Bagnaia Ungguli Sepang Namun Quartararo Tangguhkan Kejuaraannya

Pelumba Lenovo Ducati Team Francesco Bagnaia menjuarai MotoGP Malaysia dalam perlumbaan yang boleh menjadi penentuan kejuaraan di Litar Sepang.

Namun kejuaraan Bagnaia masih ditangguhkan oleh Fabio Quartararo yang berjuang bermati matian untuk menamatkan persaingan di tangga ketiga.

Pelumba Itali itu berjaya menewaskan Enea Bastianini daripada Pasukan Gresini sehingga memperoleh kemenangan ketujuh dalam perlumbaan motosikal MotoGP musim ini.

Namun masih belum ada siapa yang menjadi Juara Dunia MotoGP 2022 pada hari ini. Dan ianya akan ditentukan pada penghujung musim di Valencia. Menjadikan perlumbaan itu nanti benar benar Grand Finale.

Enea Bastianini membuatkan Pecco dan Ducati berusaha bersungguh sungguh dan berpeluh untuk menduduki tempat kedua MotoGP Malaysia di Litar Sepang. Bagi memastikan Bagnaia kekal di hadapan menjelang aksi terakhir di Valencia.

Manakala pelumba Juara Dunia MotoGP 2021 Fabio Quartararo dari Monster Energy Yamaha berada di tempat ketiga. Pun begitu, pelumba Perancis itu masih berpeluang mempertahankan kejuaraan dunia pada musim 2022.

Sebelum perlumbaan, Quartararo menyatakan bahawa dia kini tiada tekanan kerana dia berada di kedudukan mengejar berbanding Bagnaia yang berada di kedudukan dikejar.

Dalam pelrimbaah terakhir nanti, Bagnaia hanya perlu memastikan dia tidak terlepas jejak Quartararo terlalu jauh. Atau lebih selamat, jika Bagnaia memenangi pelumbaan tersebut.

Tetapi Bagnaia sebelum ini menyatakan bahawa dia jauh lebih matang dalam menentukan apa yang harus dilakukan di atas litar.

Misalnya dalam perlumbaan sebelum ini Bagnaia mengakui dia tidak seperti dahulu, terlalu memikirkan kedudukan tangga teratas. Dia cuma menempatkan diri di kedudukan terbaik untuk berada di atas carta pelumba. Ketika itu Bagnaia menamatkan saingan di 3 teratas.

Sejak perlumbaan di Assen, Bagnaia jauh lebih cemerlang daripada Quartararo. Ini adalah statistik sebelum perlumbaan di Sepang.

Walaubagaimanapun Fabio Quartararo menyatakan kali ini dia akhirnya kembali menikmati pelumbaan selepas seringkali berdepan masalah teknikal.

Quartararo dan Bagnaia benar benar menunjukkan aksi terbaik mereka.

Berikut adalah kedudukan 10 teratas menjelang perlumbaan terakhir di Valencia selepas ini.