Barcelona masih berhutang dengan Lionel Messi dari segi gaji bernilai €52 juta atau sekitar RM260 juta. Ianya termasuk €39 juta dikatakan daripada bonus kesetiaan.
Messi yang tidak menyertai mana mana pasukan lain sehingga kontraknya tamat membuatkan Barcelona perlu membayar bonus kesetiaan kepada pemain tersebut.
Sebelum ini Barcelona berperang dengan Neymar berkaitan isu tuntutan bonus kesetiaan. Kerana Neymar mendakwa dia kekal di Barcelona sehingga Julai pada tahun akhir kontraknya sebelum ke PSG.
Namun Barca menegaskan mereka tidak patut membayar Neymar bonus kesetiaan itu kerana Neymar dilihat cuba memanipulasi klausa itu. Neymar ketika itu sudah berunding dengan PSG lebih awal daripada tarikh dia layak menerima bonus.
Kedua dua pihak akhirnya setuju untuk tidak mengambil sebarang tindakan sesama satu sama lain. Neymar tak akan menuntut lagi wang itu dan Barca tak akan menyamannya.
Namun situasi Messi ini jauh berbeza daripada Neymar. Kerana dia kekal di Barca sehingga dia diberitahu dia tak boleh lagi kekal di situ.
Barcelona and Neymar have ended their long-running legal dispute in "amicable fashion", after four years of battling in court 👀
Neymar argued that he was owed an unpaid signing bonus despite leaving Camp Nou.
Neymar lost the case in 2020 and was ordered to pay £6m. pic.twitter.com/qZjEaO9PCl
— Goal (@goal) July 26, 2021
Musim lalu, Messi hampir meninggalkan Barcelona ke Manchester City. Namun Bartomeu berjaya menghalang pemain itu daripada pergi ke sana. Dan dengan kekalnya Messi di Barcelona bermakna dia akan bermain sehingga kontraknya tamat.
Barcelona dan Messi masih cuba untuk bekerjasama lagi selepas kontrak itu tamat. Namun gagal! Kerana FFP menghalang Barcelona daripada berbuat demikian.
Ianya membuatkan Lionel Messi terpaksa meninggalkan Barcelona dengan pilu dan kemudian menyertai Paris St Germain di Perancis sebagai pemain ejen bebas – perpindahan percuma.
Menurut laporan Sports, Barcelona sudah berjanji untuk membayar €52 juta kepada Lionel Messi dalam tempoh sehingga akhir tahun 2022.
Ketika ini, mustahil Barcelona akan membayar gaji itu, kerana mereka sendiri masih mencari sekitar €144 juta untuk membolehkan akaun FFP mereka di paras sihat.
Mujur Messi sangat sayangkan Barca dan tidak mendesak kelab itu membayar lebih cepat. Messi amat memahami kesengsaraan Barcelona ketika ini. Beliau merupakan pencinta sejati Barcelona.
Tunngakan gaji beliau yang sangat besar, namun Messi setuju untuk memberikan kelab penangguhan bayaran serta pembayaran secara ansuran.
Barça owes Leo Messi 52M euros. This is part of the money for the deffered payments that were negotiated last season by the previous board. The club will pay this in instalments until 2022.
— @Sport pic.twitter.com/pAGliLHx9s
— Barça Universal (@BarcaUniversal) August 13, 2021
Malah sanggup dipotong 50% gajinya dalam kontrak baru untuk membolehkannya terus bermain di Barca dan membantu kelab dari segi akaun FFP.
Messi menjaringkan 672 gol dalam 778 perlawanan beliau untuk Barcelona dan memenangkan 35 trofi dalam proses tersebut.
Sebelum liga bermula, Barcelona berdepan dengan masalah untuk mendaftarkan terus pemain mereka walaupun sudah tidak ada lagi Messi.
Hanya Emerson sudah rasmi didaftarkan. Namun perkembangan terbaru menyatakan bahawa Barcelona tetap yakin akan dapat mendaftarkan Memphis Depay dan Eric Garcia.
❗Club sources confirm that registration of Memphis Depay and Eric García will take place tomorrow and Koeman will be able to call them up for Sunday's match against Real Sociedad.
• With Sergio Agüero, Barça will wait a little longer, as he is injured.
Via (🟢): @totcosta pic.twitter.com/kyjB5Ygjvp
— Barça Buzz (@Barca_Buzz) August 13, 2021
Sementara Aguero terpaksa disisihkan terlebih dahulu kerana pemain itu sendiri mengalami kecederaan.