Barcelona dilaporkan mahu Robert De Zerbi untuk menggantikan Xavi. De Zerbi dianggap pilihan terbaik berdasarkan nilai gaji dan kontrak pengurus itu yang tidak terlalu mahal berbanding pengurus berkelas dunia yang lain.
De Zerbi merupakan pengurus yang menggemari taktikal moden yang dominan di atas padang.
Dia berjaya menawan hati peminat bola sepak di seluruh dunia ketika dia menjadikan Brighton bermain dengan sistem free flowing football.
Ini ditambah dengan hakikat bahawa De Zerbi adalah peminat tegar Pep Guardiola. Dia pernah berjumpa dengan pengurus itu untuk bercakap tentang taktikal.
Roberto De Zerbi is in pole position to replace Xavi at Barcelona, via AS 😳🇮🇹
It’s incredible to watch the trajectory of his career – from leaving Sassuolo in 2021 to now potentially joining one of the biggest clubs in football just a few years later.
He put the WORLD on… pic.twitter.com/2lJfZS0CMj
— Italian Football TV (@IFTVofficial) February 17, 2024
Xavi rasmi akan meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Perkara itu sudah pun diumumkan Xavi beberapa bulan lalu.
Jadi, mari berkenalan dengan falsafah taktikal De Zerbi.
Kenali prinsip taktikal De Zerbi
Musim lalu, Pep Guardiola melabel Brighton di bawah kendalian Roberto De Zerbi sebagai pasukan terbaik di dunia pada masa ini dari segi build up dari bawah.
Guardiola berkata: “Brighton pasukan terbaik di dunia pada masa ini dalam pembinaan permaian / build up dari bawah. Pasukan terbaik itu adalah Brighton.”
Pep Guardiola :
“The best team at making the build-up in the world is Brighton! There is no team better that make the process to get the goalkeeper to bring the ball into to the last quarter.”
Credits to De Zerbi, less than seven months into his Brighton adventure. 👏 pic.twitter.com/5iuMwobhMI
— H/F (@hfworld_) April 14, 2023
“Tiada lagi pasukan lain yang mampun melakukan proses itu lebih baik, daripada penjaga gol, dari segi aliran bola sehingga ke suku akhir padang.”
“Tiada pasukan lebih baik daripada mereka dalam era moden hari ini.”
Kenyataan Guardiola itu sebenarnya berasaskan statistik semasa ketika itu pasukan bimbingan De Zerbi.
Since De Zerbi's appointment, #Brighton has become one of the best teams in the top leagues at moving the ball forward from goal kicks pic.twitter.com/vicAYbMLW6
— markstats (@markrstats) April 15, 2023
Roberto de Zerbi antara pengurus yang sebenarnya sudah mendapat perhatian luas terutama di Itali. Selepas Juventus pernah dikaitkan dengan beliau.
Namun entah bagaimana Juventus tidak mahu meneruskan usaha mendapatkan De Zerbi yang mungkin dilihat masih kurang pengalaman?
Ketika di Sassuolo lagi dia sudah menunjukkan corak permainan yang menarik dan berkesan.
Di Brighton dia mendapat set pemain yang sesuai dengan taktikalnya. Memandangkan sebelum ini Graham Potter sudah membentuk pasukan yang berani bermain dari bawah.
Ini adalah contoh di mana mereka menggunakan sistem tengah berempat yang dipecahkan kepada 2 di atas dan 2 di bawah. Membentuk 3-2-2-3.
🎙️“I have to say thanks to Graham Potter because I found a very great and strong team and I am now trying to give my idea.” #BHAFC 🔵
-Roberto De Zerbi pic.twitter.com/v82YrhgMQo
— Football Talk (@FootballTalkHQ) April 15, 2023
Mudah sahaja sistem ini akan membentuk 3-2-5 atau sebagainya apabila mereka menyerang secara unit. Ianya mirip kepada formasi ofensif Guardiola.
Mereka juga boleh bermain dengan 4-2-2-2 ataupun 4-2-4 pada build up.
The buy-in De Zerbi has got from these players is incredible.
18 matches in and you’ve got the CM playing a blind pass round the corner under pressure because he knows his teammates going to be there 👏🏻
The Seaside Sassuolo are finishing top 6, amico 😍pic.twitter.com/7liVgSk9n2
— Hamill (@CPHamill) February 9, 2023
Asas utama dia adalah 2 pivot di tengah yang memberikan kestabilan kepada build up.
Lihat di sini cara yang sama De Zerbi tekankan ketika di Shakhtar Donetsk.
de Zerbi's Shakhtar vs Inter analysis:
-Near side FB inverts in 2nd line to provide central prominence.
-Good off the ball movement to drag opp. away from intended target
-Collapsing opp. defence by staggered positioning
-3rd man runs with multiple up-back-throughs. pic.twitter.com/DXH2sdcfXD— Dinamica Espacial (@Third_man_runs) December 4, 2021
Serta ini adalah contoh ketika di Sassuolo:
Keutamaan De Zerbi adalah permainan di bahagian tengah. Dan kemudian cepat mengesan pemain di bahagian sayap mereka yang memiliki ruang ataupun tidak dikawal.
Cara untuk menghantar bola itu adalah pelbagai. Antaranya dengan sistem permainan kombinasi.
Jadi, jika anda selalu membincangkan sistem serangan 3-2-5 oleh Guardiola di City, di Brighton pun sistem itu kerap digunakan.
Di mana pemain mereka sangat berani melakukannya.
Bagaimana dengan sistem pertahanan?
De Zerbi menggemari sistem tekanan di garisan tinggi. Namun bukan sepanjang masa mereka boleh melakukannya terutama sekali menentang pasukan yang memiliki kualiti skuad lebih baik.
Pada fasa mereka bertahan di kawasan sendiri, De Zerbi sukakan chain of 5, sama ada 5-4-1 atapun 3-4-2-1 (juga membentuk chain of 5), ataupun dengan asas 4-4-2.
Ini contoh mereka bertahan dengan 5-4-1. Dalam situasi ini, lawan sukar menyerang mereka bukan kerana taktikal Spurs tak bagus namun kerana struktur Brighton yang stabil dan jelas.
Malah sebelum perlawanan De Zerbi menyatakan bahawa, dia harus memikirkan cara menghentikan bola kepada Harry Kane yang dia sangat hormati.
Salah satu caranya adalah dengan menutup sumber bola daripada sampai kepadanya.
Seterusnya, De Zerbi sangat menekankan aspek memenangi bola segera daripada lawan tidak kira apa yang berlaku.
Mereka akan terus cuba mendapatkan semula bola. Ianya prinsip yang sama ditekankan Marcelo Bielsa. Kerana pemain harus memenangi bola lebih banyak untuk memastikan mereka tidak letih dibuli lawan.
Bielsa pernah menyatakan: “Letih dengan ada bola adalah menyeronokkan berbanding letih mengejar bola.”
Kenapa terlalu banyak unsur Guardiola dan Bielsa di dalamnya?
Ini kerana De Zerbi pernah menyatakan bahawa dua individu itu adalah mentornya dalam dunia pengurusan taktikal.
Ketika di Shakhtar Donetsk dia malah pernah melawat Guardiola di Man City untuk mendalami lagi ilmu pengurusan taktikal.
Dia malah sedar ramai yang menganggap dia seorang yang gila dalam taktikal.
“Orang akan ingat saya gila dan saya setuju, saya mungking salah seorang yang paling gila.”
“Apabila bercakap tentang gila, saya maksudkan, apa yang kamu nak bagi kepada pemain. Misalnya visi kerja kamu. Bielsa hidup dengan kerjanya, dan saya pun sama. Sangat hampir kepada obsesi.”
“Pep adalah luar biasa macam Bielsa. Mereka ada prinsip yang jelas.”
Ditanya adakah dia tidak malu untuk mengaku dia cuba mencedok idea Guardiola dan Bielsa. De Zerbi berkata: “Semua pengurus bola sepak itu pencuri, namun kami harus ada satu idea baru kami sendiri. Saya? Saya mahu memenangi perlawanan dengan bermain bola. Saya nak menikmatinya.”
De Zerbi sentiasa memilih bola sepak cantik berbanding bola sepak pragmatik.
“Saya sentiasa sukakan seni bola sepak. Jika kamu tanya antara Mourinho dan Van Gaal, maka saya akan pilih Van Gaal.”
Roberto de Zerbi on principles, war, Brighton, Bielsa, Guardiola & knocking his assistant flying at Arsenal https://t.co/CsB5QOpbZB
— Matt Barlow (@Matt_Barlow_DM) November 11, 2022