Bapak Segala Kebetulan Dicatatkan Ronaldo Dan Drogba, Skor, Umur Dan Lawan Yang Sama

Dalam dunia ini banyak benda kebetulan yang berlaku. Begitu juga di lapangan bola sepak. Cristiano Ronaldo menjaringkan gol dan mencetak assist dalam aksi berdepan dengan Spurs.

Menjadikan beliau sebagai pemain paling tua mencetak gol dan assist dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris yang sama.

Ronaldo menjadi bintang utama United bangkit daripada kekalahan memalukan di Old Trafford di tangan Liverpool sebelum ini. Di mana Red Devils kalah 0-5 di tangan musuh tradisi.

Ole Gunnar Solskjaer mengakui, kesemua pemain dan jurulatih berada dalam tekanan. Dan mereka terpaksa menunggu lama untuk memberikan reaksi kepada kekalahan itu kerana tidak beraksi tengah minggu dalam Piala Carabao.

Dalam aksi berdepan Spurs, Ronaldo memulakan malam cemerlang United dengan voli cantik untuk gol pertama pada separuh masa pertama.

United kali ini terlalu bagus untuk Spurs. Pasukan Spurs malah tidak mencatatkan sebarang on target dalam perlawanan ini.

Edinson Cavani menambah gol kedua pada minit ke-64. Dan Marcus Rashford memastikan 3 gol dan 3 mata untuk United. Kemenangan ini penting untuk moral dan motivasi pasukan.

Uniknya dalam perlawanan tersebut, satu rekod dicipta oleh Ronaldo dan ianya sama dengan Drogba. Di mana kedua duanya mencatatkan rekod itu pada usia 36 tahun dan tepat 267 hari.

Tidak cukup dengan itu, Drogba mencatatkan rekod itu berdepan dengan Spurs dan Ronaldo pun sama.

Masih tak cukup lagi? Kedua duanya menikmati kemenangan 3-0 pada hari catatan rekod tersebut, ya, sudah tentunya ke atas Spurs.

Drogba mencatatkan rekod itu 7 tahun yang lalu ataupun pada 2014.

Sebagai tambahan, satu lagi rekod unik dicipta Ronaldo adalah, di mana gandingan beliau dan Cavani mengulangi pencapain Giggs dan Scholes, untuk mencipta assist dan gol.

Ronaldo menyertai semula Man United selepas menyatakan beliau tidak mahu melanjutkan kontrak di Juve dan minta dilepaskan.

Ole Gunnar Solskjaer masih percayakan Ronaldo pemain yang masih boleh bersaing di tahap tertinggi dalam kariernya.

Ronaldo juga meraikan keceriaan sebelum perlawanan. Di mana beliau menyatakan bahawa dia dan pasangannya, Georgina Rodriguez menunggu kelahiran cahaya mata kembar mereka selepas ini.