Balotelli Balas Kritikan Ibrahimovic Dengan Gambar UCL

Mario Balotelli telah mengecam Zlatan Ibrahimovic yang dianggap memperlekehkan kariernya. Balotelli menyindir balik menyatakan bahawa pemergian pemain Sweden itu membantu Inter Milan memenangi Liga Juara-Juara.

Bekas pemain antarabangsa Itali itu bercakap di Festival Sukan Trento, melalui FCInterNews. Dia bercakap mengenai kritikan baru-baru ini yang ditujukan kepadanya oleh bekas pemain antarabangsa Sweden dan penyerang Nerazzurri Ibrahimovic.

Dalam temu bual baru-baru ini, Ibrahimovic membidik bekas rakan sepasukannya di Inter, Balotelli. Bekas penyerang veteran itu mencadangkan bahawa bekas penyerang Inter itu tidak mengambil peluang yang dia ada untuk memanfaatkan bakatnya sepenuhnya dalam kariernya. Dan membuatkan dia seorang pemain yang gagal berada di tahap dia sepatutnya berada.

Ibra berkata: “Balotelli? Dia ada banyak peluang untuk dia ambil kesempatan dengan bakat dia ada dan peluang mengubah masa depannya. Dia tak pernah buat pun, itu hakikatnya.”

“Ada bnyak peluang dia ada, di mana orang lain hanya dapat satu peluang je, dia pula terlepas kesemua peluang dia ada.”

Balotelli sempat memuat naik gambar dengan trofi UCL di media sosial miliknya. Menyindir Ibrahimovic bahawa itu adalah pencapaian yang tak pernah dicapai pemain itu yang menggelarkan dirinya tuhan bola sepak itu.

Balotelli merasakan bahawa ianya bukan kebetulan sama sekali bahawa Ibrahimovic pergi meninggalkan kelab itu, kemudian Inter terus mencapai pencapaian terbaik mereka dalam sejarah era moden. Di mana Inter menjadi juara treble.

Balotelli berkata: “Ibrahimovic dan saya sentiasa mempunyai hubungan biasa. Bukan mudah bermain dengannya kerana dia boleh mengganggu anda dengan karenahnya.”

“Saya mempunyai watak yang lebih kuat daripada dia, itulah sebabnya saya tidak membiarkan apa yang dia katakan mengganggu saya. Tetapi apabila anda bermain dengannya anda sentiasa memberikan yang terbaik,” kata Balotelli mengenai Ibrahimovic.

“Dari segi itu, saya anggap pengaruhnya terhadap saya adalah membina.”

Ditanya tentang pengaruh Ibrahimovic di bilik persalinan ketika AC Milan memenangi gelaran Serie A dua tahun lalu, Balotelli berkata bahawa “Saya tidak tahu. Dia pastinya tegas di atas padang, dan dia juga tegas dengan saya di Inter.”

Sama ada Ibrahimovic seperti abang baginya, Balotelli menjawab: “Nah. Materazzi lebih seperti itu untuk saya.”

“Bagaimanapun, saya akan ulangi, saya tidak fikir saya mensia-siakan semua peluang saya ada dalam karier.”

“Kepergian Ibrahimovic pada permulaan musim 2009-10 membantu Inter memenangi Liga Juara-Juara,” sambung bekas penyerang itu.

“Apa yang dilakukan oleh Snmeijder, Eto’o, dan Milito adalah unik,” katanya. Ketiga-tiga mereka menandatangani kontrak untuk Inter menerusi wang bayaran perpindahan besar-besaran yang Nerazzurri terima untuk Ibrahimovic.

“Saya bergaul hebat dengan Sneijder. Sehinggakan kami akhirnya bertemu semula di Nice.”

Dan mengenai penyerang Milito, Balotelli berkata bahawa: “Dia seperti Raja Midas pada tahun itu. Dia menjaringkan gol dengan setiap sentuhan. Dia layak menerima Ballon D’Or,” katanya mengenai pemain Argentina itu yang menjaringkan kedua-dua gol Inter pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara 2010 menentang Bayern Munich.

Akhir sekali, Balotteli menyebut bahawa “Eto’o sentiasa pemain yang menentukan kemenangan.”