Bagi Je Liverpool Juara

Bek tengah Chelsea, Antonio Rudiger telah menyatakan pandangan beliau tentang kejuaraan liga musim ini jika ianya tak dapat ditamatkan.

Menurut Rudiger, Liverpool selayaknya diberikan kejuaraan liga. Ini kerana secara meritnya, skuad Jurgen Klopp berada 25 mata di puncak liga.

Liverpool telah menang 27 daripada 29 perlawanan liga musim 2019/20. Namun belum ada jaminan untuk The Reds dapat bergelar juara jika liga dibatalkan.

Minggu lalu, Eredivisie telah mebatalkan liga mereka musim ini dan tidak ada juara, penyingkiran mahupun promosi.

Rudiger menegaskan bahawa beliau merasakan Liverpool selayaknya juara berdasarkan prestasi mereka musim ini.

Bercakap kepada ZDF, Rudiger berkata: “Jujur saya saya rasa, kita patut memberikan kejuaraan kepada Liverpool.”

“Ini kerana mereka memang layak. Mereka menikmati musim yang sangat cemerlang dan kini berada di puncak liga, dan saya pun lupa berapa banyak mata mereka dah kutip.

“Apa yang pasti, mereka sedang memananginya. Jadi secara etikanya, kejuaraan itu milik diorang.”

Rudiger masih berharap musim ini akan ditamatkan. Namun beliau tetap meghormati keputusan kerajaan, jika mereka melarang bola sepak diteruskan atas alasan keselamatan.

“Dah tentunya saya berharap musim ini dapat ditamatkan dan ianya akan menjadi satu semangat kesukanan kepada semua orang.”

“Namun, seperti yang saya cakap sebelum ini, jika keadaannya memudaratkan, maka tidak seharusnya ia dalam pertimbangan.”

Perancis antara liga yang sudah ditamatkan awal dengan memberikan kejuaraan kepada PSG.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi