Barca Nak Swap Griezmann Dengan Dybala, Namun Dia Cuma Mahu Balik Atletico

Kisah pertukaran barter antara Griezmann dan Saul boleh dikira sudah berakhir. Namun pemain itu masih menaruh harapan untuk kembali ke Atletico Madrid.

Barcelona sebelum ini sangat yakin deal dengan Atletico untuk pertukaran Saul dengan Griezmann akan terlaksana. Ini untuk membolehkan mereka mengurangkan gaji pemain dalam akaun mereka.

Namun segalanya terbantut apabila Atletico menyatakan mereka tidak boleh membayar gaji Griezmann yang sangat tinggi. Kecuali pemain itu sanggup menerima pengurangan gaji ataupun Barcelona membantu Atletico membayar sebahagian gajinya dalam beberapa tahun baki kontraknya di Barcelona.

Saul pula membuat pusingan U dengan menyatakan dia lebih berminat ke EPL. Walaupun sebelum ini Fabrizio Romano melaporkan kedua dua pemain sudah memberikan lampu hijau untuk pertukaran tersebut.

Barcelona sedang sedaya upaya mengurangkan gaji pemain serta kos operasi kelab mereka untuk mendaftarkan Lionel Messi. Walaupun pemain itu sudah setuju menerima 50% pengurangan gaji, namun Barcelona masih gagal mendaftarkan pemain itu berdasarkan peraturan kawalan ekonomi La Liga yang mirip kepada Financial Fairplay.

Barcelona menambah Aguero dan Depay, antara dua nama dengan gaji yang agak tinggi ke dalam kelab mereka. Membuatkan mereka terus bergelut untuk mendaftarkan Messi.

Barcelona sukar mencari pembeli kepada Griezmann, Coutinho dan Dembele.

Dan terbaru, Barcelona cuba menjual ataupun melepaskan 3 pemain mereka, Umtiti, Lenglet dan Dest jika terus gagal mengeluarkan salah seorang daripada Coutinho, Dembele dan Griezmann.

Hal ini kerana kelab berdepan beban hutang lebih EUR1 billion.

Max Allegri dikatakan berminat untuk mendapatkan Griezmann. Dan Juventus sedia melakukan pertukaran pemain antara Griezmann dan Dybala.

Dybala bukan pemain yang diberikan jaminan akan menjadi pemain kesebelasan utama Max Allegri musim hadapan. Kerana pengurus itu dikatakan lebih berminat dengan gandingan Ronaldo dan Chiesa.

Barcelona masih kurang berpuas hati dengan tawaran Juventus dan dikatakan masih membuka rundingan dengan kelab Itali itu. Mereka merasakan bahawa mereka perlu mendapat tawaran lebih bagus dari segi kewangan walaupun sudah mendapat Dybala.

Seterusnya Griezmann pula dikatakan tidak mahu menerima pertukaran tersebut. Ini kerana dia cuma mahu pulang ke Atletico jika keluar dari Barcelona. Jelas sekali dia menyatakan bahawa dia nak kekal atau ke Atletico. Hanya dua kelab itu yang dia mahukan.

Ada beberapa peminat Barca mulai menyampah dengan Griezmann yang dikatakan sengaja menyusahkan kelab mereka. Dan mereka menunggu Griezmann di luar kompleks kelab dan menjerit: “Pergi balik ke Atletico.”

Diharap Griezmann akan bersabar kerana:

Gelap malam pasti terang
Sang mentari pasti datang
Kesesatan perjalanan
Rahmat Tuhan menentukan
Berikan ku masa
Mencuci dosa
Akukan pulang menebus usia
Di musim berlalu sepi memburu
Memaksa perindu meruntuhkan nafsu
Dengan hayalan sebuah kehidupan
Jarum suntikan menjadi pegangan
Menjadi buruan
Gelap malam pasti terang
Sang mentari pasti datang
Kesesatan perjalanan
Rahmat Tuhan menentukan
Terimalah kembali wajah ini
Jangan terus membenci sampai mati
Sedang hari berganti kau mengerti
Sedang masa berganda kau merasa
Aku manusia pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaan-Nya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan aku manusia
Gelap malam (gelap malam)
Pasti terang (pasti terang)
Sang mentari (sang mentari)
Pasti datang (pasti datang)
Kesesatan (kesesatan)
Perjalanan (perjalanan)
Rahmat Tuhan (rahmat Tuhan)
Menentukan (menentukan yeah)
Terimalah kembali wajah ini
Jangan terus membenci sampai mati
Sedang hari berganti kau mengerti
Sedang masa berganda kau merasa
Aku manusia pelakon cerita
Di pementasan alam ciptaan-Nya
Bukan sengaja melanggar arahan
Kadang terlupa watak dan peranan aku manusia
Gelap malam (gelap malam)
Pasti terang (pasti terang)
Sang mentari (sang mentari)
Pasti datang (pasti datang)
Kesesatan (kesesatan)
Perjalanan (perjalanan)
Rahmat Tuhan (rahmat Tuhan)
Menentukan (menentukan yeah)
Gelap malam (gelap malam)
Pasti terang (pasti terang)
Sang mentari (sang mentari)
Pasti datang (pasti datang)
Kesesatan (kesesatan)
Perjalanan (perjalanan)
Rahmat Tuhan (rahmat Tuhan)
Menentukan (menentukan yeah)
Gelap malam (gelap malam)
Pasti terang (pasti terang)
Sang mentari (sang mentari)
Pasti datang (pasti datang)
Kesesatan (kesesatan)
Perjalanan (perjalanan)
Rahmat Tuhan (rahmat Tuhan)
Menentukan (menentukan yeah)

Baca yang lain