Bailly Dah Lama Pertikai, Cuma Ole Je Terus Lalai Berterusasn Turunkan Pemain Tak Cergas

Ketika berada di bilik persalinan dalam aksi berdepan Leicester, Man United menderita kalah 4-2.

Tidak dapat menahan perasaannya, Eric Bailly dilaporkan secara terbuka mempersoalkan tindakan Ole Gunnar Solskjaer yang menurunkan pemain separuh cergas – Harry Maguire – dan tidak memilih dia untuk beraksi.

Bailly menyuarakan perkara itu secara bersemuka dengan Ole Gunnar Solskjaer di bilik persalinan.

Dalam beberapa perlawanan Maguire masih kesulitan dengan keceergasannya selepas kembali dari kecederaan. Namun Ole pula terus menggunakan Maguire walaupun ketika itu baru kembali dari kecederaan.

Maguire melakukan banyak kesilapan musim ini. Beliau sebelum ini mengalami kecederaan di kakinya pada bulan lalu dan tidak beraksi dua perlawanan.

Maguire kembali ke kesebelasan utama berdepan Leicester dan beraksi hambar membuatkan pasukannya tewas 4-2. Di mana 3 daripada gol Leicester, Maguire terlibat dalam kesilapan langsung atau tak langsung.

Melihat kaptennya itu bergelut untuk bermain dan tidak sepenuhnya pulih, Bailly dikatakan bertanya sendiri kepada Ole: “Kenapa kamu turunkan bek tengah yang masih tak cergas bossku?”

Bukan itu sahaja, selain Bailly, beberapa pemain senior United yang lain juga mempersoalkan pemilihan pasukan oleh Ole ketika berdepan Atalanta sebelum ini.

Ketika berdepan Liverpool, Ole sekali lagi menyisihkan Bailly, salah seorang pemain yang bersedia dan cergas. Dia memilih Maguire sekali lagi bergandingan dengan Lindelof.

Akibat menurunkan ramai pemain yang tidak cukup cergas, ianya memakan diri, kerana mereka berdepan dengan Liverpool.

Sebelum ini Paul Scholes sudah memberikan amaran bahawa, kalau Man United bermain dengan cara yang sama seperti menentang Atalanta, mereka akan ketinggalan 3 atau 4 gol pada separuh masa pertama dan kalah teruk.

Scholes malah menyifatkan Klopp sedang kegembiraan menunggu aksi berdepan United jika mereka bermain dengan cara yang sama.

Namun Klopp menafikan dia yakin dapat menewaskan United. Malah berhati hati ancaman mereka selepas mereka bangkit dari 2 gol dan menang berdepan Atalanta.

Bagi Scholes, Liverpool bukan Atalanta. Liverpool mampu menyempurnakan peluang mereka lebih baik. Sedangkan Atalanta membazir beberapa peluang pada separuh masa pertama.

Seterusnya, jika Liverpool di depan dengan 3 gol, mereka tidak akan memberikan peluang kepada United untuk menyerang sewenang wenangnya seperti mana dilakukan Atalanta. Yang menurut Scholes ketika itu kekurangan pemain berkualiti. Ini kerana ramai pemain utama mereka cedera.

Agak menarik kerana Ole mengekalkan pasukan yang sama ketika berdepan Atalanta. Dan mereka bermain dengan cara yang hampir sama, lemah dalam pressing dan tidak kreatif. Kesannya mereka benar benar ketinggalan 4 gol.

Sebelum perlawanan, beberapa pemain seperti Maguire, Fred, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford bergelut untuk cergas sepenuhnya.

Namun Ole memutuskan untuk menurunkan kesemua mereka di atas padang. Kesannya Man United berdepan kesulitan untuk mengejar bola berdepan pasukan berintensiti tinggi.

Walaupun ada Ronaldo sekalipun, masih gagal untuk mengubah nasib mereka.

Ole membeli dua bintang mahal iaitu Van De Beek dan Sancho, namun tidak diturunkan dalam aksi berdepan Liverpool? Dan sering di bangku simpanan.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari