Banduan Ini Luangkan Masa 5 Tahun Korek Terowong Yang Sebenarnya Menunju Bilik Warden Penjara

Korang pernah tengok filem klasik Alcatraz? Ataupun Shawshank Redemption? Di mana banduan melarikan diri daripada penjara dengan mengorek terowong dan laluan khas.

Terdapat satu kisah pada 2012, di mana 4 orang banduan di Brazil merancang benda yang sama.

Mereka mengorek laluan rahsia untuk melarikan diri daripada penjara. Peralatan mereka dibuat daripada paip besi yang mereka ambil daripada bilik mandi di penjara.

Setelah 5 tahun mengorek lubang tersebut mereka cuba untuk melarikan diri.

Masalahnya, percubaan pertama mereka terus gagal. Di mana banduan tersebut ada 2 masalah utama.

Pertamanya dia tersekat di terowong yang mereka buat itu ternyata tidak muat untuknya keluar.

Masalah kedua, banduan itu ternyata menuju ke bilik pengawal penjara.

Ternyata terowong yang mereka bina selama ini menuju ke pejabat warden.

Akibat tersekat pada terowong itu, dia akhirnya ditangkap oleh polis di situ.

Malah ada polis yang kelihatan ketawa geli hati.

Menurut laporan akhbar brazil, Jornal Populacional, banduan yang tersekat itu malah kedengara menjerit kesakitan dan meminta tolong.

Dia cedera agak teruk di bahagian badannya. Menyedari usahanya itu cuma sia sia, maka dia meminta bantuan daripada polis dan pegawai penjara yang ada di situ.

Dia menjerit dan menangis sambil kehilangan tenaga untuk melepaskan dirinya.

 

Baca yang lain