Balotelli Nekad Mahu Bantai Serie A Yang Dibanggakan Streamer Ini

Mario Balotelli bengang dengan streamer yang mendakwa Joel Pohjanpalo lebih bagus daripadanya. Ini kerana penyerang Venezia tersebut bermain di Serie A.

Balotelli kemudian berjanji akan membantai Serie A selepas ini yang dibanggakan oleh streamer tersebut.

Streamer tersebut menyatakan bahawa Balotelli pemain yang teruk dan dia lebih rela untuk memiliki Pohjanpalo dalam pasukannya berbanding Balotelli.

Ini selepas Balotelli dikaitkan dengan kepulangan semula ke Serie A. Dengan dia ketika ini masih tiada kelab.

Pendapat streamer itu membuatkan Balotelli mengamuk. Kerana streamer tersebut dianggap biadap dan memperlekehkannya.

Balotelli mengingatkan streamer itu bahawa  dia sebelum ini pernah beraksi dengan beberapa pasukan besar di dalam Itali dan di luar Itali. Dia juga cemerlang ketika Euro 2012, di mana dia menjadi

Balotelli berkata: “Apa persetubuhan (f-k) yang kamu kata ini? Hanya sebab saya tak bermain di Serie A ke? Apa yang aku pernah capai dalam karier sebelum ini tak dikira? Pergi mampus la dengan kamu dan Serie A.

“Ni janji aku,  nanti apabila aku dapat sign kontrak dengan pasukan Serie A, aku akan bantai Serie A. Aku akan bantai Serie A persetubuhan ini!”

Balotelli adalah pemain yang pernah dianggap prospek masa depan bola sepak Itali. Namun dia banyak mempersiakan bakat yang ada padanya dengan kontroversi di dalam dan di luar padang.