Arsenal sudah boleh dikatakan kedua dua kaki berada di suku akhir UCL musim ini. Ianya selepas mereka membela dan PSV Eindhoven tanpa belas 1-7 di tempat lawan.
Skuad Mikel Arteta benar benar menemui ramuan untuk menjaringkan gol selepas bergelut dengan ciptaan peluang dan tumpul di hadapan gol dalam beberapa perlawanab sebelum ini.
Arsenal 3-0 di hadapan dalam masa kira kira 31 minit menerusi gol oleh Jurrien Timber, Ethan Nwaneri dan Mikel Merino.
Noa Lang memberikan sedikit harapan kebangkitan buat tuan rumah menerusi gol pertama pasukannya sebelum rehat daripada sepakan penalti.
Namun separuh masa kedua Arsenal terus tampil dengan aksi dominan dan mengganas dengan 4 lagi gol.
Baru sahaja sepak mula separuh masa kedua, kapten Gunners, Martin Odegaard mencetak gol keempat pelawat dan diikuti gol oleh Leandro Trossard selepas itu.
Hanya 99 saat jarak di antara dua gol itu. Arsenal kini mencipta rekod pasukan pertama dalam sejarah UCL mendahului 5-1 dalam masa 48 minit.
Tidak hanya berhenti di situ, Arsenal mencetak gol keenam mereka menerusi gol kedua peribadi Martin Odegaard pada minit ke-73.
Pemain gantian, Ricardo Callafiori menutup malam luar biasa Arsenal dengan gol ketujuh pasukannya.
Dengan itu satu lagi rekod dicipta Arsenal iaitu menjadi pasukan pelawat pertama mencetak 7 gol di tempat lawan pada aksi kalah mati.
7 – Arsenal are the first team in UEFA Champions League history to score 7+ goals away from home in a knockout stage match. Narrative. #PSVARS pic.twitter.com/bRoMGxhoIf
— OptaJoe (@OptaJoe) March 4, 2025
Ini adalah kali pertama sejak 2007 Arsenal mencetak 7 gol dalam aksi UCL. Di mana 2007 mereka menang 7-0 ke atas Slavia Prague di peringkat kumpulan.
Dan ini pertama kalinya sejak November 1993, Arsenal menjaringkan 7 gol di tempat lawan pada aksi Eropah. Di mana pada 1993 mereka menang 7-0 dalam kunjungan ke Standard Liege.
Arsenal's biggest away win in the Champions League 🤯#UCL pic.twitter.com/ApuatSfxW5
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) March 4, 2025
Arsenal sudah menang 5 perlawnan UCL berturut turut buat pertama kali sejak 2005/06.
Arsenal have won five successive UCL games in a single edition of the tournament for the first time since 05/06.
◉ W 1-5 vs Sporting
◉ W 3-0 vs Monaco
◉ W 3-0 vs Zagreb
◉ W 1-2 vs Girona
◉ W 1-7 vs PSVThey are the first side in UCL history to score SEVEN goals away… pic.twitter.com/d3nv7NwUyY
— Squawka (@Squawka) March 4, 2025
Ini menjadi rekod terburuk PSV Eindhoven dalam masa 112 tahun di kejohanan Eropah membuatkan mereka diboo peminat mereka sendiri.
Skuad Mikel Arteta sudah boleh memikirkan untuk merehatkan ramai pemain pada aksi timbal balik di Emirates dalam usaha mereka mengekalkan kecergasan pemain untuk aksi EPL.
Sebagai rekod Arsenal masih belum pernah memenangi UCL dalam sejarah kelab itu. Dan Mikel Arteta sebelum ini optimis pasukannya ada segala kualiti untuk memenangi pertandingan tersebut.