Barca Mahukan Greenwood Tukar Dengan Vitor Roque

Barcelona kembali berminat dengan Mason Greenwood. Dan mereka berharap Man United menerima syarat perjanjian pertukaran pemain.

Barcelona sedia menawarkan Vitor Roque sebagai pertukaran dengan Mason Greenwood.

Sebelum ini Barca memang pernah menyatakan minat ke atas Greenwood. Namun Man United masih belum meletakkan tanda harga.

United dikatakan tidak akan menerima bidaan di bawah £45 juta untuk pemain tersebut walaupun masa depan Greenwood bersama United masih samar.

Greenwood masih tidak ada dalam perancangan Erik Ten Hag untuk musim baharu.

Pemain itu cemerlang bersama Getafe. Dia menyertai kelab Sepanyol itu sebagai langkah untuk berjauhan seketika dengan kelab United selepas kes keganasan domestik yang dia buat.

Greenwood yang merupakan pemain antarabangsa England sebelum dia dibekukan oleh kelab dan Three Lions, mendapat semula rentaknya di Getafe.

Radio Marca melaporkan bahawa, Xavi tidak gembira dengan komen dikeluarkan ejen kepada Vitor Roque.

Di mana ejen pemain itu menyatakan bahawa prospek remaja Brazil itu kecewa tidak mendapat banyak minit permainan di Barca.

Selain itu, Roque tidak menerima perjanjian pinjaman ke kelab lain seperti yang diwar warkan oleh Xavi kepada pemain itu untuk musim baharu.

Ianya untuk memastikan pemain itu mendapat minit di tempat lain dan membantu pembangunannya. Malangnya pemain itu tidak mahu. Dia cuma mahu kekal di Barca atau berpindah secara tetap.

Perjalanan karier Vinicius Jr dan Rodrygo dikatakan antara sebab Vitor Roque merasakan dia dilayan dengan teruk di Barca berbanding dengan 2 pemain tersebut di Real Madrid.

Vini diberikan masa dan minit secukupnya dalam 2 tahun pertama dia di Real Madrid sebelum menjadi bakat elit global. Vitor Roque yakin dia memiliki kualiti yang sama jika dibangunkan.

Mason Greenwood sebelum ini pernah menyatakan bahawa dia mahu bermain untuk United sahaja di England. Dan dia pernah memberitahu ejennya bahawa dia lebih rela bermain di luar England termasuk di Asia jika Man United tidak mahukannya.

Kehadiran Sir Jim Ratcliffe awalnya dianggap memberikan sinar harapan kepada Greenwood. Namun SJR sudah menyatakan dia tidak akan campur tangan kuasa pengurus dalam perkara itu.

Barcelona bagaimanapun harus meyakinkan United untuk menerima cadangan mereka itu. Kerana sebelum ini United hanya mahukan perpindahan tetap bukannya pinjaman atau swap deal.