Barca Masih Berhutang €115 Juta Bayaran Perpindahan Pemain Termasuk Coutinho

Walaupun sudah melakukan banyak perkara termasuk terpaksa merelakan Messi pergi, namun Krisis kewangan Barcelona belum dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

Lebih sukar lagi kerana kelab masih berhutang sejumlah EUR115 juta euro kepada sejumlah kelab yang berkaitan dengan jual beli pemain.

Angka itu cukup untuk membeli dua orang pemain bintang pada pasaran semasa ketika ini ataupun untuk membida Erling Haaland.

Barcelona masih berada dalam krisis hutang EUR 1 billion walaupun sudah berjaya mengurangkan sekitar EUR200 juta hasil pelepasan pemain sama ada dijual, dipinjamkan serta melepaskan Lionel Messi.

Barca hanya merekrut pemain secara percuma dan cuba sedaya upaya melanjutkan kontrak pemain yang mereka ada. Selain daripada menaikkan pemain pemain muda daripada La Masia.

Krisis kewangan itu diburukkan lagi dengan prestasi yoyo di atas padang pada ketika ini. Jelas sekali ini bukan detik yang mudah untuk peminat peminat Barca.

Barca hanya menang 1 daripada enam aksi terakhir dalam semua pertandingan.

Barcelona dikaitkan dengan beberapa pengurus. Namun bukan mudah untuk mereka melepaskan Koeman jika pengurus yang juga legenda kelab mereka itu tidak mahu ditamatkan kontrak atas persetujuan bersama – secara percuma.

Kerana Barca akan terpaksa membayar pampasan kepada Koeman.

Hutang terus menggunung

Laporta menyatakan bahawa sebelum ini menegaskan bahawa, usaha Barca dalam beberapa bulan ini berjaya mengurangkan beban hutang mereka sehingga 28%.

Namun di sebalik hutang hutang mereka, terselit hutang perpindahan pemain dengan beberapa kelab bernilai EUR115 juta.

Ini termasuk EUR39 juta euro kepada Juventus untuk Miralem Pjanic yang kini telah beraksi ke Besiktas, kemudian EUR32 juta hutang dengan Ajax Amsterdam untuk perpindahan Frenkie de Jong dan EUR16 juta euro untuk perpindahan Sergino Dest.

Seterusnya, Griezmann terpaksa dipinjamkan semula ke Atletico dengan klausa beli tetap.

Laporan itu menunjukkan bahawa tidak banyak yang boleh Barcelona lakukan kepada hutang mereka untuk hutang berkaitan pembelian pemain,

Dalam laporan kewangan tahunan mereka pada tahun lalu, jelas menunjukkan Barcelona berhutang dengan 19 kelab lain dengan jumlah keseluruhan £112 juta (€126 juta) untuk bayaran perpindahan pemain.

Kini selepas beberapa bulan, hanya EUR11 juta yang mereka kurangkan.

Ini adalah laporan hutang perpindahan pemain mereka tahun lalu.

Selepas hutang Coutinho, Blaugrana berhutang dengan Ajax £ 14 juta (€ 16 juta) untuk Frenkie de Jong, Bordeaux £ 8,8 juta (€ 9,9 juta) untuk Malcom dan Gremio £ 7 juta (€ 7,9 juta) untuk Arthur Melo.

Agak menarik kerana Melo dijual terlebih dahulu sebelum harganya dibayar langsai. Arthur ditukarkan dengan Pjanic yang merupakan opsyen lebih murah dari segi gaji. Dan kemudian Pjanic pula dilepaskan ke kelab lain.

Barcelona berhutang lebih €1 billion

Walaupun Barcelona kelihatan mewah dari luaran. di sebaliknya kelab Catalan tersebut kini menanggung beban hutang lebih €1 billion.

Impak daripada covid-19 dengan beraksi di stadium kosong membuatkan Barcelona kini bergelut untuk mengimbangi modal yang mereka keluarkan ketika menandatangani pemain pemain mahal. Terutama sekali 3 pemain berharga lebih €100 juta setiap seorang.

Mereka ialah Philippe Coutinho, Antoine Griezmann dan Ousmane Dembele. Musim lalu Barcelona gagal mendapatkan hadiah kejuaraan walaupun daripada 1 piala sekalipun.

Barcelona kini dalam risiko muflis jika beban hutang mereka semakin teruk. Oleh sebab itu hierarki tertinggi kelab mereka tidak menerima cadangan untuk menangguhkan lagi pemilihan presiden baharu.

Sebelum ini ramai pihak meminta pemilihan presiden itu ditangguhkan kerana wabak. Namun Barcelona tidak ada banyak pilihan. Mereka perlukan penentu dasar yang baru di kerusi presiden.

Daripada hutang hampir €1 billion itu, €420 juta daripadanya perlu dilunaskan dalam tahun ini. Buat masa ini, agenda utama calon presiden Barcelona adalah untuk mengeluarkan Barcelona daripada krisis kewangan yang teruk dan mengelak muflis.

Sportsmole melaporkan, kesemua calon presiden kelab telah berjanji untuk mengurangkan kos gaji pemain dan pegawai. Sama ada menjual pemain ataupun berunding merombak kontrak pemain untuk dikurangkan gaji.

Barcelona musim lalu kerugian €100 juta, menambah angka hutang sebelum ini yang sudah €400 juta. Barcelona juga berdepan kerugian sekitar €400 juta lagi kerana tiadanya penyokong masuk ke stadium.

Biasanya mereka menjana sekurang kurangnya €320 juta daripada kehadiran penyokong. Angka itu sangat tinggi.

Lebih teruk, gaji pemain Barcelona untuk Januari tahun ini yang merupakan penggal baharu pembayaran gaji juga masih belum dibayar. Ianya menunggu kelab mendapat presiden baharu terlebih dahulu.

Gaji Lionel Messi pada tahun akhir sekitar €37 juta, masih belum diterima penuh. Ianya adalah baki daripada bayaran gaji Messi pada kontrak yang ditandatangani sebelum ini bernilai €127 juta setahun.

Malah pada hujung tahun lalu, presiden interim di kelab Barcelona berterus terang menyatakan bahawa, situasi semasa kelab Barcelona tidak menyokong langsung idea untuk melanjutkan kontrak Messi.

Presiden Interim Barcelona, Carles Tusquets telah mengesahkan bahawa pemain di kelab tersebut tidak akan menerima gaji mereka untuk bulan Januari.

Ini kerana situasi kewangan kelab kini tengah berada dalam keadaan yang “membimbangkan”. Angka kewangan kelab, seperti yang digariskan oleh Marca, menunjukkan bahawa hutang di kelab telah meningkat dari €217 juta pada bulan Jun 2019 menjadi €488 juta pada bulan Jun 2020.

Ianya jauh lebih tinggi daripada angka €300 juta yang diramalkan Bartomeu sebelum ini.

Tusquets kecam Bartomeu

Bekas pemangku presiden kelab, Tusquets menyindir Bartomeu yang menurutnya meletakkan keadaan kelab di kedudukan lebih teruk kerana tidak menjual Lionel Messi.

Bartomeu sebelum ini takut mengambil keputusan yang boleh memburukkan lagi reputasinya.

Di mana ketika itu Bartomeu berkata: “Saya tak mahu dikenang sebagai presiden yang menjual Lionel Messi.”

Dengan situasi ekonomi yang melanda, tanpa kehadiran penyokong ke stadium, Tusquets menegaskan Bartomeu seharusnya membuat keputusan dengan menjual Lionel Messi.

Ini kerana Messi mahu keluar dan kelab seperti Man City dan PSG berminat dengan pemain itu.

Selain daripada mendapat duit masuk daripada harga penjualan Messi, kelab juga boleh menjimatkan wang dengan tiada angka gaji Messi yang terlalu tinggi.

Tusquets berkata: “Daripada sudut pandangan ekonomi, saya jual je Messi pada jendela musim panas hari tu. Kita pasti gembira dengan wang yang diterima dan juga wang yang kita boleh jimatkan dari segi gaji.”

Malangnya ketika itu ramai menentang idea Tusquets ini. Dan akhirnya Messi pergi secara percuma. Jadi, adalah lebih baik jika Barca menjual Messi kepada kelab seperti City ketika hutang mereka membarah.