Bagnaia Tak Sangka Rampas Tempat Teratas Dari Quartararo, Boleh Juara Di Sepang

Pelumba Ducati Lenovo Team, Francesco Bagnaia, memenangi kedudukan teratas MotoGP 2022 daripada Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha).

Ini selepas Fabio Quartararo tidak dapat menamatkan perlumbaan dalam MotoGP Australia. Bagnaia pula berjaya memastikan dia tidak hilang kedudukan podium.

Francesco Bagnaia yang konsisten berada di barisan depan berjaya mencecah garisan penamat dalam kedudukan tanggan ketiga dalam perlumbaan yang berlangsung di Pulau Philip, Australia, Ahad.

Sementara itu, Fabio Quartararo yang bermula di tangga kelima, terpaksa menerima hakikat bahawa hari ini bukan harinya.

Di pertengahan perlumbaan, pelumba Perancis itu terhempas dan akhirnya tidak dapat meneruskan perlumbaan.

Dengan keputusan ini, Bagnaia berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi kerana berjaya mencapai zon podium.

“Saya sangat gembira dengan keputusan ini. Perlumbaan hari ini tidak mudah,” kata Bagnaia.

“Saya hanya cuba melaraskan tayar dengan sempurna. Matlamat saya adalah untuk memenangi perlumbaan.”

“Tetapi apabila saya melihat dalam pit bahawa Fabio telah tidak dapat meneruskan perlumbaan, saya berkata kepada diri saya sendiri: ‘OK, menang akan menjadi sempurna, tetapi jika saya tidak boleh melakukannya, tiada masalah. Tamatkan perlumbaan!’.”

“Apabila mereka (Alex Rins dan Marc Marquez) melepasi saya pada pusingan terakhir, saya tidak mahu mengambil risiko. Saya hanya tidak mahu terbabas sahaja.”

“Saya melakukan banyak kesilapan musim ini, jadi sangat penting untuk menamatkan perlumbaan dan memperoleh mata. Saya rasa saya telah belajar banyak.”

Selain itu, Bagnaia juga tidak menyangka akan memenangi kedudukan teratas dari Quartararo menjelang penghujung musim.

Walaupun kini meraih 14 mata, pelumba Itali itu tidak mahu leka di tangga teratas.

Dia mengakui hanya mahu fokus pada perlumbaan dengan baik sehingga akhir musim.

“Ya, sudah tentu (gembira di atas), tetapi saya tidak mahu berkata apa-apa sekarang, saya tidak mahu memikirkannya,” kata Bagnaia.

“Saya hanya mahu bertenang dan memikirkan perlumbaan seterusnya seperti yang telah kami lakukan dalam semua perlumbaan di mana kami telah bekerja setakat ini.”

“Saya hanya mahu fokus pada perlumbaan tanpa memikirkan kejuaraan. Kami perlu bertindak bijak. Matlamat utama adalah untuk melakukan perlumbaan yang baik.”

Dengan baki 2 perlumbaan lagi, Bagnaia boleh dinobatkan juara seawal perlumbaan seterusnya di GP Malaysia.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi