Barcelona kini menjadikan Pierre Emerick Aubameyang sebagai sasaran utama mereka.
Penyerang antarabangsa Gabon itu hilang tempat di Chelsea walaupun dia baru sahaja menyertai kelab itu musim ini dari Barcelona.
Idea membawa masuk Aubameyang memang sudah ada dalam perancangan Xavi pada jendela perpindahan pertengahan musim lalu.
Namun Chelsea enggan melepaskan pemain itu secara percuma.
Aubameyang juga dikatakan sudah berjumpa dengan pihak pengurusan Chelsea menyatakan bahawa dia berminat ke Barca.
Satu satunya kelab yang dia boleh berpindah jika mahu berpindah lagi untuk musim 2022/23.
Aubameyang sebelum ini dijual ke Chelsea untuk menampung kos membawa masuk Robert Lewandowski terutamanya dari segi gaji.
Selain daripada Aubameyang, beberapa nama lain yang berada dalam senarai ejen bebas, juga dalam senarai iaitu Roberto Firmino, Marcus Thuram dan Vitor Roque.
🚨 Pierre-Emerick Aubameyang is Barcelona's priority transfer target this summer for the no.9 position.
The list also includes Roberto Firmino, Marcus Thuram and Vitor Roque.
(Source: @SkySportsLyall) pic.twitter.com/w3gJCIopM6
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) April 24, 2023
Namun nama Aubameyang adalah keutamaan untuk Barcelona. Dia menjadi sasaran utama kelab selepas mereka melepaskannya ke kelab lain pada musim panas lalu.
Tetapi Barca menegaskan bahawa mereka hanya akan membawa masuk pemain itu jika dia tersedia secara percuma.
Barcelona are very interested in signing Pierre-Emerick Aubameyang, but only if he can join without a transfer fee.
— @mundodeportivo pic.twitter.com/iXZ3xZs92M
— Barça Universal (@BarcaUniversal) April 25, 2023
Kontrak semasa Aubameyang masih ada sehingga musim panas 2024. Bermakna, pemain itu perlu mencari penyelesaian dengan Chelsea untuk penamatan kontrak atas persetujuan bersama.
Sebelum ini Aubameyang pernah melakukannya ketika di Arsenal.
Dia meminta kelab menamatkan kontraknya atas persetujuan bersama.
Dan kemudian Barcelona menjual pemain itu ke Chelsea dengan nilai sekitar €12 juta.
Adakah Aubameyang akan dapat menamatkan kontraknya dengan Chelsea? Kerana kelab itu mahu mengurangkan beban gaji mereka untuk FFP.
Tetapi pastinya Chelsea lebih memilih untuk menjual memandangkan Chelsea telah banyak berbelanja dalam 2 jendela perpindahan musim ini.
Seterusnya Chelsea juga berharap Aubameyang bersetuju untuk mengurangkan gajinya kira kira 50% daripada kadar semasa.