Memiliki rumah memang impian semua orang, apatah lagi membina rumah sendiri dengan citarasa sendiri sepenuhnya. Namun tak semua yang berkemampuan melakukannya terutama sekali nak membina rumah mewah di negara orang.
Seorang pemuda dari India, berbangga apabila berjaya membina rumahnya sendiri dengan rekaan moden dan penuh menawan di New Zealand pula tu.
Namun cerita gembiranya bertukar menjadi duka apabila sekarang dia berhadapan dengan hukuman NZ$315,000 ataupun sekitar RM940 ribu.
Ini selepas dia melakukan kesilapan paling mudah dalam membina rumah sendiri iaitu jangan sesekali membina rumah di tanah orang lain.
Menurut laporan media di New Zeland, terdapat kesilapan pada kertas kontrak yang membuatkan lelaki tersebut membina rumah yang turut terlajak ke kawan jirannya.
Lelaki berbangsa India bernama Deepak Lal membina rumah mewah 3 bilik tidur di Papakura, Utara Auckland. Namun pembinaan rumahnya dihentikan seketika pada Ogos 2020 kerana kontraktor mengesyaki bahawa mereka sedang membina rumah yang turut melibatkan kawasan tanah orang lain.
Kesilapan itu membuatkan Deepak kini menanggung kos tuntutan pampasan bernilai hampir RM1 juta. Ini selepas pemaju perumahan yang dia lantik telah membina rumah di kawasan jirannya.
Kini mahkamah mengarahkan Deepak Lal membayar ganti rugi RM940 ribu, atau mengalihkan rumahnya ke kawasan dia sendiri sepenuhnya. Itu nampak mustahil kerana rumah itu sudah terbina dengan kukuh.
Dia mungkin boleh merobohkan bahagian yang berada di tanah jirannya, namun begitu dia berdepan dengan masalah kos meroboh dan pada masa yang sama, rumahnya akan terbahagi dua pula.
Lal menyalahkan kontrakor yang dia lantik iaitu Pinnacle Homes. Ini kerana mereka gagal membina rumah berdasarkan pelan dan tempat yang betul.
Pelan rumah tersebut sudah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Auckland. Dan kini Pinnacle Home pula memeritahu Deepak Lal bahawa Majlis Perbandaran yang bersalah sebenarnya.
Kes menjadi sangat rumit. Dan yang pasti rumah itu harus dirobohkan sebahagian ataupun Lal membayar wang yang sangat banyak kepada jirannya.
A man who thought he had landed his forever home is now facing a $292,000 lawsuit after a planning error. And his neighbours are absolutely furious. https://t.co/NUEWPerreC
— news.com.au (@newscomauHQ) May 19, 2021
Lal kini tertekan. Dia berkata kepada News.com: “Ini mimpi ngeri kepada saya. Saya terbangun tengah tengah malam dan berfikir: ‘macamana saya nak selesaikan masalah ini.”
Lal menegaskan bahawa arkitek HQ Designer, Nitin Kumar sudah memfailkan saman kepada Majlis Bandaraya Auckland kerana meluluskan projek itu. Dan Lal mahu Majlis Bandaraya bertanggunjawab sepenuhnya.