Ballon D’Or: Messi Pilih Benzema, Manakala Neymar Pilih Vini

Lionel Messi menegaskan bahawa pemenang Ballon d’or tahun ini sudah ditentukan.

Messi memilih Karim Benzema sebagai pemain yang sudah memahatkan namanya pada trofi Ballon d’Or. Ianya berdasarkan prestasi tak masuk akal pemain Real Madrid itu.

Segalanya serba sempurna untuk Karim Benzema kerana dia menikmati musim yang cemerlang dan menamatkan musim dengan UCL.

Menurut pemenang 7 Ballon d’Or itu berkata: “Saya rasa tiada keraguan – di mana Karim Benzema menikmati tahun yang spektakular dan mengukuhkan namanya dengan menamatkan musim sebagai pemenang Liga Juara Juara Eropah.”

“Dia menjadi nadi penting pasukannya bermula daripada peringkat 16 akhir ke atas dalam semua perlawanan.”

“Saya rasa tiada keraguan bahawa dia akan menjadi pemenang musim ini.”

Sememangnya sangat sukar untuk menewaskan Benzema pada tahun ini.

Pemain antarabangsa Perancis itu menjaringkan 44 gol daripada 46 perlawanan, untuk Real Madrid dalam semua pertandingan musim ini.

Selain itu Karim Benzema turut mencatatkan 15 assist. Benzema membantu Real Madrid menjuarai La Liga dan UCL pada musim ini.

Legenda Arsenal, Thierry Henry sependapat dengan Lionel Messi. Kerana menurutnya Karim Benzema sudah berada di kedudukan tidak mampu dicabar untuk Ballon D’Or terutama sekali selepas dia memenangi UCL.

Itu dianggap penguat utama kepada reputasi Benzema.

Walaubagaimanapun rakan baik yang juga rakan sepasukan Lionel Messi di PSG, Neymar pula memilih Vinicius Jr sebagai calon pemenang Ballon d’Or.

Baca yang lain