana Wuhan mengatasi virus Covid-19 adalah dengan mengenakan Lockdown keatas bandar Wuhan.

Ini adalah kronologi WUHAN LOCKDOWN.

Wuhan dikunci

23 Januari – Pukul 10 pagi, China mengenakan Lockdown keatas Wuhan. Semua jenis perkhidmatan transportasi Shut Down. Ramai yang tersadai kerana Lockdown ini.

Tapi pihak berkuasa telah menempatkan mereka yang tersadai ini di lot parking bawah bangunan & disediakan kemudahan seharian.

2 Februari – Kerajaan China menghantar 10 ribu pekerja kesihatan merangkumi Doktor, Pakar Kesihatan, Jururawat dan lain² dari negeri seluruh negara China berkampung di Wuhan.

Ketika ini jumlah kematian akibat Covid-19 sudah melebihi jumlah kematian akibar SARS.

5 Februari – Selepas 2 minggu Lockdown, Hospital Housenshan khas untuk menangani Covid-19 siap dibina. Hospital dengan 1000 katil memulakan operasi pada hari kedua siapnya bangunan tersebut.

Hari ke 14 Lockdown & jumlah mereka yang positif terus meningkat kepada 1766.

13 Februari – China menghantar pula pasukan kesihatan Militer. Masa ni jumlah mereka yang positif Covid-19 adalah melebihi 13 ribu orang. Ini menjadikan lebih 30 ribu pekerja kesihatan berkampung di Wuhan.

Hari ke 21 Lockdown & jumlah mereka yang positif secara kumulatif meningkat.

17 Februari – Wuhan mengatakan mereka sudah kuarantin 100% penduduk mereka.
Apa yang mereka buat?

Ada pekerja kesihatan yang kerjanya mengetuk pintu setiap rumah di Wuhan dan menjalankan ujian seterusnya mengumpul Data.

Masa ni adalah masa paling sukar, pekerja kesihatan tersebut kebanyakannya kena maki dengan penduduk setempat kesan Lockdown.

Pada masa genting ini ada dua pihak yang buat kerja dan perlu diberi penghargaan, iaitu Rider/Runner dan Aktivis Komuniti.

19 Februari – Hari ke 28 Lockdown, kes positif jangkitan Covid-19 di Wuhan menurun kepada 615 kes.

24 Februari – Hari ke 33 Lockdown, kes positif jangkitan Covid-19 di Wuhan menurun kepada 464 kes.

Selepas lebih sebulan Lockdown, graf jangkitan Covid-19 menurun. Dari 5 digit kes positif menurun kepada 2 digit kes. Seterusnya Wuhan akhirnya bebas dari virus Corona Covid-19.

Kita ni kira tak bernasib baik sebab Gelombang Kedua Covid-19 menular ketika para Politikus Anjing sedang berebut tulang busuk sisa makanan. Kematian² yang kita hadapi hari ini adalah dari Gelombang Kedua. Harapnya kita boleh sekat Gelombang Ketiga dengan Lockdown diri kita dan orang sekeliling.

Jika China berjaya mengatasi Covid-19 dengan mengenakan LOCKDOWN. Kita katakan kepada China, kita berjaya mengatasi Covid-19 dengan hanya mengenakan Restriction Movement Order. Kita cuma perlukan 14 hari untuk nyahkan Covid-19 dari Malaysia. Ayuh Malaysia!!!

Di akhir pandemik akan datang satu personal yang harus kita angkat sebagai Pahlawan Negara No1, iaitu Ketua Pengarah Kesihatan KKM Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Nota Editor: Artikel ini adalah sumbangan daripada Niv AR yang baru bebas penjara FB. Sila follow beliau di FB – Niv AR.

Baca yang lain