Mario Balotelli kecewa kerana dia sudah beberapa kali dinafikan panggilan skuad kebangsaan. Sedangkan dia adalah penyerang terbaik Itali yang negara itu ada ketika ini jika dia berada di prestasi terbaiknya.
Mario Balotelli sebelum ini pernah dipanggil kembali semula ke skuad Itali ketika Roberto Mancini mulai mengendalikan Itali. Namun selepas itu dia tidak dipanggil lagi dan dia tidak bermain.
Kali terakhir Balotelli bermain untuk Itali adalah pada 2018. Dan dia benar benar mahu menjadi sebahagian daripada pasukan Itali yang ada sekarang.
He hasn't played for his country since 2018… but 33-year-old Mario Balotelli backs himself against the current crop of Italian strikers 🇮🇹 pic.twitter.com/zTNMP9bB75
— Football on TNT Sports (@footballontnt) November 22, 2023
Itali kini di bawah pengurusan Luciano Spalletti. Nama Balotelli, 33, jauh daripada senarai pengurus itu.
Balotelli berimpian untuk terus menabur bakti bersama Itali terutama sekali dalam aksi Euro 2024 akan datang. Terutama sekali melihat kualiti penyerang Itali dalam tugasan kebangsaan baru baru ini. Dia benar benar kecewa dan melemparkan kritikan terbuka kepada mereka.
Balotelli menganggap dia lebih layak untuk berada dalam skuad kebangsaan berbanding pemain seperti Raspadori dan Scamacca.
Balotelli berkata: “Jika saya kekal cergas dan sihat, saya masih lagi penyerang terbaik yang Itali [pada sekarang].”
“Saya nak kembali ke pangkuan pasukan kebangsaan sekali lagi dan bermain untuk Itali semula. Saya sentiasa berharap nama saya akan dipanggil untuk tugasan antarabangsa.”
“Semalam, adakah Raspadori dan Scamacca bermain? Berapa jumlah percubaan yang mereka catatkan secara terkumpul? Dua?”
“Saya nak kembali bermain untuk pasukan kebangsaa,” tegas bekas penyerang Man City itu.
Balotelli merupakan penyerang berbakat besar. Namun gagal untuk kekal di kemuncak lebih lama kerana disiplinya. Dia terlalu santai kerana bakatnya yang ada.
Balotelli kemudian gagal untuk menjadi penyerang elit dan gagal mendapatkan kontrak dengan kelab besar di Eropah.
Balotelli says he’s the BEST Italian striker, wants to be called up and takes shots at the current 9s 👀🇮🇹
“If I’m healthy I still consider myself the best striker Italy has.
Yesterday did Raspadori and Scamacca play? How many combined shots did they take? Two?
I want to get… pic.twitter.com/DuJWhourNw
— Italian Football TV (@IFTVofficial) November 22, 2023