Bakal Pemilik Baru Sudah Bercadang Tukar Steve Bruce Yang Tak Cukup Bagus

Newcastle United kini dalam proses peralihan kepemilikan. Belum pun rasmi diumumkan, konsortium PIF yang diketuai Putera Salman sudah menyatakan bahawa mereka tidak yakin dengan Steve Bruce.

Dilaporkan bahawa PIF sudah menyenaraikan pengganti kepada Steve Bruce yang dianggap tidak cukup bagus untuk membawa aspirasi kelab yang baru nanti.

Antara nama yang sudah dikaitkan dengan Newcastle ialah Zinedine Zidane dan Antonio Conte.

Peminat Newcastle sudah tak sabar melihat Mike Ashley berambus dari kelab mereka selepas apa yang dilakukan beliau.

Bruce mengambil alih Newcastle selepas Mike Ashley memecat Rafa Benitez yang menjadi kesayangan peminat Toon.

Ianya gara gara Rafa terlalu lantang mengkritik Mike Ashley dan juga enggan menjual beberapa pemain atas kehendak Mike Ashley, tanpa memberikan jaminan dana perpindahan untuk membeli pemain pengganti.

PIF tidak yakin dengan Bruce dalam revolusi baru kelab tersebut. Mereka dijangka akan membeli beberapa pemain bintang masuk untuk mengubah wajah Newcastle.

Laporan beberapa minggu lalu melaporkan Steve Bruce tidak sehaluan dengan beberapa pemain. Dan berbalah dengan mereka. Bruce malah sesuka hati bercuti walaupun hari latihan sudah ditetapkan.

Pemain tiba di padang latihan menunggu Bruce tetapi pengurus mereka itu dikatakan masih dalam penerbangan pulang ke England. Dia tanpa menyatakan bahawa dia lewat pulang sehingga pemain menunggu dari pagi sampai ke petang.

Newcastle pastinya mahu mencari pengurus berprofil tinggi dengan pengurusan tertinggi yang hebat termasuk pengarah sukan.

Projek yang mirip kepada apa yang dilakukan Chelsea dan Man City dahulu.

Pengambilalihan Newcastle dikatakan bernilai £300 juta. Perjanjian sebelum ini digunakan sekali lagi. Sebelum ini perjanjian gagal kerana tentangan daripada BeIN dan kelab kelab di EPL.

Ianya dikatakan hanya beberapa jam sahaja daripada muktamad. Jika ianya rasmi pemilik Newcastle akan menjadi pemilik kelab paling kaya di dunia.

Mengatasi Sheikh Mansour dan juga Nasser Al Khelaifi.

Di EPL nisbah kekayaan PIF di bawah naungan Putera Salman sangat besar.