Baru-baru ni saya lihat tular satu Video yang menyiarkan seorang remaja sekolah dibelasah oleh rakan sekolahnya. Semakin menjadi-jadi kes buli di sekolah sekarang.
Kalau duli aktiviti membuli ni kita biasa dengar berlaku di sekolah-sekolah berasrama. Ada yang membuli melibatkan fizikal dan ada juga buli yang melibatkan mental.
Menyuruh Junior menyiapkan kerja Seniur, memerah keringat Junior untuk kepentingan Seniur. Ini sering kita dengar berlaku di sekolah-sekolah berasrama.
Ada yang menggunakan alasan bahawa apa mereka lakukan adalah untuk mendidik Junior supaya menjadi keras dan lebih berdikari. Namun kesan dari buli itu boleh mengakibatkan pelbagai hal yang negative.
Si mangsa buli mungkin boleh tertekan dan membuat hal yang tidak sepatutnya kerana terlalu tertekan. Jadi isu buli ini sangatlah tidak baik. Ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah bukan untuk dilatih menjadi Samseng atau menjadi mangsa untuk dipukul.
Guru-guru sudah melakukan yang terbaik, sukar untuk mengawal kesemua murid yang ada. Jadi sekiranya hal seperti ini berlaku tidak sepatutnya kesalahan itu kita lepas kepada para Guru semata.
Polis ambil keterangan 5 pelajar berhubung kes buli https://t.co/ZLcsdGH9Ax pic.twitter.com/rdSBzaihuV
— TheMalaysianInsight (@msianinsight) February 11, 2020
Tujuan utama mereka buli adalah bagi menyakitkan, menakutkan, memeras ugut, membalas dendam atau sekadar nak tunjuk hero. Bagi pembuli, setakat pukul badan tidak akan menyebabkan kecederaan serius, apatah lagi kematian. Asalkan tak sentuh muka, nanti nampak bekas lebam dan pukul.
Sebenarnya terdapat beberapa situasi yang boleh membawa maut. Daripada nak membuli, dah jadi kes bunuh. Di sini saya senaraikan 2 contoh
1. Commortio cordis –
kematian dengan satu hentakan ke dada di bahagian jantung.
Jika hentakan tersebut tepat pada waktu tertentu yg sesuai dengan degupan jantung, ia akan menyebabkan degupan jantung tidak sekata dan pesakit akan rebah dan mati.
2. Stylohyoid syndrome (eagle syndrome) –
Terdapat struktur ligament dan/atau tulang stylohyoid leher yang tidak normal di kalangan kita. Hentakan ke kawasan leher menyebabkan ligament ini menekan pusat saraf jantung, juga menyebabkan degupan jantung berhenti dan mati.
Sekarang anda boleh lihat sendiri, kerana niat nak membuli secara tidak sengaja telah menjadi pembunuh. Yang dah menjadi mangsa sudah pasti keluarganya menderita dan yang membuli anda sudah merosakkan masa depan anda sendiri.
Kepada pembuli, jika ditakdirkan kejadian ini berlaku kepada anda, maaf. Nasi sudah menjadi bubur. Jauhi buli. Laporkan kejadian buli di tempat anda.
Tak Ramai Yang Tahu !!!
.
.
beberapa buah sekolah terpilih melakukan inisiatif memasang CCTV.. dan hasilnya kes buli mengalami penurunan..
.
Tapi ini hanya beberapa berbanding beratus buah sekolah di Malaysia.
Dan… https://t.co/2EeCATsnid— Geng Tolak Buli (@BuliGeng) February 6, 2020
Kepada yang ada anak atau adik masih bersekolah tolonglah nasihatkan mereka agar tidak mendekatkan diri dengan kegiatan buli. Jauhi lah buli.