Pemain tengah Barcelona, Frenkie de Jong, tidak jadi menerima hukuman dari Barca. Dan dia kini termasuk dalam kumpulan jelajah pramusim kelab itu.
Barcelona tidak mengambil keputusan kontroversi untuk meninggalkan Frenkie de Jong daripada skuad pramusim.
De Jong dikhabarkan akan meninggalkan Barcelona dalam jelajah pramusim mereka ke Amerika Syarikat. Ini selepas pemain itu menolak perpindahan ke Manchester United.
Keutamaan Barcelona ketika ini adalah menjual De Jong kepada Manchester United yang sudah lama meminatinya
De Jong berkeras mahu kekal
Perancangan itu sukar dicapai memandangkan De Jong masih berkeras untuk bertahan. Barcelona mula berlembut dan akhirnya semakin tegas. Ianya selepas Barca mencapai kesepakatan harga dengan Manchester United.
Barcelona dilaporkan mendesak dan memaksa De Jong untuk berpindah segera ke Manchester United.
Ini kerana pemain itu tidak mahu menerima pemotongan gaji di kelab tersebut. Seterusnya De Jong juga enggan mendengar cadangan agar dia melupakan sahaja tunggakan gaji €13 juta daripada €17 juta yang berlaku pada musim pandemik lalu.
Barcelona cuba menjual De Jong sejak awal jendela perpindahan lalu. Namun usaha itu gagal kerana pemain itu mahu terus kekal di Barca.
Xavi kemudian menjelaskan kepada De Jong, kelab mahu menjualnya bukan hanya kerana mereka perlukan wang. Tetapi alasan lain adalah kerana BOD Barca tak berpuas hati dengan prestasi De Jong sejak menyertai kelab itu.
De Jong dikatakan mulai tertarik untuk ke Manchester United. Barca dan Man United melakukan perbincangan yang sangat panjang. Dua bidaan Man United ditolak kerana tidak menepati tanda harga EUR80 juta dimahukan Barca.
Akhirnya presiden Barca mulai berikrar untuk melakukan apa sahaja bagi mengekalkan De Jong. Laporta kemudian menegaskan bahawa di pihaknya dia mahu De Jong kekal kerana dia pemain berkelas dunia. Ketika itu Barca mulai menerima suntikan dana EUR200 juta.
Ia dilihat sebagai pengakhiran kepada pemburuan De Jong oleh Manchester United.
Namun Laporta menambah De Jong pula harus menerima pemotongan gaji. Kelab turut menyarankan agar De Jong melupakan tunggakan gaji €13 juta daripada €17 musim lalu. Bermakna dia hanya menuntut €4 juta sahaja.
De Jong tak setuju. Ia telah membuatkan Barcelona memutuskan untuk menjual semula pemain itu. Manchester United dan Barcelona kemudian dilaporkan mencapai kesepakatan harga dengan pakej keseluruhan €85 juta. €75 juta dilaporkan dibayar tetap dan €10 juta adalah bonus.
Barca cuba meyakinkan De Jong bahawa perpindahan ke United adalah yang terbaik untuk karier pemain itu.
Tetapi United bergelut untuk mencapai kesepakatan secara peribadi dengan De Jong.
Ejen kepada pemain itu telah bercakap sendiri dengan delegasi Manchester United bahawa kliennya, De Jong masih mahu kekal di Barca. Ali Dursun dikatakan meminta agar Man United menghentikan pemburuan De Jong. Kerana pemain itu mahu terus kekal di Barca.
Nothing changed on de Jong side. He has still no intention to leave, while Manchester United and Barça agreed €85m fee add-ons included 🔴🇳🇱 #FCB
Frenkie’s priority has always been to stay, while Man Utd are not giving up.
His agent told player position to Barça yesterday 🚨⤵️ https://t.co/0aWdyA7xCL
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 14, 2022
Barca mahu bekukan De Jong
Berita itu benar benar mengecewakan Barca. Yang kemudian mengancam bahawa De Jong akan berdepan risiko dibekukan oleh kelab jika menolak perpindahan ke Manchester United.
Perkara yang sama dilakukan Barca kepada Dembele yang enggan melanjutkan kontraknya musim lalu. Namun tindakan membekukan Dembele tak lama. Dia terlibat semula dengan pasukan dan berbaik semula dengan pengurusan Barca. Dembele malah menandatangani kontrak baharu dengan Barca sehingga 2024.
Kedegilan De Jong membuatkan Barca sedia bermain dengan buah keras dengan pemain itu. Dia diberitahu agar dia mesti menerima tawaran tersebut.
Laporta who said weeks before that "Frenkie De Jong is not for sale and i am doing everything to keep him here"
Now wants him to leave the club,and must accept #mufc's offer or he could even be left out of Barcelona's pre-season tour if he refuses to leave.🤣🤣#laporta #dejong pic.twitter.com/LHXyjmPLsG— KD (@arjunkd_) July 14, 2022
Xavi buat u turn
Namun semalam outlet berita dari Sepanyol melaporkan bahawa jurulatih Barcelona, Xavi Hernandez, membawa 28 pemain ke AS.
De Jong dimasukkan oleh Xavi walaupun nasibnya di Barcelona masih tidak menentu.
Namun begitu laporan menyebut bahawa De Jong tetap diminta untuk pergi walaupun tidak didenda.
Barcelona cuba mengikut peraturan LaLiga berhubung gaji pemain yang tidak boleh melebihi 70 peratus daripada pendapatan kelab.
Official. Frenkie de Jong is included in the squad of Barcelona's pre-season tour in US. 🚨🛩🇳🇱 #FCB
Still no changes: no agreement on player side with Manchester United, no intention to leave as things stand. The clubs have agreed €75m fee plus €10m in add-ons. pic.twitter.com/1lnDwwDuVV
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 16, 2022
Gaji yang diterima De Jong masih dianggap membebankan Barcelona untuk mematuhi peraturan ini. Lebih lebih lagi mereka sudah mengumumkan Robert Lewandowski ke kelab mereka.