Bale Bersara Daripada Bola Sepak Profesional

Kapten pasukan kebangsaan Wales dan bekas pemain Tottenham Hotspur dan Real Madrid, Gareth Bale mengumumkan bahawa dia bersara sepenuhnya daripada bola sepak profesional.

Gareth Bale mengumumkan keputusannya untuk menggantung but atau bersara, melalui media sosialnya pada Isnin.

Bale berkata: “Selepas membuat pertimbangan yang teliti dan sedalamnya, saya mengumumkan persaraan saya daripada kedua-dua peringkat kelab dan pasukan kebangsaan.”

“Saya berasa bertuah kerana dapat memenuhi impian saya untuk bermain sukan yang saya gemari. Ia benar-benar memberikan beberapa detik terbaik dalam hidup,” kata Bale lagi.

Bale turut mengucapkan terima kasih kepada semua bekas jurulatih, rakan sepasukan dan semua mereka yang banyak membantu mengubah hidup dan kariernya.

Tidak lupa juga kepada keluarga dan rakan rakannya.

Bale menegaskan, adalah mustahil untuk dia membalas jasa jasa semua orang yang menyokongnya sepanjang perjalanan kariernya.

“Saya merasakan bahawa saya telah banyak berhutang dengan orang.”

“Saya rasa terhutang budi dengan ramai orang yang membantu saya mengubah hidup dan karier saya dengan cara yang saya tak pernah impikan, apabila saya memulakan karier bola sepak saya pada usia 9 tahun.”

“Kepada kelab kelab saya sebelum ini Southampton, Tottenham, Real Madrid dan akhir sekali LAFC, kepada semua pengurus, staf kejurulatihan, staf di belakang tadbir, rakan sepasukan, semua penyokong setia, ejen saya, rakan rakan dan ahli keluarga saya yang luar biasa, kesan yang kamu tinggalkan dalam hidup saya adalah tiada ukurannya.”

Gareth Bale memulakan kariernya dari Southampton, sebelum memulakan tempoh kegemelingannya bersama Tottenham Hotspur.

Selepas menghabiskan enam musim di Spurs pada 2007-2013, Gareth Bale menyertai Real Madrid dengan rekod dunia untuk perpindahan ketika itu.

Di Madrid duia memenangi pelbagai gelaran berprestij.

Bersama Real Madrid, Gareth Bale memenangi lima kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah, tiga trofi LaLiga, 4 Piala Dunia Kelab, serta gelaran Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol.

Bersama skuad kebangsaan Wales, Bale sudah bermain 111 kali untuk negaranya dan menjaringkan 41 gol.

Membantu negaranya beraksi dalam Euro 2016 dan 2020. Serta layak ke Piala Dunia 2022.

Pada Euro 2016, Bales menjadi bintang Wales membantu negaranya mara sehingga ke separuh akhir.

Apa yang pasti Wales akan diingati sebagai salah seorang penyerang sayap paling berkuasa di atas padang pada generasinya.

Kami tinggalkan anda dengan momen gol magis Bale ini:

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.