Bapak KETUM PBSI Enggan Dipersalahkan Kerana Tidak Sewa Pesawat Khas

Ketua Umum PBSI Agung Firman Sampurna tampil menjelaskan kenapa mereka tidak menyewa pesawat khas dan menaiki pesawat awam untuk ke England.

Menurutnya, ianya tiada kaitan dengan sebab kenapa mereka disingkirkan. Kerana Firman menegaskan mereka ke England untuk bermain badminton dan bukannya berfoya foya.

Seorang peminat Indonesia menceritakan bagaimana Bapak KETUM [Ketua Umum] PBSI Indonesia agak emosi dengan apa yang berlaku.

Kem badminton Indonesia sebelum ini diarahkan menjalani kuarantin 10 hari selepas ada seorang penumpang pesawat yang mereka naiki positif wabak.

Firman menegaskan, tiada bukti pemain pemain dan pegawai Indonesia melakukan kontak langsung dengan pesakit ketika perjalanan.

Tidak dijelaskan secara rinci siapa penumpang yang terpapar tersebut. Situasi ini pun menyulut sejumlah pihak karena kasus ini membuat Indonesia rugi. Bahkan sampai ke pejabat DPR.

Berikut kenyataan beliau yang dijaga keaslian bahasanya.

โ€œIni bukan persoalan masalah sewa pesawat saudara-saudara. Enggak ada hubungan,โ€ tegas Agung dalam sidang medianya.

โ€œKalau ada pesawat yang tidak disewa, kami pakai pesawat itu. Jadi tidak ada urusan dengan menyewa pesawat. Enggak ada urusan dengan biaya-biaya itu,โ€ ucapnya dengan penuh emosional.

โ€œKami tidak sedang kemudian berfoya-foya memakai pesawat jet pribadi datang ke sana. Kami berlaga [berlawan] membawa nama bangsa ini dengan biaya yang ada sama kita.โ€

Beliau juga menjelaskan perbandingan media yang menyatakan kenapa ketika ke terbuka Thai mereka boleh menyewa pesawat? Tetapi tidak ke England.

โ€œJadi tak urusan begitu. Hari itu (ketika ke Thailand) kami tidak bisa menggunakan pesawat lain selain harus menggunakan pesawat carter [sewa]. Itu tidak ada pilihan saat itu.โ€

Agung turut memberikan jaminan bahawa mereka sudah mengikuti protokol keselamatan selama sebulan. Dan kesemua kontinjen mereka sudah divaksin.

Namun pihak NHS menyatakan, walaupun seseorang divaksin, dia masih boleh menjadi pembawa tanpa bergejala sekalipun. BWF dan All England menyatakan ianya di luar bidang kuasa mereka apabila berkaitan protokol kesihatan.

Memetik laporan BBC, seorang penumpang pesawat ke Birmingham yang mereka naiki telah positif wabak.

BWF menegaskan bahawa mereka dan Badminton England telah cuba sedaya upaya untuk memastikan Indonesia tampil bertanding. Namun NHS menegaskan bahawa protokol isolasi mandiri itu wajib dan tidak boleh dirunding atas warta kerajaan.

2 pemain Indonesia yang sudah beraksi di pusingan awal, Marcus Fernaldi Gideon dan Kevin Sanjaya Sukamuljo sudah menang ke atas lawan dari England. Namun mereka tetap dilarang untuk meneruskan pertandingan.

Menpora Indonesia, Zainudin Amali meminta BWF menyiasat insiden itu yang menurut mereka tidak adil dan satu diskriminasi. Dan PBSI turut merasakan, All England seharusnya dibatalkan sepenuhnya kerana beberapa pemain Indonesia sudah berinteraksi secara rapat dengan lawan dan pegawai pertandingan.

Ternyata ramai peminat Indonesia kecewa dengan BWF dan penganjur All England.

Namun apakan daya, segalanya sudah berlaku. Dan PBSI masih mendesak siasatan dijalankan dengan telus.

Semalam, Duta Besar Indonesia ke England, Desra Percaya meminta PBSI memboikot All England selepas menghalang kontinjen mereka bertanding gara gara SOP wabak yang menurut mereka tidak adil kepada pasukan mereka.

Cadangan itu muncul setelah Desra Percaya berkomunikasi dengan badan kesihatan England, National Health Service (NHS), Poul-Erik Hoyer Larsen (Presiden BWF), dan Adrian Christy (Ketua Persekutuan Badminton Britain).

Perbincangan tersebut berkaitan dengan kes tujuh wakil Indonesia di All England Open 2021 yang dipaksa mengundurkan diri oleh BWF dan jawatankuasa penganjur pada hari pertama kejohanan. PBSI kecewa kerana menurut mereka Indonesia ketika ini pada landasan terbaik untuk merangkul beberapa kategori.

Indonesia terpaksa menarik diri dari All England pada tahun 2021 kerana mereka berada di dalam pesawat awam yang membawa penumpang positif wabak, dalam penerbangan dari Istanbul ke Birmingham.

Pasukan Indonesia kemudian mendapat arahan dari pihak berkuasa kesihatan Britain (NHS) untuk melakukan kuarantin selama 10 hari sehingga 23 Mac 2021.

Situasi ini membuatkan keadaan menjadi tegang di antara kem Indonesia dengan pihak penganjur serta kerajaan England.

Desra Percaya percaya bahawa PBSI seharusnya memboikot All England di masa akan datang selepas layanan mereka. Ini juga sebagai pengajaran kepada All England.

Desra Percaya, turut percaya bahawa BWF dan penganjur All England 2021 tidak kompeten dalam menganjurkan pertandingan.

โ€œJadi, mungkin terlalu awal untuk memboikot. Namun, sebagai peminat badminton dan juga peminat pemain pemain Indonesia, jawapan saya adalah untuk memboikot All England.โ€

Desra kecewa dengan pihak penganjur yang tidak menyediakan perkhidmatan yang kondusif.

โ€œSekiranya soalan mengenai boikot itu ditujukan kepada saya bukan sebagai diplomat, saya akan sangat kecewa. Mereka tidak menyediakan kenderaan untuk pemain kami. Para pemain juga dilayan teruk.โ€

โ€œLogiknya seperti ini, pasukan Indonesia sudah melaporkan e-mel dari NHS kepada jawatankuasa penganjur. Apa yang harus dilakukan BWF adalah melindungi dan mempertahankan pemain Indonesia,โ€

โ€œBWF harus meminta pengecualian untuk pemain Indonesia yang positif sahaja. Setidaknya BWF telah melakukan upaya yang terbaik terhadap pemain Indonesia. Namun, ini tidak. Para pemain segera diminta untuk mengundurkan diri. Di manakah komunikasi itu?โ€

Selain itu, Desra Percaya mengatakan bahawa keinginan untuk memboikot All England adalah pendapat peribadinya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di