Baki 2 Perlawanan Lagi, Arsenal Di Puncak Liga Dengan Jarak 4 Mata

Arsenal semakin menghampiri kejuaraan EPL pertama mereka sejak 2004. Ini selepas kemenangan terbaru ke atas Bournemouth di Emirates.

Gol penalti Saka pada lewat separuh masa pertama dan dua lagi gol oleh Trossard dan Rice pada separuh masa kedua mengesahkan kemenangan 3-0 Arsenal ke atas The Cherries.

Dengan kemenangan ini Arsenal kini 4 mata di atas Man City dengan baki 2 lagi perlawanan untuk The Gunners.

Namun Man City masih ada 2 perlawanan dalam tangan dan baki 4 perlawanan secara keseluruhannya.

Arsenal mengutip 83 mata selepas 36 perlawanan, manakala Man City dengan 79 mata selepas 34 perlawanan.

Dari segi perbezaan jaringan Arsenal dengan +60 berbanding City dengan +50.

Jadi aspek perbezaan jaringan bukan masalah Arsenal ketika ini. Kerana angka itu sangat luar biasa.

Man City akan berdepan dengan Wolves pada aksi tengah malam ini waktu Malaysia. Sebarang keputusan selain menang, akan memberikan masalah buat Man City.

Skuad Mikel Arteta kini akan berdepan dengan Man United pada 12 Mei hadapan di Old Trafford. Manakala perlawanan terakhir mereka adalah berdepan Everton.

Arsenal memiliki rekod sangat baik berdepan big six musim ini. Ianya akan menjadi motivasi untuk mereka menang di Old Trafford.

Sementara mengharapkan Man City akan keciciran mata.

Satu lagi pasukan pesaing, Liverpool, semakin jauh daripada persaingan selepas keciciran mata dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Man City akan berdepan Wolves hari ini. Kemudian Fulham, Spurs dan West Ham.