Barca Tersingkir Ke Europa League Sebelum Sempat Menyepak Bola

Pemain pemain Barcelona dan penyokong mereka dengan wajah sugul menerima perkhabaran bahawa Inter Milan berterusan meledak gol menentang pasukan paling lemahg dalam kumpulan C iaitu Viktoria Plzen.

Kumpulan ini digelar kumpulan maut kerana turut dihuni Inter Milan dan Bayern Munich.

Jadi, kekalahan Barca di tangan Inter sebelum ini dan kemudian seri dengan pasukan dari Itali itu adalah perkara yang membuatkan mereka dalam bahaya untuk tersingkir ke UEL buat kali kedua berturut turut.

Dalam aksi kelima kumpulan C, Barcelona tersingkir ke UEL sebelum sempat menyepak bola dalam aksi antara mereka menentang Bayern Munich di hadapan penyokong sendiri di Nou Camp.

Bayern Munich merangkul tempat teratas Liga Juara-Juara Kumpulan C dengan kemenangan 3-0 ke atas Barcelona yang disingkirkan, selepas nasib Catalan itu telah ditentukan sebelum sepak mula di Camp Nou pada hari Rabu.

Inter Milan membelasah Viktoria Plzen 4-0 sebelum itu untuk menjamin kemaraan pasukan dari Itali itu ke pusingan 16 terakhir dan menyebabkan Barca tersingkir pada pusingan pertama untuk musim kedua berturut-turut.

Pasukan Catalan, yang tersingkir ke Liga Europa buat kali kedua berturut turut itu telah mara ke pusingan kalah mati dalam 17 edisi sebelum kejohanan sebelum penyingkiran awal berturut-turut di bawah jurulatih Xavi Hernandez.

Tuan rumah berharap dapat menyelamatkan sedikit maruah mereka di hadapan penonton yang ramai, dianggarkan lebih 84,000 penyokong, tetapi gol separuh masa pertama daripada Sadio Mane dan Eric Maxim Choupo-Moting menafikan peluang mereka, dengan Benjamin Pavard menambah satu lagi lewat.

Beberapa penyokong beredar keluar pada separuh masa tetapi majoriti mereka terus kekal sehingga tamat ketika pasukan mereka bermain perlawanan terakhir Liga Juara-Juara di Camp Nou musim ini. Dengan pasukan itu bersedia untuk berpindah ke Stadium Olimpik di bandar itu musim depan semasa pengubahsuaian Nou Camp.

Xavi memilih barisan yang sama dengan pasukan yang menyakinkan menewaskan Athletic Bilbao 4-0 pada hari Ahad, dengan Pedri beroperasi di sebelah kiri tetapi dengan kebebasan yang lebih tinggi.

Bayern, tanpa penjaga gol yang cedera, Manuel Neuer, pertahanan Lucas Hernandez dan pemain sayap Leroy Sane, tetapi masih mengeluarkan barisan pemain yang kuat kerana kualiti squad depth mereka.

Walaupun mendapat sokongan padu di laman sendiri, yang berharap pasukan mereka dapat menamatkan rentetan lima kekalahan berturut-turut oleh Bavarians sebagai penyelamat maruah. Namun Barca tak berdaya untuk menghalang Bayern mencatatkan rekod kemenangan 6 kali berturut turut ke atas mereka.

Serge Gnabry memainkan bola umpanan lolos yang baik untuk Sadio Mane yang memecut, meninggalkan Hector Bellerin. Dan kemudian penyerang Senegal itu menewaskan Marc-Andre ter Stegen.

Barcelona cuba membalas, dengan Ousmane Dembele menjadi watak utama serangan mereka di sebelah kanan, tetapi selepas berlari cemerlang melepasi beberapa pemain pertahanan dia tidak dapat menemui Pedri di kawasan gol.

Sama seperti kekalahan El Clasico terbaru pasukan Catalan itu kepada Real Madrid, ada kalanya mereka lebih baik daripada lawan mereka, tetapi lawan mereka yang lebih bijak tahu masa yang sesuai untuk menyakitkan mereka dengan serangan yang tajam.

Barcelona sangat tumpul, tanpa sebarang shot on target dalam perlawanan ini.

Bayern melukakan Barcelona sekali lagi pada minit ke-31, dengan bekas penyerang Stoke City dan PSG Eric Maxim Choupo-Moting menyudahkan peluang dengan sempurna selepas satu lagi hantaran Gnabry.

Pemain antarabangsa Cameroon itu kini mempunyai lima gol dalam empat perlawanan terakhirnya.

Pasukan Julian Nagelsmann boleh menambah gol ketiga sebelum separuh masa tetapi sebaliknya, Hector Bellerin melakukan halangan di atas garisan  dan Ter Stegen menafikan percubaan Jamal Musiala dari jarak dekat.

Beberapa saat kemudian Barcelona memenangi penalti apabila Robert Lewandowski dijatuhkan oleh Matthijs de Ligt, tetapi selepas melihat kejadian itu sekali lagi, pengadil Anthony Taylor membatalkannya, mencetuskan kemarahan dari Camp Nou.

Penyokong tuan rumah, dan jurulatih mereka Xavi, berasa susah payah di Eropah musim ini, selepas keputusan tidak memihak kepada mereka di Milan dalam kekalahan 1-0 oleh Inter. Mereka juga seringkali merasakan bahawa mereka mangsa kepada pengadilan lemah. Dan Barcelona sudah membuat aduan tentang perkara itu selepas kekalahan di tangan Inter.

Gnabry mempunyai gol yang dibatalkan kerana ofsaid pada separuh masa kedua apabila Bayern kelihatan akan memberikan mimpi ngeri kepada Barca sekali lagi.

Bayern melengkapkan kemenangan mereka apabila Pavard menyudahkan peluang dari jarak dekat selepas sepakan sudut.

Bekas penyerang Bayern, Lewandowski, yang berpindah ari Allianz Arena dengan Camp Nou pada musim panas, kecewa sekali lagi, tidak dapat menjaringkan gol ketika menentang pasukan lamanya, salah satu pasukan kegemaran untuk  menjulang Liga Juara-Juara.

Baca yang lain