Terdapat bermacam cara yang digunakan oleh pemain atau pasukan bola sepak dalam usaha untuk memenangi sesuatu perlawanan atau melangkah jauh dalam sesuatu kejohanan.
Pemain melakukan dive jika disentuh/tidak disentuh pertahanan lawan. Ada yang sengaja membuat provokasi lawan sehingga mereka bertindak agresif seterusnya dibuang padang.
September 2013 β The season starts and Ashley Young decides to take a dive. #mufc pic.twitter.com/Y5ap6HKWtr
β UnitedBanterEra (@UnitedBanterEra) June 15, 2019
Jose Mourinho pernah mengarahkan agar Sergio Ramos dan Xabi Alonso melambat-lambatkan perlawanan agar mereka dibuang padang.
When Mourinho purposely told Alonso and Ramos to get a red card to miss the next gameπ.
Wendy Shay | #NDDCProbe | Kai Havertz | Ronaldo | Lewandowski | Werner | #Stonebwoy | Shatta Wale | Sark | Anka | #YLounge | #AnlogaJunctionAlbum | Hawa Koomson | Anka | Kasoa | Sarri pic.twitter.com/f5kxM0xLge
β Viral Videos Ghana (@ViralVideoGhana) July 20, 2020
Namun kali ini mari kita imbas kembali insiden pelik yang berlaku ketika perlawanan kelayakan Piala Carribean 1994.
Kelayakan Piala Carribean 1994
Setiap pasukan yang ingin menyertai pusingan akhir Piala Caribbean perlu melepasi pusingan kelayakan terlebih dahulu. 19 pasukan dibahagikan kepada 6 kumpulan.
Peraturan pelik telah digubal oleh penganjur dalam pusingan kelayakan ini. Setiap perlawanan mesti mempunyai pemenang.
Sekiranya kedua-dua pasukan seri dalam 90 minit permainan, maka mereka terpaksa bermain dalam masa tambahan, di mana gol emas akan dikira sebagai dua gol.
Sekiranya tidak ada pasukan yang menjaringkan gol dalam masa tambahan, maka mereka pergi ke penentuan sepakan penalti untuk menentukan pemenangnya.
Kontroversi Grenada vs Barbados
Memasuki perlawanan terakhir kumpulan, Barbados perlu menewaskan Grenada dengan kelebihan dua gol untuk mara ke pusingan akhir. Grenada pada ketika itu hanya perlu seri atau tewas dengan defisit 1 gol.
Memasuki minit ke-83, Barbados selesa mendahului dengan keputusan 2-0. Namun Grenada berjaya menjaringkan gol untuk merapatkan kedudukan 2-1. Jika keputusan ini kekal hingga tamat permainan, Grenada akan layak ke pusingan akhir.
Namun Barbados mempunyai idea lain. Menyedari masa semakin suntuk untuk menjaringkan gol melepasi penjaga gol lawan, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk menjaringkan gol sendiri untuk mengheret ke masa tambahan!
Insiden lucu ini disambung pula dengan adegan pemain-pemain Grenada pula berusaha untuk menjaringkan gol ke kedua-dua gawang bagi memastikan perlawanan ditamatkan dengan keputusan 3-2 atau 2-3. Ini memaksa pemain Barbados mempertahankan gawang sendiri dan lagi sadis, gawang lawan!
Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol ke-5 perlawanan lalu permainan disambung 30 minit masa tambahan. Kisah dongeng ini menemui penamat yang diidamkan setelah penyerang Barbados menjaringkan gol 4 minit sebelum masa perlawanan tamat sekaligus menyaksikan mereka menang dengan keputusan 4-2.
Reaksi Perlawanan
Keputusan perlawanan tersebut mendapat kritikan dari pengurus Grenada, James Clarkson.
βSaya rasa ditipu, mereka yang membuat peraturan ini mesti menjadi calon penghuni rumah sakit jiwa. Permainan tidak boleh dimainkan dengan begitu banyak pemain yang keliru. Pemain kami tidak tahu arah mana yang harus diserang, tujuan mereka atau tujuan lawan (Barbados). Saya tidak pernah melihat perkara sebegini berlaku. Dalam bola sepak, anda sepatutnya membolosi gol lawan anda untuk menang, bukan untuk mereka (gawang sendiri).β
Bagaimanapun, FIFA memilih untuk tidak menghukum Barbados berikutan insiden itu.
Rumusan
Kelicikan pasukan Barbados dalam mengeksploitasi loophole peraturan kejohanan bolehlah dianggap bijak. Tidak kiralah ia direncana saat akhir ataupun sebelum perlawanan bermula.
Pesalah sebenar adalah penganjur yang menggubal peraturan yang merapu ini. Ikut sahaja peraturan yang ditetapkan oleh FIFA. Kan mudah gitu?