Barca Kalah Selepas VAR Batalkan Gol Lewandowski Kerana Silap โ€˜Detectโ€™ Boot

Dalam pertembungan La Liga yang sangat tegang, penyokong Barcelona menjadi bingung selepas gol Robert Lewandowski menentang Real Sociedad dibatalkan kerana ofsaid oleh VAR.

Pembatalan gol itu sangat kontroversi ditambah lagi dengan kesan gol dibatalkan itu membuatkan Barcelona kalah mengejut dalam perlawanan ini.

Barcelona kalah 1-0 di tangan Real Sociedad. Ianya adalah kekalahan kedua Barcelona musim ini dalam La Liga.

Insiden itu berlaku semasa separuh masa pertama yang penting di mana Barcelona bergelut untuk menembusi pertahanan Sociedad.

Di mana teknologi ofsaid separa automatik mengesan bahawa kasut pemain itu telah ofsaid.

Lewandowski berjaya menemui jaringan pada minit ke-14 permainan, tetapi golnya dengan dengan cepat dibatalkan kerana ofsaid selepas semakan VAR, walaupun ada kekeliruan mengenai keputusan itu.

Imej yang beredar dalam talian menunjukkan Lewandowski kelihatan sebaris dengan pemain pertahanan terakhir, menimbulkan keraguan tentang ketepatan panggilan itu.

Penganalisis dan pengulas bola sepak di seluruh dunia telah menyuarakan rasa terkejut mereka, dengan ramai yang menegaskan bahawa keputusan ofsaid itu adalah salah.

Sentimen ini disuarakan oleh peminat yang kini menuntut penjelasan daripada pegawai VAR La Liga.

Keputusan itu telah meningkatkan perbincangan berterusan tentang kebolehpercayaan VAR, dengan penyokong mempersoalkan ketekalan dan ketelusan teknologi itu.

Dalam satu analisis oleh Archivo VAR, laman itu mengesahkan bahawa VAR membuat kesilapan kerana hujung kasut yang dikesan sebagai ofsaid itu sebenarnya milik pertahanan lawan, Nayef Aguerd, dan bukannya Robert Lewandowski.

Insiden ini bukan sahaja memberi kesan kepada permainan tetapi juga mencetuskan semula perdebatan tentang keperluan untuk penambahbaikan dalam teknologi VAR dan pelaksanaannya.

Peminat dan penganalisis sama-sama mengharapkan penjelasan daripada pegawai liga, berusaha untuk memahami bagaimana kesilapan penting itu dibuat.

Dengan harapan untuk memenangi gelaran oleh Barcelona kian berkobar kobar pada ketika ini, pastinya peminat sukar menerima kesilapan tersebut.

Barcelona bagaimanapun sedikit lega kerana mereka masih enam mataย  di atas juara bertahan โ€“ yang juga musuh tradisi mereka โ€“ Real Madrid yang kini menghuni di tangga kedua liga.