Hansi Flick meneruskan rentak kemenangan dalam permulaan kariernya di La Liga. Kali ini Barcelona berpesta gol 7 gol berbalas kosong berdepan dengan Real Valladolid.
Bintang yang berada dalam senarai untuk dijual Barca iaitu Raphinha berjaya mencetak hatrik dalam perlawanan ini. Aksi terbaiknya bersama Barca setakat ini.
Pemain veteran Robert Lewandowski memainkan peranan penting di bahagian serangan. Dia turut mencetak gol dan memainkan peranan penting dalam membantu Raphinhe mencetak gol kedua peribadinya.
Jules Kounde turut berada dalam senarai penjaring. Dan paling menarik adalah Dani Olmo. Selepas dia mencetak gol kemenangan Barca ketika masuk sebagai pemain gantian sebelum ini, Olmo menambah satu lagi gol peribadinya bersama Barca. Menjadikan dia sudah mencetak gol dalam dua perlawanan berturut turut.
Satu lagi gol adalah menerusi Ferran Torres yang masuk sebagai pemain gantian. Pemain yang
Lamine Yamal walaupun tidak menjaringkan gol dia mencipta 2 assist dalam perlawanan ini.
Barca kini di tangga teratas La Liga setelah memenangi 4 perlawanan daripada 4 permulaan mereka musim ini. Permulaan sempurna Barca bersama dengan Hansi Flick.
Flick bekerja dengan dana yang terhad dan tidak dapat menandatangani beberapa pemain yang dia mahukan. Dia juga hampir tidak dapat mendaftarkan Dani Olmo. Selepas akaun FFP Barca sudah mencapai had. Pemain itu didaftarkan pada minit akhir kerana kecederaan Christensen.
Dani Olmo jelas pembelian berbaloi Barca setakat ini. Pemain yang dibeli dari RB Leipzig itu menjadi bintang Sepanyol ketika mereka bergelar juara Eropah 2024. Dan prestasi itu dia bawa bersama ketika menyertai skuad Barcelona.