Selepas menang di Bernabeu dengan skor 1-0, Barcelona disingkirkan daripada separuh akhir Copa Del Rey, selepas kalah 0-4 di gelanggan sendiri.
Vinicius Junior membuka jaringan sejurus sebelum rehat ketika skuad kendalian Carlo Ancelotti itu mencatatkan kebangkitan yang menakjubkan daripada defisit satu gol separuh akhir perlawanan pertama, dengan Benzema menambah hatrik pada separuh masa kedua.
Selepas menjaringkan tiga gol pada hujung minggu menentang Real Valladolid dalam La Liga, Benzema mengulangi prestasi cemerlangnya untuk mengaibkan Barcelona pada malam yang menyakitkan bagi jurulatih Xavi Hernandez di hadapan hampir 95,000 penyokong yang kecewa.
Los Blancos mengekori musuh ketat mereka dengan 12 mata dalam La Liga dan ditewaskan oleh Barca dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol pada Januari, tetapi berjaya membalas dendam di Nou Camp untuk mara ke final Copa Del Rey buat kali pertama sejak 2014, di mana mereka akan menentang Osasuna pada aksi final.
Madrid menewaskan pemenang piala dengan rekod 31 kali itu dengan persembahan luar biasa untuk menamatkan badi kekalahan dalam 3 el clasico berturut turut.
BACK-TO-BACK HAT TRICKS FOR KARIM BENZEMA 😱 pic.twitter.com/AYBEmO4hwM
— B/R Football (@brfootball) April 5, 2023
Pasukan Ancelotti mendominasi perlawanan pertama tetapi tewas 1-0 selepas gol sendiri Eder Militao.
Selepas perlawanan itu Ancelotti menganggap hanya Real Madrid berhak menang kerana beraksi lebih baik dan menuduh Barcelona tidak menjadi ‘Barcelona’ kerana bermain dengan sistem berkampung di kawasan sendiri.
Los Blancos mendahului pada masa kecederaan pada penghujung separuh masa pertama, apabila mereka menunjukkan kehebatan mereka pada serangan balas.
Thibaut Courtois melakukan penyelamatan yang baik untuk menafikan percubaan daripada Robert Lewandowski.
Dan separuh masa kedua adalah cerita pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema.
Dia mencatatkan hatrik yang akan dikenang.
Benzema menjaringkan gol pada minit ke-52, ke-58 dan minit ke-80 menerusi sepakan penalti.
Membuatkan Nou Camp tergamam dan terdiam.
🏆 WE'RE IN THE FINAL!
🏁 FT: @FCBarcelona 0-4 @RealMadriden (agg. 1-4)
⚽ @vinijr 45'+1', @Benzema 50', 58' (p), 81'#ElClásico | #Emirates pic.twitter.com/ar5x72Dl3v— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) April 5, 2023
Real Madrid telah menjulang trofi itu sebanyak 19 kali, manakala lawan mereka Osasuna tidak pernah memenanginya.
Osasuna mara ke final kedua selepas menewaskan Athletic Bilbao pada Selasa lalu.
Carlo Ancelotti kekal bersaing dalam UCL dan piala domestik.
Dan pada masa yang sama mengharapkan keajaiban untuk dapat memintas Barca pada persaingan kejuaraan liga.