Bale Sindir Ramsey: “Lebih Baik Daripada Dia Pilih Arsenal”

Gareth Bale telah menyokong keputusan Brennan Johnson untuk menyertai Spurs sambil menyindir Aaron Ramsey dan Arsenal.

Brennaan Johnson menyertai Spurs pada hari tarikh akhir perpindahan dengan nilai £47.5 juta yang dibayar kepada Nottingham Forest.

Pemain antarabangsa Wales itu telah setuju untuk menandatangani kontrak selama enam tahun di Stadium Tottenham Hotspur selepas mempamerkan aksi mengagumkan dengan Forest musim lalu.

Brennan Johnson menjaringkan 10 gol dan mencipta assist sebanyak 3 kali untuk membantu kelab yang disokongnya sejak zaman kanak-kanaknya kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

Ketibaan Johnson telah menguatkan pilihan di bahagian serangan oleh Ange Postecoglou berikutan pemergian Harry Kane ke Bayern Munich.

Semasa rehat antarabangsa bulan ini, bekas pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey bergurau bahawa dia sebenarnya berharap Brenna Johnson tidak menyertai Spurs.

“Saya harap ia bukan [menyertai] Tottenham,” kata Ramsey, yang bermain dengan Johnson di dalam pasukan Wales.

“Potensi yang dia ada agak menggerunkan lawan dan saya berharap dia boleh mengambil langkah seterusnya dan pergi ke peringkat seterusnya.”

“Dia akan menjadi  pemain penting untuk Wales juga. Dia akan menjadi bintang besar untuk kami pada tahun-tahun akan datang dan kami semua teruja kerana dia mempunyai platform yang bagus untuk meneruskan karier dan memperbaiki dirinya.”

Kemudian Gareth Bale turut terbuka membincangkan perpindahan Johnson ke Spurs dalam penampilannya dalam Kejohanan BMW PGA.

Ditanya tentang pandangannya tentang penyerang itu, Bale berkata: “Dia bermain dengan baik. Saya fikir lebih banyak dia bermain di liga teratas sekarang dan ianya akan lebih baik untuk kariernya.”

“Seperti yang anda katakan, hanya langit adalah had untuk dia. Selagi dia bermain bola sepak, meningkatkan dini dan bermain dengan baik, ia bagus untuk Tottenham dan bagus untuk Wales.”

Ketika ditanya sama ada dia gembira mendengar pemain itu memilih Spurs, Bales sekolah olah menyindir balik Ramsey: “Pasti. Lebih baik daripada pilih Arsenal.”