Dengan musim yang sudah pun berakhir, prospek Barcelona pada jendela perpindahan musim panas sedang dilumpuhkan oleh pelbagai isu ekonomi, yang ditanggung oleh salah urus selama bertahun-tahun lamanya sebelum ini.
Barcelona sudah berhutang beratus juta kepada bank. Manakala had perbelanjaan keseluruhan mereka dikurangkan kepada angka negatif oleh La Liga awal Mac ini.
Kesannya, ia telah menghalang mereka daripada mendaftarkan pemain baharu sehingga mereka mengimbangi buku akaun mereka.
Jika masalah kewangan yang berterusan tidak mencukupi Barca mungkin terpaksa melepaskan beberapa pemain secara percuma atau terdedah kepada risiko lebih teruk iaitu tidak dibenarkan beraksi di UCL atau La Liga sekalipun kerana salah laku FFP.
Bukan itu sahaja, wartawan terkenal yang seringkali membuat liputan eksklusif tentang Barcelona, Gerard Romero kini mendedahkan satu lagi perkara yang tak masuk akal melibatkan Barcelona.
Di mana Barça dilaporkan berhutang €50 juta kepada Gerard Pique. Hutang tersebut adalah daripada gaji yang tidak dibayar selama beberapa tahun.
Pique sememangnya pemain dengan bayaran tertinggi dalam persediaan Barcelona pada masa ini. Tetapi nampaknya kelab itu perlu membayar €50 juta lagi kepadanya, selepas gagal membayar gaji Pique tahun demi tahun.
Walaupun pemain pertahanan itu masih belum membuat kekecohan mengenai gaji yang belum dibayar, keadaannya agak teruk dari perspektif Barcelona. Kerana laporan kewangan itu akan diketahui juga oleh La Liga dan UEFA.
(@gerardromero) | 🚨🚨🚨
Barcelona have to pay 50 million euros in late salaries to Gerard Piqué. pic.twitter.com/ZBeNpPYLJg— infosfcb (@infosfcb) May 31, 2022
Lebih-lebih lagi jika orang Catalan itu berhasrat untuk melepaskan Pique selepas ini. Gaji yang tidak dibayar boleh menyebabkan kelab mengheret diri mereka ke dalam satu lagi situasi kewangan yang kritikal.
Namun, ada harapan keadaan akan diperbetulkan pada tahun-tahun akan datang di bawah kepimpinan Joan Laporta. Tawaran penajaan dengan Spotify, CVC Capital dan penjualan Studio Barça boleh membantu kelab mengimbangi buku.
Ini bermakna Barcelona kelihatan akan menawarkan kontrak sampai bersara buat Pique.
Barcelona juga mungkin sangat bergantung pada jualan pemain untuk menjana pendapatan tambahan dan memandangkan keadaan yang berterusan. Jadi, adalah tidaklah mengejutkan untuk melihat kelab itu menggunakan Frenkie de Jong sebagai salah satu calon pemain untuk dijual.
Pique, yang telah menjadi sebahagian daripada pemain penting Barcelona sejak 2008, menghadapi tahun yang sukar setakat ini. Pemain pertahanan itu terlibat dalam perjanjian Piala Super Sepanyol dengan presiden RFEF Luis Rubiales manakala rakan sepasukannya tidak terlalu gembira dengan kontrak semasanya.
Para peminat Barca juga ada yang menuduh Pique sebagai pemain yang menyusahkan kelab mereka. Kerana sebelum ini dia menentang pemotongan gaji yang membuatkan Messi terpaksa dilepaskan. Namun perkara itu dinafikan Pique selepas itu.
Pique main pintu belakang
Apa kaitan Pique dengan Luis Rubiales? Pique dikatakan telah membuat perjanjian belakang pintu dengan Rubiales.
Laporan yang diterbitkan sebelum ini telah mendedahkan bagaimana persekutuan bola sepak Sepanyol, RFEF, dan syarikat Gerard Pique, Kosmos, bekerjasama untuk menganjurkan Supercopa de Espana di Arab Saudi untuk format pertandingan yang baharu bermula musim lalu.
🗣 #LoMásViral | Nueva QUERELLA contra RUBIALES y PIQUÉ por corrupción y administración desleal https://t.co/60ZS7a3ZMF pic.twitter.com/tEBSxMahlM
— El Bernabéu (@elbernabeucom) May 30, 2022
Menurut laporan itu, RFEF menandatangani kontrak yang menjamin mereka 40 juta euro untuk setiap edisi Supercopa yang diadakan di Arab Saudi, manakala Kosmos akan mengambil sebahagian 4 juta euro untuk setiap kejohanan yang diadakan dalam tempoh enam tahun, atau 24 juta euro keseluruhannya.
Ini semua telah diperincikan dalam laporan eksklusif oleh El Confidencial, yang juga telah menerbitkan rakaman perbualan di antara Pique dan presiden RFEF Luis Rubiales.
Dalam salah satu rakaman ini, Pique menjawab cadangan Rubiales bahawa Real Madrid tidak akan bermain di luar Sepanyol dengan bayaran kurang daripada 8 juta euro.
“Jika ia mengenai wang dan [Real Madrid] akan pergi untuk 8 juta euro, kemudian mereka dibayar 8 juta euro dan Barcelona juga dibayar 8 juta euro, kemudian yang lain dibayar 2 juta euro dan 1 juta euro,” kata Pique.
“Itu bermakna ada 19 juta euro dan kamu, persekutuan, menyimpan 6 juta euro.”
“Kami juga boleh menarik minat penganjuran di Arab Saudi dengan lebih kuat selepas ini, jika tidak [diberikan wang sebanyak itu] maka Real Madrid mungkin tidak akan datang.”
“Daripada menjadi tuan rumah di Sepanyol di mana kamu tidak akan memperoleh 3 juta euro, fikirkan tentang perkara ini.”
Dalam kes ini, dia tidak mengenakan komisen terus kepada RFEF untuk mengelak daripada melanggar sebarang kod etika, itu yang dilaporkan El Mundo pada November 2019.
Pique broker yang aktif
Pique juga telah terlibat dalam membawa Rakuten ke Barcelona sebagai penaja, serta menganjurkan Piala Davis baharu dan membeli FC Andorra.
Satu lagi mesej suara dihantar kepada Pique apabila perjanjian itu dipersetujui, dengan Rubiales mengucapkan tahniah kepada pemain Barcelona itu.
“Syabas Geri dan saya tidak bercakap tentang permainan dan gol hebat kamu semalam,” presiden RFEF itu memulakan perbualan mereka.
“Saya merujuk kepada fakta bahawa perjanjian itu ditandatangani dengan Arab Saudi.”
“Terima kasih untuk segala-galanya dan saya di sini bersedia membantu untuk apa sahaja yang anda perlukan.”
Mesej itu dihantar pada 15 September 2019, dengan edisi pertama kejohanan di Arab Saudi diadakan pada Januari berikutnya, sejurus sebelum wabak itu.
Real Madrid memenanginya, dengan Atletico Madrid, Barcelona dan Valencia turut mengambil bahagian.
Rancangan Rubiales dan Pique untuk membawa Supercopa ke Camp Nou
Sebelum membawa kejohanan itu ke Arab Saudi, terdapat cakap-cakap untuk bermain di Sepanyol dan Estadio Santiago Bernabeu dan Camp Nou sebagai calon utama untuk penganjuran Supercopa dengan format baharu 4 pasukan itu.
Rubiales menjelaskan kepada Pique bahawa Real Madrid mungkin akan menolak peluang untuk menjadi tuan rumah, bermakna mereka boleh merealisasikan impian untuk membawanya ke Camp Nou.
“Saya rasa Real Madrid akan berkata ‘tidak’, tetapi itu sangat bagus untuk kami mencadangkan perkara ini pada masa hadapan dan mengatakan kami akan pergi ke stadium dengan kapasiti terbesar, stadium juara atau pemenang piala atau finalis piala. Saya rasa kita akan mempunyai hak dari segi perundangan.”
Dalam perkembangan lain, Pique dikatakan kantoi ada skandal. Membuatkan Shakira kini tinggal bersendirian di kondominiumnya. Serta kerap keluar berparti bersama muda mudi kelab seperti Riqui Puig.
🚨🚨 [ @elperiodico ] Shakira caught Pique in an affair with another woman, and they will separate soon. Pique now lives alone in an apartment in Barcelona and he goes to a lot of parties at nights with Riqui Puig. #fcblive pic.twitter.com/HneFHJDjqs
— BarçaTimes (@BarcaTimes) June 1, 2022