Barca 1 PSG 4 (agg 4-6): Dembele Balas Ejekan Boo Dengan Aksi MOTM

Ousmane Dembele kembali semula ke markas Barcelona namun kali ini sebagai pemain PSG.

Dembele yang menerima ejekan daripada peminat Barcelona telah membalasnya dengan aksi yang membolehkan dia menjadi MOTM.

Dembele sebelum ini pernah menyertai Barcelona dengan nilai perpindahan mencecah €150 juta. Namun prestasinya dengan Barca tidak menentu serta diganggu oleh kecederaan.

Dia kemudian menjadi antara pemain yang enggan dipotong gaji ketika kelab berdepan dengan krisis kewangan. Selain itu, Dembele pernah menolak untuk dijual ke kelab lain.

Pada musim terakhir dengan Barca, Dembele berjaya meyakinkan Xavi bahawa dia pemain yang penting untuk projek masa depan kelab. Malangnya pada akhir musim dia mendesak perpindahan ke PSG kerana mahu bergandingan dengan Kylian Mbappe.

PSG memastikan mereka mara ke separuh akhir Liga Juara Juara Eropah selepas bangkit daripada ketinggalan secara agregat 3-2 daripada perlawanan pertama di tempat sendiri sebelum ini.

Barcelona bagaimanapun melebarkan agregat kepada 4-1 pada awal perlawanan menerusi gol pembukaan oleh Raphinha pada minit ke-12 perlawanan. Raphinha benar benar meneruskan kecemerlangan berdepan dengan PSG.

Namun pada minit ke-29, Ronald Araujo telah dibuang padang. Xavi kemudian mengorbankan Lamine Yanal untuk memasukkan bek tengah kerana insiden kad merah itu.

Dembele menjadikan kedudukan 1-1 pada minit ke-40 atau 4-3 secara agregat yang masih berpihak kepada Barcelona.

Pada separuh masa kedua Barca mencetak 3 lagi gol menerusi Vitinha dan dua gol oleh Kylian Mbappe.

Mbappe hampir mencetak hatrik dalam perlawanan ini. Namun pemain itu gagal melalukannya.

Skuad bimbingan Luis Enrique akhirnya menang 4-1 di Sepanyol dan mara ke separuh akhir dengan agregat 6-4.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Luis Enrique menjadi bekas pengurus Barcelona dari Sepanyol pertama yang menyingkirkan kelab itu daripada pusingan kalah mati Liga Juara Eropah.

Ianya musim terakhir Xavi sebagai pengurus kerana dia sudah mengumumkan bahawa dia akan meninggalkan kelab itu akhir musim ini. Ianya tidak berakhir dengan grand finale dengan menjulang UCL seperti diharapkan.

Sementara ini adalah musim pertama Luis Enrique bersama dengan PSG. Salah satu sebab utama dia dilantik adalah kerana dia dianggap memiliki kepakaran dalam UCL. Sebelum ini dia pernah membantu Barca menjadi juara UCL.

Baca yang lain