Bailly Sindir Manchester United Dan Maguire: “Pilih Kasih Kepada Pemain Inggeris”

Eric Bailly akhirnya membuka mulutnya menuduh Manchester United mengamalkan polisi pilih kasih dalam melayan pemain mereka. Di mana menurut Bailly Manchester United akan lebih mementingkan pemain Inggeris berbanding pemain negara lain.

Bailly menyertai Marseille secara pinjaman pada musim panas lalu, selepas tidak senang dengan situasinya di Old Trafford berikutan perpindahannya dari Villarreal pada 2016.

Bek tengah Ivory Coast itu telah membuat 113 penampilan untuk United tetapi merasakan bahawa dia boleh bermain lebih banyak lagi.
Namun dia kecewa, alasannya untuk tidak mendapat lebih banyak minit bukannya kerana pemain yang di hadapannya dalam susunan adalah sangat baik, tetapi berlaku diskriminasi dalam pemilihan pasukan.

Bailly berkata:

“Kelab seharusnya mengelak daripada memihak kepada pemain Inggeris dan memberi peluang kepada semua orang,” kata Bailly dalam komennya kepada The Times sebelum perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Marseille menentang Tottenham Hotspur.

“[Kelab harus] menggalakkan persaingan di bilik persalinan, bukan hanya melihat beberapa orang sahaja. Saya sentiasa mempunyai perasaan bahawa pemain kebangsaan Inggeris diutamakan.”

“Itu tidak berlaku di Chelsea atau kelab besar Liga Perdana Inggeris yang lain. Sesetengah orang mengambil mudah [Kerana comfort zone] bahawa mereka akan bermula, dan itu melemahkan pasukan.”

“Nasib baik [Erik] Ten Hag ada perwatakan yang kuat dan saya harap dia boleh ubah dinamik tersebut.”

Eric Bailly menyertai Marseille secara pinjaman pada musim panas ini selepas tidak senang dengan apa yang berlaku di Manchester United.

Bailly berkata dia telah memilih untuk pergi ke Marseille untuk mencari masa bermain selepas ketibaan Ten Hag sebagai pengurus, dengan bek tengah itu hanya membuat empat penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim lalu.

United menandatangani pemain antarabangsa Argentina Lisandro Martinez dari Ajax pada musim panas ini. Selain itu Ten Hag juga mempunyai Raphael Varane, Harry Maguire, Victor Lindelof dan Phil Jones di bahagian pertahanan tengah.

“Saya bertemu Erik Ten Hag di bilik persalinan pada penghujung musim lalu apabila dia pergi menandatangani kontraknya,” tambah Bailly.

“Saya sedang mengemas barang saya kerana niat saya ingin pergi, tetapi dia memberitahu saya dia mahu saya kekal kerana dia akan memberikan minit kepada semua orang.”

“Saya bersetuju untuk melakukan jelajah musim panas bersama United, dan dia menepati janjinya, tetapi saya tidak mahu bermain sekali sekala. Saya mahu melakukannya setiap minggu dan berasa penting. Saya mahu mendapatkan semula keyakinan saya.”

Tetapi Bailly mempertahankan masanya di United, menegaskan bahawa dia berjaya membantu mereka memenangi Liga Europa dan Piala Liga pada 2017.

“Saya adalah pemain pertama Mourinho pilih dan saya juga mempunyai detik-detik indah di mana piala berjaya dimenangi,” kata Bailly.

“Saya bermain perlawanan penting dan dalam beberapa perlawanan saya dipilih sebagai pemain terbaik.”

“Saya fikir apabila saya diberi peluang, saya bangkit ke acara itu. Saya hanya kurang konsisten, kerana saya fikir saya layak mendapat lebih banyak minit.”

Daripada komen beliau tentang Mourinho ramai peminat United sudah mengagak bahawa sindiran sinis Bailly adalah kepada Ole Gunnar Solskjaer. Memandangkan Ralf Rangnick cuma menjadi interim.

Ada juga peminat menganggap Bailly merujuk kepada Harry Maguire untuk pemain yang terlalu berada di zon selesa.

Baca yang lain