Barcelona nampaknya masih bermasalah untuk mendaftarkan kesemua pemain mereka dalam La Liga pada musim yang akan bermula.
Pemain baru Andreas Christensen dan Franck Kessie boleh meninggalkan Barcelona secara percuma jika mereka tidak didaftarkan sebelum perlawanan pembukaan LaLiga Sabtu menentang Rayo Vallecano, menurut sumber ESPN.
Christensen dan Kessie kedua-duanya menyertai Barca secara percuma awal musim panas ini dari Chelsea dan AC Milan. Dengan tiga hari lagi sebelum kempen baharu bermula, kedua-duanya belum didaftarkan dengan liga Sepanyol.
Sumber ESPN melaporkan bahawa jika mereka tidak didaftarkan sebelum perlawanan pembukaan Barca menentang Rayo, kedua-dua pemain boleh memilih untuk mengaktifkan klausa yang membenarkan mereka pergi secara percuma.
Pemain pemain lain yang juga baru tiba musim panas ini seperti Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kunde juga masih belum boleh didaftdengan LaLiga, manakala pembaharuan kontrak yang ditandatangani oleh Sergi Roberto dan Ousmane Dembele juga belum didaftarkan.
ESPN menjelaskan bahawa situasi Christensen dan Kessie sedikit berbeza, memandangkan mereka menyertai Barca secara percuma. Oleh itu, jika mereka memilih untuk membatalkan kontrak, mereka berhak untuk pergi secara percuma sebelum tingkap perpindahan ditutup.
Christensen and Kessie could leave Barcelona for free if they are not registered before Saturday, sources have confirmed to @samuelmarsden and @moillorens 😳 pic.twitter.com/LNI0V8Tw2K
— ESPN FC (@ESPNFC) August 10, 2022
Namun buat masa ini preside kelab, Joan Laporta telah memberikan jaminan yang meyakinkan semua pemain bahawa, tidak seorang pun pemain baharu kelab dan yang melanjutkan kontrak akan tercicir daripada pendaftaran.
ESPN turut melaporkan bahawa Barcelona sudah bercakap dengan ejen setiap pemain bagi mengelakkan keadaan tak diingini berlaku. Antaranya adalah pemain mengaktifkan klausa penamatan kontrak kerana tidak dapat didaftarkan.
Barca telah membelanjakan lebih €150 juta pada musim panas kali ini, dan pada masa yang sama telah mengumpulkan lebih €600 juta dengan menjual 25% hak televisyen domestik mereka selama 25 tahun dan 24.5% kepentingan dalam Barca Studios.
Laporan yang sama menyebut bahawa wang tunai masuk itu masih tidak mencukupi untuk Barca boleh mendaftarkan semua pemain baharu dan pemain yang membuat pembaharuan kontrak mereka, walaupun ada yang boleh didaftarkan sekarang. Ini bergantung kepada kedudukan kewangan Barca dalam beberapa hari ini.
Barca sedang mencari untuk menjual 24.5% lagi pegangan dalam Barca Studios dan terus berunding dengan pemain pemain mereka untuk pelarasan gaji termasuk dua bintang paling senior mereka iaitu Sergio Busquets dan Gerard Pique.
Pemotongan gaji Pique pada musim panas lalu yang membolehkan Memphis Depay dan Eric Garcia didaftarkan pada malam musim lalu, manakala tindakan serupa daripada Busquets dan Alba membenarkan Sergio Aguero didaftarkan dalam liga sebelum jendela perpindahan ditutup.
Musim ini, Gerard Pique sekali lagi menerima pemotongan gaji untuk membantu kelab mendaftarkan pemain pemain baharu mereka. Namun kelab masih berusaha menjual pemain seperti De Jong, Braithwaite, Umtiti dan Memphis Depay.
Had perbelanjaan LaLiga yang dikenakan ke atas Barca ialah -€144 juta pada akhir musim lalu, satu-satunya had negatif dalam liga. Selepas LaLiga menilai situasi pandemik yang melanda kelab itu. Namun LaLiga sudah memberikan amaran bahawa, Barca tidak akan mendapat had yang serupa pada musim ini. Mereka harus berusaha mendapatkan wang yang banyak.