Barcelona baru baru ini mengumumkan mereka memecat pengurus yang juga legenda kelab mereka, Ronald Koeman.
Ini selepas Koeman gagal menunjukkan prestasi cemerlang bersama dengan Barca pada musim ini walaupun sudah menghampiri musim Natal.
Namun sekarang ini, Barcelona meminta jasa baik Koeman untuk menerima pengurangan pampasan pemecatan. Sama seperti Laporta menyatakan dia berharap Messi dapat main percuma.
Walaupun Messi menegaskan bahawa kenyataan Laporta itu sebagai tak perlu kerana boleh menjejaskan reputasinya. Messi kemudian mengesahkan dia sanggup menerima pengurangan gaji 50%.
Biasanya pemain menandatangani kontrak baru ni mereka akan dapat kenaikan. Tapi Messi, dia menerima pengurangan separuh daripada gaji sebelum ini.
Mungkin Laporta ingat semua orang macam Messi. Boleh berkorban demi kelab. Tidak!
Koeman menyatakan bahawa dia tak akan menerima sebarang pengurangan pampasan walau sesen matawang Sepanyol sekalipun.
Tindakan Koeman itu dianggap Barcelona sebagai agak mengecewakan. Ini kerana mereka mahu Koeman memikirkan soal ekonomi kelab yang sedang merudum.
Sport.es mengeluarkan kenyataan dari wartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Koeman, Lluis Canut yang mendakwa bahawa Barcelona merayu kepada bekas pengurus kelab itu untuk terima pampasan lebih rendah.
🚨 OFFICIAL: Ronald Koeman has been SACKED by Barcelona 👋 pic.twitter.com/pkCk9sSHV4
— Goal (@goal) October 27, 2021
Barcelona sepatutnya perlu membayar €12 juta kepada Ronald Koeman kerana memecat beliau, namun mereka kini tampil berunding untuk mintak kurangkan nilai itu.”
“Dia (Ronald Koeman) mahu menuntut setiap sen yang tinggal.”
“Ia 12 juta, tapi saya mahu jelaskan yang nilai ini tiada kena mengena dengan duit yang dibayar kepada negara Belanda (untuk menandatangani Koeman), untuk itu Barcelona terus bayar €5 juta kepada KNVB dulu.”
Seterusnya Canut menyatakan bahawa alasan utama Barca meminta Koeman menerima pengurangan kerana pengurus itu sebelum ini setuju dengan pengurangan gaji 45% di kelab itu sebelum ini. Koeman ternyata tidak dapat menerima alasan Barca itu.
Kerana dia sudah sanggup berkorban nak kurang gaji, dan sekarang itu dijadikan alasan untuk mengurangkan pampasan seperti termaktub pada kontrak.
“Saya tak tahu seandainya nilai 12 juta ini termasuk apa yang perlu dibayar kepada pegawai teknikal dia atau untuk dia sahaja, dia menuntut semua termasuk 45% yang dia setuju tangguhkan kerana pandemik musim lalu.”
Ronald Koeman wants every penny. The club owes him around €12 million. The club offered him €8 million. pic.twitter.com/u2ptYzKrOk
— Ramon Universal (@irvin_shezi) October 30, 2021
Canut mendakwa yang CEO Barca, Ferran Reverter telah membuat tawaran rasmi kepada Koeman yang mana ia dipercayai bernilai 7 ke 8 juta Euro, namun Koeman menolak untuk berunding.
“Dalam perbualan pertama mereka, mereka ada bertanya kepada dia untuk terima pemotongan dan membayar hanya 7 ke 8 juta, jauh dari nilai 12 yang sepatutnya mereka bayar.”
“Ia merupakan kontrak yang sudah ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak, namun pimpinan kelab pada ketika ini tidak tahu tentang isi kontrak tersebut, ini bukan soal balas dendam tapi ia memang perlu dibayar.”
Jadi berdasarkan kenyataan Canut itu, Barcelona membelanjakan lebih EUR17 juta termasuk wang tebus kontrak daripada KNVB serta kontrak pampasan EUR12 juta diminta Koeman.
Sebelum ini Joan Laporta memang menyatakan bahawa mustahil untuk kelab memecat Koeman ketika ini kerana ianya akan mempengaruhi dana Barca. Di mana kelab berhutang banyak sekali ketika ini.