Barca Dapati Kontrak De Jong Ada Unsur Jenayah

Menurut laporan terkini dari The Athletic, Barcelona mengancam akan mengambil tindakan undang undang jika De Jong tak setuju untuk merombak semula kontraknya yang sedia ada.

Di mana Barca menuduh bahawa mereka ada bukti bahawa ada unsur unsur jenayah dalam proses penandatanganan kontrak tersebut.

De Jong menandatangani kontrak, ketika itu dengan Barcelona, yang diwakili oleh bekas presiden kelab, Josep Maria Bartomeu.

De Jong dibeli dari Ajax dengan nilai perpindahan €86 juta pada 2019. Dengan pemain tengah Belanda itu setuju dengan kontra sehingga 2024.

Kmeudian, pada Januari tahun berikutnya dia telah diberikan kontrak sehingga 2026 oleh pengurusan Bartomeu.

Mengikut syarat perjanjian baharu, de Jong bersetuju untuk mengurangkan gajinya untuk musim 2020/21 dan 2021/22 sebanyak kira-kira €18 juta, yang akan dibayar kepadanya sepanjang baki empat tahun kontraknya.

De Jong telah diberikan perjanjian baharu bersama tiga pemain lain iaitu Gerard Pique, Clement Lenglet dan Marc-Andre ter Stegen.

Ia adalah salah satu tindakan terakhir pengurusan terdahulu, yang tidak lama kemudian terpaksa berundur, berikutan pilihan raya diadakan dan Joan Laporta kembali sebagai presiden.

Dengan Barcelona perlu mengurangkan bil gaji mereka supaya mereka boleh mendaftarkan pemain baru mereka, mereka telah cuba untuk menyingkirkan de Jong atau menurunkan gajinya. Tetapi mereka tidak berjaya dalam usaha mereka, memaksa mereka mengambil tindakan drastik.

Menurut laporan itu, Barça menghantar surat kepada de Jong dan kemnya pada 15 Julai di mana mereka memperincikan bahawa mereka percaya mereka mempunyai alasan untuk tindakan undang-undang terhadap kontrak baharu yang ditandatangani pemain tengah itu.

David Orsntein mendakwa bahawa kelab Catalans memaklumkan bintang Belanda bahawa mereka berada dalam proses untuk ‘memulakan prosiding jenayah’ untuk menilai dan menentukan apa yang berlaku semasa rundingan kontrak.

Berikutan itu, lebih banyak rundingan dipercayai telah berlaku antara Barça dan kem pemain tengah di mana kelab itu memberi amaran kepada de Jong bahawa dia dan wakilnya mungkin terlibat walaupun buat masa ini mereka menganggap lembaga terdahulu bertanggungjawab atas dakwaan jenayah dalam perjanjian itu.

Semua perkembangan ini berlaku di tengah-tengah spekulasi perpindahan de Jong, yang menjadi sasaran Chelsea dan Manchester United.

Pemain tengah itu, berkeras menyatakan dia tidak mempunyai keinginan untuk pergi, tetapi Barcelona mahu dia mengurangkan gajinya jika dia mahu meneruskan kariernya di kelab itu.

Menurut laporan itu, pasukan Catalan itu mendapati kontrak terbarunya tidak sah dan mahu pemain tengah itu kembali kepada perjanjian asal yang telah ditandatanganinya ketika dia dibawa masuk dari Ajax pada 2019 dan bukannya kontrak semasa yang ditandatangani pada 2020.

Kontrak yang ditandatangani pada 2020 itu akan membuatkan De Jong menerima €510k seminggu bermula musim ini.

Dengan perkembangan terkini, Barca kelihatan dapat mengelak untuk membayar tunggakan gaji De Jong atas faktor pelanggaran undang undang dalam kontrak.

Barca kini berhutang sekitar €20 juta gaji De Jong.

FIFPRO dikatakan sedang memantau dengan teliti keadaan de Jong di tengah-tengah dakwaan bahawa Barcelona memeras ugutnya ketika mereka cuba meyakinkan pemain itu untuk menerima jumlah yang jauh lebih rendah daripada bayaran tertunda €18 juta serta mengurangkan lagi gajinya.

Baca yang lain