Barca Kecewa Braithwaite Dan Umtiti Tak Mahu Pindah Kerana Tunggu Gaji Dibayar

Barcelona dilaporkan sangat bengang dengan Martin Braithwaite dan juga Samuel Umtiti. Ini kerana dua pemain tersebut terus tidak menunjukkan tanda tanda mereka mahu berpindah dan meninggalkan kelab itu.

Alasan Martin Braithwaite untuk terus kekal adalah mudah kerana dia mahukan gajinya dibayar seperti yang dijanjikan kelab Catalan itu.

Barcelona menyenaraikan beberapa pemain untuk dijual. Ini termasuk Braithwaite, Umtiti, De Jong dan Memphis Depay. Dengan Riqui Puig sudah berlepas ke Amerika Syarikat. Dan Neto juga sudah dilepaskan ke Bournemouth.

Barca terus sukar untuk menjual De Jong yang mahu terus kekal. Namun Barca dilaporkan mencapai kesepakatan khas dengan Depay. Di mana pemain itu dibenarkan untuk pergi secara percuma jika dia mendapat tawaran dari kelab lain.

Barca tidak boleh melepaskan Depay dengan penamatan kontrak satu pihak. Kerana mereka perlu membayar €20 juta pampasan.

Situasi Depay dan De Jong sedikit berbeza dengan Braithwaite dan Umtiti. Hal ini kerana Braithwaite dan Umtiti dikatakan tidak akan diserahkan nombor skuad jika mereka memutuskan untuk terus kekal.

Menurut SPORT, kelab gergasi Sepanyol itu mahu Martin Braithwaite pergi dan penyerang itu telah mengetahui serta menerima hakikat bahawa dia tidak mempunyai peranan dalam pasukan dan bersedia untuk pergi.

Bagaimanapun, Braithwaite tidak boleh dipaksa keluar kerana masih mempunyai kontrak dan Barcelona pula bergelut untuk mencari pembeli untuk bekas penyerang Middlesbrough dan Leganes itu.

Pemain berusia 31 tahun itu mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya dan ada bakal pembeli yang berminat, kelab Catalan itu berharap dia akan bersetuju untuk pergi secara percuma.

Mereka berharap mereka boleh bersetuju dengan pakej pampasan untuk pemain itu tetapi dia mahu dibayar gaji penuh untuk tempoh kontrak dua tahun seperti yang dijanjikan Barca.

Lebih masuk akal untuk kelab mencapai persetujuan dengan pemain itu jika tidak gajinya akan dikira dalam had gaji La Liga mereka untuk dua musim akan datang.

Braithwaite memang layak menerima wang yang terhutang secara kontrak kepadanya tetapi penyerang itu sebenarnya adalah pemain terkaya di kelab itu.

Dia menuntut hak gajinya barulah dia mempertimbangkan untuk berpindah ke kelab lain. Barca pula memberitahu bahawa situasi kewangan mereka tidak mengizinkan mereka untuk terus mengekalkan pemain itu.

Barcelona sudah memberitahu agar dua pemain itu berambus segera. Jika mereka masih kekal di kelab itu pada 31 Ogos ini, mereka akan ditamatkan kontrak.

Barca benar benar kecewa dengan sikap dua pemain tersebut yang dilaporkan tidak berusaha untuk mencari kelab baharu mereka. Pada masa yang sama enggan meninggalkan kelab itu atas alasan masih ada tunggakan gaji dengan Barca.

Barca mahu dua pemain itu pergi untuk mengosongkan bil gaji dalam tanggungan kelab itu. Barca dikatakan masih memburu beberapa pemain lain termasuk Bernardo Silva. Jika pemain seperti Braithwaite, Umtiti, De Jong, Depay tak mahu keluar. Ianya nampak mustahil.

Barcelona merupakan pasukan yang paling aktif berbelanja dalam perpindahan kali ini. Mereka sudah mendapatkan Andreas Christensen dan Franck Kessie secara percuma. Mereka berjaya mendapatkan Dembele sekali lagi sebagai ejen bebas.

Seterusnya Barca berjaya mendapatkan Robert Lewandowski, Raphinha dan Jules Kounde.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan